Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Membina dan menambah baik program Superhost

    Begini cara Airbnb menjadikan program Superhost lebih adil dan inklusif.
    Oleh Airbnb pada 21 Jun 2019
    Bacaan 2 minit
    Dikemas kini pada 5 Mac 2020

    Apabila komuniti hos global semakin berkembang dan pelbagai, program dan polisi Airbnb juga perlu berkembang dan disesuaikan—bagi memastikan kejayaan individu dari serata di dunia di samping mempamerkan penghargaan kami atas kegigihan dan layanan baik hos yang mengagumkan. Itulah sebabnya kami mengemas kini program Superhost untuk menjadikannya lebih adil, inklusif dan bernilai kepada hos di mana-mana jua.

    Kadar ulasan

    Ulasan hebat adalah penting untuk memperoleh status Superhost. Ulasan juga membantu membentuk komuniti di mana para tetamu dan hos saling berkongsi kepercayaan dan ketelusan. Namun demikian, hos tidak mampu mengawal sama ada tetamu mereka memilih untuk meninggalkan ulasan atau tidak. Selepas meneliti data global dan berbincang dengan Superhost di beberapa negara, kami mendapati bahawa kadar ulasan tidak konsisten di seluruh dunia—sesetengah pengembara sentiasa meninggalkan ulasan, sementara yang lain jarang melakukannya. Percanggahan maklumat ini boleh menjejaskan peluang sesetengah hos apabila mereka dipertimbangkan untuk status Superhost. Bagi memastikan proses penilaian lebih saksama kepada semua orang dalam komuniti global kami, Airbnb tidak lagi mewajibkan hos memperoleh sekurang-kurangnya 50% kadar ulasan sebagai syarat untuk menjadi Superhost (atau mengekalkan status sedia ada mereka).

    Polisi pembatalan

    Kami juga akan mengemaskini syarat pembatalan kami sejajar dengan usaha kami memastikan program Airbnb dibangunkan bagi memenuhi keperluan semua hos. Sebelum ini, syarat untuk Superhost ialah sifar pembatalan, tetapi bagi hos yang memperoleh jumlah tempahan yang amat tinggi meliputi pelbagai penyenaraian, standard ini tidak praktikal. Bagi memastikan program ini lebih adil untuk hos dengan jumlah tempahan yang tinggi, kini kami membenarkan satu pembatalan bagi setiap 100 perjalanan yang ditempah sepanjang setahun lalu, iaitu kadar pembatalan yang kurang daripada 1% meliputi semua penyenaraian anda. Perlu diingatkan, kami tetap menganggap pembatalan sebagai satu isu yang serius. Sepanjang lima tahun kebelakangan ini, komuniti Superhost telah gigih berusaha untuk meraih kepercayaan tetamu mereka, dan kami akan terus memberikan ganjaran untuk kepercayaan itu dengan mengiktiraf hos yang paling dipercayai dengan status Superhost.

    Perubahan pada syarat pembatalan dan ulasan ini akan berkuat kuasa pada penilaian Superhost suku tahunan 1 Julai. Papan pemuka hos juga akan dikemaskini untuk memasukkan kriteria ini serentak pada masa itu.

    Ikuti perkembangan ini

    Kami komited untuk terus menambah baik program Superhost agar dapat dimanfaatkan oleh seluruh komuniti hos. Hal ini termasuk mengamalkan kriteria kelayakan yang jelas lagi adil dan bernilai untuk setiap Superhost. Kami sedang meninjau pelbagai cara yang meliputi keseluruhan reka bentuk program serta cara komuniti diberikan ganjaran yang bukan sahaja menjadikan pengalaman anda sebagai hos lebih positif malah menjadikan anda lebih berjaya. Oleh itu, sentiasa ikut perkembangan ini—banyak berita yang menarik bakal disampaikan.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel mungkin telah berubah sejak diterbitkan.

    Airbnb
    21 Jun 2019
    Adakah ini membantu?