Langkau ke kandungan
    Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan
    Asas-asas Airbnb

    Polisi Keadaan Peringan dan koronavirus (COVID-19)

    Dikemaskini 1 Oktober 2020

    Pada 11 Mac, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak koronavirus, yang dikenali sebagai COVID-19, sebagai pandemik global. Sejak itu, wabak ini telah tersebar dengan cepat dengan kerajaan di seluruh dunia mengambil tindakan pantas untuk memperlahankan penyebaran COVID-19.

    Sebagai tindak balas, kami memberikan perlindungan berikut untuk COVID-19 di bawah polisi keadaan peringan kami untuk membantu melindungi komuniti kami dan memberikan ketenangan fikiran. Sila pantau halaman ini untuk maklumat terkini mengenai perlindungan.

    Tip: Jika anda tetamu, anda boleh mencari pilihan pembatalan dan bayaran balik dengan pergi ke halaman Perjalanan dan memilih perjalanan anda—ketahui caranya. Sekiranya anda hos, anda boleh melihat maklumat di papan pemuka hos anda.

    Ringkasan

    Tempahan untuk penginapan dan Pengalaman Airbnb yang dibuat pada atau sebelum 14 Mac 2020 dengan tarikh daftar masuk dalam tempoh 45 hari akan datang, dilindungi oleh polisi ini dan boleh dibatalkan sebelum daftar masuk. Tetamu yang membatalkan tempahan akan diberi pilihan pembatalan dan bayaran balik, dan hos boleh membatalkan tempahan tanpa caj atau menjejaskan status Superhost mereka. Airbnb akan sama ada membayar balik, atau memberikan kredit perjalanan yang merangkumi semua yuran perkhidmatan untuk pembatalan yang dilindungi. Untuk membatalkan di bawah polisi ini, anda akan diminta membuktikan fakta dan/atau memberikan dokumentasi sokongan untuk keadaan peringan anda.

    Polisi pembatalan hos akan terpakai seperti biasa untuk tempahan yang dibuat selepas 14 Mac 2020.

    Pembatalan akan dikendalikan mengikut perlindungan keadaan peringan yang berkuatkuasa pada masa penyerahan, dan tempahan yang telah dibatalkan tidak akan dipertimbangkan lagi.

    Jika tempahan telah bermula (daftar masuk telah berlalu) keadaan peringan ini tidak terpakai.

    Polisi yang berbeza terpakai untuk tempahan domestik di tanah besar China dan untuk tempahan Luxe atau Luxury Retreats.

    Tempahan yang dilindungi

    Tempahan yang dibuat pada atau sebelum 14 Mac 2020

    Tempahan untuk penginapan dan Pengalaman Airbnb yang dibuat pada atau sebelum 14 Mac 2020, dengan tarikh daftar masuk dalam tempoh 45 hari akan datang, boleh dibatalkan sebelum daftar masuk. Ini bermakna tetamu yang membatalkan tempahan di bawah polisi ini akan menerima bayaran balik tunai penuh atau kredit perjalanan dalam jumlah yang telah dibayar (jika kredit perjalanan tersedia), hos boleh membatalkan tempahan tanpa caj atau menjejaskan status Superhost mereka dan Airbnb akan sama ada membayar balik atau memberikan kredit perjalanan dalam jumlah yang merangkumi semua yuran perkhidmatan.

    Tempahan untuk penginapan dan Pengalaman Airbnb yang dibuat pada atau sebelum 14 Mac 2020, dengan tarikh daftar masuk lebih dari tempoh 45 hari akan datang, tidak dilindungi untuk keadaan peringan yang berkaitan dengan COVID-19 pada masa ini. Polisi pembatalan hos akan terpakai seperti biasa.

    Jika tempahan telah bermula (daftar masuk telah berlalu), keadaan peringan ini tidak terpakai.

    Tempahan yang dibuat selepas 14 Mac 2020

    Tempahan untuk penginapan dan Pengalaman Airbnb yang dibuat selepas 14 Mac 2020 tidak akan dilindungi di bawah polisi keadaan peringan kami, kecuali jika tetamu atau hos telah jatuh sakit kerana dijangkiti COVID-19. Keadaan berkaitan COVID-19 yang tidak dilindungi termasuk: gangguan dan pembatalan pengangkutan; nasihat dan sekatan perjalanan; nasihat kesihatan dan kuarantin; perubahan kepada undang-undang yang terpakai; dan mandat kerajaan lain—seperti perintah pemindahan, penutupan sempadan, larangan sewaan jangka pendek, dan larangan meninggalkan kediaman. Polisi pembatalan hos akan terpakai seperti biasa.

    Polisi keadaan peringan kami bertujuan untuk melindungi tetamu dan hos daripada keadaan yang tidak dijangka yang timbul selepas menempah. Selepas pengisytiharan tentang COVID-19 sebagai pandemik global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, polisi keadaan peringan tidak akan terpakai lagi kerana COVID-19 dan akibatnya sudah boleh dijangka atau bukan lagi sesuatu yang tidak terduga. Pastikan anda semak polisi pembatalan hos dengan teliti apabila membuat tempahan dan pertimbangkan untuk membuat pilihan yang memberikan fleksibiliti.

    Caranya

    Jika anda tetamu, anda boleh mencari pilihan pembatalan dan bayaran balik dengan pergi ke halaman Perjalanan dan memilih perjalanan anda—ketahui caranya. Sekiranya anda hos, anda boleh melihat maklumat di papan pemuka hos anda.

    Maklumat terkini dan sumber tentang koronavirus

    Kami telah mengumpul dan menyusun artikel untuk membantu komuniti kami pada masa ini dalam Pusat Sumber. Anda boleh mendapatkan maklumat terkini tentang tindak balas kami terhadap COVID-19, termasuk pengemaskinian polisi dan sumber untuk hos dan tetamu.

    Anda juga boleh membaca polisi keadaan peringan untuk mengetahui tentang perlindungan keadaan yang tidak berkaitan dengan COVID-19.

    Kami meminta supaya semua ahli komuniti untuk sentiasa berpegang kepada nilai saling menghormati, saling menerima dan polisi tanpa diskriminasi kami semasa berinteraksi dengan ahli komuniti kami yang lain.

    Kami akan terus menyemak penggunaan polisi ini. Sila rujuk halaman ini untuk maklumat terkini dan berita baharu.

    Artikel berkaitan
    Adakah anda mendapat bantuan yang anda perlukan?
    Tidak jumpa apa yang anda perlukan?
    Cari kandungan khusus kategori di bahagian lain Pusat Bantuan ini.