Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Memperingati sejarah Kulit Hitam di seluruh dunia, sepanjang tahun

    Lembaga Penasihat Hos berkongsi sumber untuk mendalami tentang kemerdekaan Kulit Hitam.
    Oleh Airbnb pada 17 Jun 2021
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 16 Jun 2021

    Sorotan

    • Black@, kumpulan sumber pekerja Kulit Hitam Airbnb, membantu komuniti kami mendalami detik-detik penting sejarah Kulit Hitam di seluruh dunia

    • Ahli Lembaga Penasihat Hos, Sam Reed, juga berkongsi pandangan tentang semangat kekitaan, empati dan keusahawanan

    • Ketahui perkembangan terkini kemajuan Lembaga Penasihat tahun 2021

    Setiap bulan kami akan berkongsi maklumat terkini daripada Lembaga Penasihat Hos dan membantu anda mengenali ahli lembaga.

    Hai semua,

    Saya Sam Reed, Superhost dari Philadelphia, Pennsylvania, dan ahli Lembaga Penasihat Hos. Pada waktu siang, saya mengajar pelajar sekolah menengah membaca, menulis dan memahami dunia. Dan saya membuat kerja sampingan untuk kebaikan sosial pada waktu lapang saya.

    Dalam kelas saya, Bulan Sejarah Kulit Hitam tidak ditumpukan secara eksklusif pada bulan Februari, kerana sejarah kulit Hitam adalah 365 hari setahun seperti Juneteenth, yang mengiktiraf berakhirnya perhambaan di Amerika Syarikat

    Sempena memperingati peristiwa penting ini, Lembaga Penasihat Hos ingin membantu komuniti kami mendalami tentang pembebasan Kulit Hitam. Menerusi Black@, kumpulan sumber pekerja Kulit Hitam Airbnb, anda boleh mengetahui bagaimana pemberontakan Kulit Hitam di seluruh dunia berfungsi sebagai pemangkin perubahan masyarakat dan menyertai pengalaman online bersama hos yang memberi tumpuan kepada sejarah Kulit Hitam daripada komuniti tempatan mereka.

    Menyertai inisiatif kepelbagaian dan penerimaan

    Lembaga Penasihat Hos telah menjadi suara penting dalam pembangunan dasar kepelbagaian dan penerimaan baharu dan penambahbaikan produk di Airbnb.

    Kami telah berkongsi maklum balas mengenai Project Lighthouse dan inisiatif pengehosan inklusif lain.

    Melihat kerja-kerja ini terlaksana menyentuh jiwa saya sebagai seorang pendidik, dan saya teruja dengan apa yang Airbnb sedang bangunkan.

    Meneroka kehidupan melalui perspektif yang berbeza

    Tahun ini, kelas kemanusiaan saya mendalami sejarah dunia, tetapi dalam sejarah dunia kita tidak akan dapat lari daripada isu-isu yang menjejaskan golongan Kulit Hitam.

    Kami telah membuat beberapa kajian menarik mengenai diskriminasi berdasarkan warna kulit dan bagaimana ia memberi kesan kepada orang ramai daripada komuniti Caribbean, komuniti Latin, komuniti Amerika Afrika dan komuniti lain. Itu adalah sebahagian daripada kurikulum kami tahun ini.

    Satu lagi topik hebat yang telah kami terokai ialah afrofuturisme. Kadangkala sejarah boleh memberi tumpuan kepada trauma mereka yang telah dilucutkan hak-hak mereka secara sistematik. Tetapi jika kita hanya fokus pada trauma, kita tidak akan mara ke hadapan.

    Sebagai sebahagian daripada unit afrofuturisme, kanak-kanak membayangkan perkara-perkara seperti dunia dengan cara pengawasan yang berbeza dan Afrika mempunyai gerakan pembebasan semula. Ia sangat menyeronokkan.

    Menerima orang kerana jati diri mereka

    Isteri saya dari Botswana dan saya tinggal di sana selama lapan tahun sebagai sukarelawan Peace Corps dan usahawan. Ada pepatah dalam bahasanya, "batho ke batho." Ia bermaksud “manusia adalah manusia,” iaitu anda boleh menjadi diri anda sendiri kerana anda manusia.

    Bagi saya, misi kekitaan Airbnb adalah menerima orang kerana jati diri mereka—termasuk mereka yang berbeza daripada anda. Dengan mengenali mereka, anda menyedari anda tidak begitu berbeza.

    Perasaan tidak selesa semasa di Botswana ada hikmahnya—masuk ke rumah orang asing, di tanah asing, dikelilingi orang asing yang bertutur dalam bahasa yang asing. Menyesuaikan diri dengan ketidakselesaan boleh membantu meluaskan konsep kekitaan anda.

    Membina hubungan melalui empati

    Pengalaman kita membentuk keupayaan kita untuk merasai empati. Antara sebab kita kurang empati bukan kerana kita tidak peduli, tetapi kerana ia di luar pengalaman hidup kita.

    Kecenderungan ke arah empati amat berharga dan penting bagi saya sepanjang hidup saya. Dan dengan merasai empati terhadap orang lain, kita juga menerima empati.

    Mencipta pengalaman yang membuatkan tetamu berasa terhubung datang daripada sentuhan peribadi anda, cara anda mempersiapkan ruang anda serta sambutan yang mesra. Bagi saya, salah satu cara menjadi hos yang mesra adalah memikirkan perkara yang dapat buat saya lebih selesa sebagai tetamu dan menawarkan perkara tersebut.

    Ritual hari Ahad saya ialah memasak sup, dan semua tetamu dijemput untuk menikmatinya. Mana mungkin tetamu tergamak memberikan ulasan buruk—sup ini dimasak dengan kasih sayang.

    Memperkasa orang lain melalui keusahawanan

    Selepas saya mendapat MBA, saya menyertai Peace Corps dan akhirnya memulakan perniagaan. Ia berkembang maju, kemudian runtuh, dan saya jatuh muflis.

    Saya kembali ke Amerika Syarikat dari Botswana, bangkit kembali dan menjadi seorang pendidik. Saya memang daripada latar belakang keusahawanan, jadi sekarang saya menggelar diri saya seorang guru usahawan.

    Etos kerja sampingan saya adalah menyokong orang ramai. Disebabkan pandemik dan dengan menjadi hos pada masa pergolakan perkauman ini, saya lebih cenderung kepada kesaksamaan kaum daripada perspektif pemerkasaan ekonomi. Dengan Airbnb, saya membantu hos dalam komuniti saya mendapat bantuan kewangan semasa COVID, seperti dana daripada Pentadbiran Perniagaan Kecil.

    Saya juga membangunkan program Side Hustle Accelerator untuk membantu pelajar sekolah menengah dan usahawan dewasa yang baru bertapak membangunkan dan memulakan perniagaan. Saya rasa bertuah, dan saya ingin berkongsi tuah ini dengan orang lain.

    Ketahui lebih lanjut mengenai aktiviti Lembaga Penasihat Hos, dan nantikan maklumat terkini bulanan dan tip daripada ahli lembaga.
    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Black@, kumpulan sumber pekerja Kulit Hitam Airbnb, membantu komuniti kami mendalami detik-detik penting sejarah Kulit Hitam di seluruh dunia

    • Ahli Lembaga Penasihat Hos, Sam Reed, juga berkongsi pandangan tentang semangat kekitaan, empati dan keusahawanan

    • Ketahui perkembangan terkini kemajuan Lembaga Penasihat tahun 2021
    Airbnb
    17 Jun 2021
    Adakah ini membantu?