Rahsia daripada Superhost yang berpengalaman

Superhost Nikki berkongsi tip beliau, yang meliputi persediaan sehingga kepada menonjolkan diri.
Oleh Airbnb pada 3 Mac 2020
Bacaan 3 minit
Dikemas kini pada 7 Jun 2021

Sorotan

  • Komunikasi ialah peraturan no. 1 untuk menjadi hos yang baik

  • Tonjolkan penginapan dengan gambar yang hebat, penerangan terperinci, dan jangkaan yang jelas untuk tetamu

  • Mulakan dengan harga rendah untuk mendapatkan tempahan dan selesaikan sebarang isu untuk menggalakkan ulasan hebat

  • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk meningkatkan pengehosan anda ke tahap seterusnya

Nikki adalah antara hos pertama di Airbnb yang mendapat status Superhost semasa program ini kali pertama dilancarkan pada tahun 2014. Dia mengekalkan status itu selama lebih 16 suku tahun berturut-turut.

Bagaimana Nikki melakukannya? Beliau belajar menjadi hos dari bawah, bermula dengan sebuah kotej kecil di halaman belakangnya di San Francisco. Penyenaraian tunggal itu berprestasi begitu baik sehinggakan dia mendapat ilham untuk menyewakan rumahnya dengan tiga bilik tidur semasa percutian keluarga.

Di sini, Nikki berkongsi rahsia kejayaan Superhost beliau.

Bermula sebagai hos

“Enam tahun yang lalu, saya menginap di Airbnb pertama saya di Provence, Perancis, dan menyukainya. Penginapan ini ialah sebuah studio kecil di bandar lama Aix. Keperluan kami dipenuhi dengan baik, tetapi hos tidak terlalu berusaha untuk membuatnya menawan atau apa-apa. Saya sedar bahawa jika saya melaburkan sedikit wang, saya boleh membuat sesuatu yang sangat istimewa dengan rumah tetamu kecil berukuran 200 kaki persegi di halaman belakang saya. Saya beranganggapan penginapan ini jarang-jarang ditempah, tetapi saya terkejut apabila mendapat tempahan serta-merta selama seminggu penuh.”

Mendapatkan tempahan dengan cepat

“Setiap kali saya membawa penyenaraian baru dalam talian, saya mulakan dengan harga penyenaraian pertama yang hanya 50–70% daripada harga pasaran, sehingga saya mendapat sekurang-kurangnya tiga ulasan (atau sehingga saya mendapat begitu banyak permohonan tempahan sehingga saya boleh menaikkan harga kepada kadar pasaran). Saya melakukannya supaya saya boleh menyelesaikan isu yang timbul tanpa mengorbankan ulasan baik, dan kerana penting untuk mendapatkan sedikit ulasan secepat yang mungkin supaya penyenaraian nampak lebih tinggi dalam kedudukan carian.”

Menyediakan ruang mesra tetamu

“Semuanya bermula dengan ruang yang bagus. Keadaannya mestilah dalam keadaan bersih. Saya suka ruang terbuka dan berudara segar. Ruang yang sangat kemas dengan titik fokus reka bentuk untuk ruang mata anda berehat. Suasana juga perlu selesa, terutamanya katil. Saya melabur dengan membeli tilam busa memori, dan orang menyukainya. Sebenarnya, ini satu latihan dalam empati. Anda berjalan melalui ruang ini dan fikirkan bagaimana orang akan menggunakannya, kemudian sesuaikan konsep reka bentuk anda di sekitarnya.”

Menonjolkan penginapan di Airbnb

“Mempunyai gambar yang cantik memberi hasil yang ketara. Gambar profesional adalah wajib. Saya fikir tentang ruang ini, sama ada ia ruang keluarga atau ideal untuk jenis pengembara tertentu, dan saya letakkannya dalam tajuk. Tulis penerangan yang benar-benar bagus dan sangat terperinci dan menarik, supaya anda menarik seseorang ke dalam penyenaraian. Terangkan tentang katil, cadar, jenama bagi jenis sabun atau kemudahan tertentu yang anda sediakan.”

Tetapkan jangkaan tetamu

“Dalam penyenaraian anda, pastikan anda memasukkan keterangan tentang keunikan penginapan anda. Jelaskan dengan cara yang jujur dan jelas tetapi tidak menjengkelkan. Anda ingin memberikan ketelusan yang mencukupi untuk membantu tetamu memilih penginapan yang diingini oleh mereka.”

Menjadi orang yang boleh berkomunikasi dengan baik

“Bagi saya, komunikasi ialah peraturan No. 1 untuk menjadi hos yang baik. Komunikasi langsung anda dengan tetamu bermula dengan pertanyaan pertama. Saya sentiasa bertanya beberapa soalan susulan kepada bakal tetamu selepas setiap permohonan tempahan. Bukannya saya bersikap biadap atau menjaga tepi kain orang, tetapi untuk memastikan penyenaraian sesuai untuk mereka. Anda sedang memulakan proses mendapatkan ulasan 5 bintang pada ketika itu.”

Bagi saya, komunikasi ialah peraturan No. 1 untuk menjadi hos yang baik.
Nikki,
San Francisco

Manfaat yang mengejutkan tentang menjadi hos

“Kejutan terbesar bagi saya adalah betapa bagusnya tetamu saya. Mereka begitu jujur, baik hati dan memahami. Dan dari segi ekonomi, saya terkejut dengan pendapatannya. Saya tidak menjangka untuk melakukan perkara ini dengan begitu baik, apatah lagi mengubahnya menjadi kerjaya. Saya memberi tumpuan pada perkara yang saya benar-benar suka tentang menjadi hos dan mengejar peluang apabila saya nampak, dan ia membawa hasil yang sangat baik.”

Sorotan

  • Komunikasi ialah peraturan no. 1 untuk menjadi hos yang baik

  • Tonjolkan penginapan dengan gambar yang hebat, penerangan terperinci, dan jangkaan yang jelas untuk tetamu

  • Mulakan dengan harga rendah untuk mendapatkan tempahan dan selesaikan sebarang isu untuk menggalakkan ulasan hebat

  • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk meningkatkan pengehosan anda ke tahap seterusnya
Airbnb
3 Mac 2020
Adakah ini membantu?