Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Makan apa untuk sarapan? Tip hangat serta makluman penting

    Ikut tiga langkah mudah ini untuk menambah sarapan sebagai kemudahan.
    Oleh Airbnb pada 1 Mei 2019
    Bacaan 4 minit
    Dikemas kini pada 5 Mac 2020

    Mufin buatan sendiri, telur, kopi dan teh—kami menghargai hos yang berusaha lebih daripada biasa untuk mengalu-alukan tetamu. Begitu ramai hos Airbnb meningkatkan penginapan mereka dengan menawarkan sarapan, yang boleh merangkumi bar bijirin bungkus, sarapan Eropah sehingga kepada bufet masak sendiri dengan bahan-bahan tempatan. Menambah butiran sarapan kepada kemudahan dan keterangan penyenaraian anda tidak wajib, tetapi, menambahkannya pada kemudahan dan keterangan penyenaraian anda dapat membantu untuk mempamerkan gaya hos anda, meningkatkan pengalaman tetamu, dan menjadikan penginapan anda menonjol dalam carian.

    Mulai minggu ini, penambahan butiran sarapan menjadi semakin penting kerana Airbnb menampilkan kriteria baharu untuk mengklasifikasikan jenis penginapan seperti inap sarapan. Ramai hos telah meminta kami membantu mereka membezakan penyenaraian mereka daripada penyenaraian profesional seperti hotel dan inap sarapan tradisional—kerana perniagaan sedemikian memerlukan lesen khusus dan implikasi cukai yang berbeza, bergantung pada tempat anda tinggal—dan kami akan cuba memenuhi keperluan ini. Jika anda ialah hos yang memilih “Inap Sarapan” sebagai jenis penginapan anda, kami meminta anda untuk mengesahkan lesen perniagaan anda atau mengubah penyenaraian anda dalam tempoh 30 hari ini untuk membantu kami mengasingkan penyenaraian anda dengan jelas dan menetapkan jangkaan untuk tetamu.

    Panduan langkah demi langkah berikut ialah tentang cara untuk menambah baik penyenaraian anda dan memanfaatkan kemudahan sarapan Airbnb, selain beberapa tip daripada hos seperti anda.

    3 langkah mudah untuk menambah butiran sarapan

    1. Kemas kini penyenaraian anda
    Pergi ke Airbnb.com, dan klik penyenaraian anda. Di sebelah “Bilik & tetamu,” klik “Edit.” Jika anda memiliki perniagaan hospitaliti berlesen, anda akan melihat satu pemberitahuan untuk menyemak penyenaraian anda dan masukkan maklumat perniagaan anda. Jika anda tidak memiliki lesen, ubah jenis penginapan anda daripada “Inap Sarapan” kepada “Apartmen,” “Rumah,” atau kategori lain yang tersenarai dalam menu juntai bawah.

    2. Tambah sarapan sebagai kemudahan
    Di bawah “Kemudahan,” di sebelah “Tambahan,” klik “Edit.” Kemudian tandakan “Sarapan” jika anda menawarkan sarapan. Sarapan bukanlah syarat utama, tetapi sesetengah hos mendapati penawaran ini membuatkan tetamu lebih selesa dan terasa bagaikan di rumah sendiri:

    • “Saya tidak menawarkan sarapan kerana saya memenuhkan dapur dengan bekalan keperluan sarapan termasuk kopi (kisaran Perancis), teh, coklat panas, paket mil oat organik, bijirin sejuk, pelbagai jenis perisa yogurt, sedozen telur dan buah-buahan segar. Saya memberitahu tetamu dalam mesej alu-aluan saya yang semua ini akan disediakan dan juga meminta mereka memberitahu saya jenis susu (susu penuh, badam, dsbnya) yang menjadi pilihan tetamu supaya saya dapat meletakkan susu pilihan mereka di dalam peti ais. Namun demikian, makanan yang paling popular ialah mufin buatan sendiri saya untuk semua tetamu.” —Susan, Groton, Connecticut
    • “Kami tidak menyediakan sarapan kerana kami ada serbuk kopi, teh, coklat panas dan mil oat segera di pantri.” —Mark, Jersey City, New Jersey

    3. Kongsi maklumat
    Di sebelah “Tajuk dan keterangan,” klik “Edit” untuk menambahkan sebarang maklumat atau gambar perkara yang boleh dijangkakan oleh tetamu. Apabila menulis tentang perkara yang anda tawarkan, gunakan peluang ini untuk mempamerkan personaliti pengehosan anda, memberitahu tetamu tentang menu anda, menyatakan waktu sarapan disediakan, atau jika anda tidak menyediakan sarapan, memberitahu tetamu bahawa ada kedai runcit atau kafe yang berdekatan. Hos-hos ini menawarkan beberapa contoh yang hebat**:

    • “Saya menyediakan sarapan dengan teh/kopi bersama jus buah-buahan, bijirin, roti bakar atau croissant yang dibakar segar (daripada bakeri tempatan istimewa kami) di ruang makan dapur yang luas dan cerah, dan terbuka menghadap taman, atau dihidangkan di meja di taman pada hari yang terang. Sarapan disediakan antara pukul 7:00 pagi dan 9:30 pagi, walaupun saya boleh menyediakan lebih awal sedikit jika anda perlu menaiki pesawat atau kereta api atau atas komitmen kerja. Saya boleh menyediakan sarapan yang bebas gluten dengan susu kacang atau susu soya, jika perlu. Sila nyatakan sebarang keperluan pemakanan semasa membuat tempahan.” —Rachel, London
    • “Kami menyediakan 'Stesen Isi Semula' 24 jam di bilik makan untuk tetamu mendapatkan kopi, coklat panas, teh dan snek ringan 24/7. Selain itu, kami menghidangkan ‘Sarapan Eropah Ringan’ yang terdiri daripada pelbagai bijirin, yogurt, roti bakar, buah-buahan, dan pelbagai kuih-muih berserta minuman.” —Francesca dan Dave, East Burke, Vermont
    • "Sarapan dengan kopi, jus, roti bakar dsbnya. Permulaan hari yang hebat!” —Yuliana, Madrid
    • “Sarapan kami yang merupakan satu legenda, dengan buah-buahan awet** yang ditanam dan disediakan sendiri, dihidangkan dari pukul 6:00–9:00 pagi di ruang makan kami atau di beranda pada musim panas.” —Mary dan Buster, Sandton, Afrika Selatan

    Melalui pengemaskinian pada pengelasan jenis penginapan, hos berpeluang untuk menetapkan jangkaan dan menonjol di kalangan bakal tetamu dengan mengesahkan atau mengubah penyenaraian mereka. Di samping itu, menambahkan maklumat sarapan juga dapat membantu memupuk hubungan peribadi dengan tetamu dan menyediakan meja—hanya sebagai mainan kata-kata!—untuk penginapan bertaraf 5 bintang.

    Dengar kata-kata hos Alan dari Angaston, Australia: “Jarang sekali kita menemui penginapan [di Lembah Barossa di Australia Selatan] yang tidak menyediakan sarapan. Sedikit tambahan kerja untuk hos akan membuat tetamu gembira—senyuman yang terpancar menzahirkan semuanya!”

    *Gambar penyenaraian merupakan ihsan hos.
    **Jika anda menyediakan makanan yang dimasak sendiri untuk tetamu anda, rujuk peraturan setempat berhubung perkhidmatan dan keselamatan makanan.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Airbnb
    1 Mei 2019
    Adakah ini membantu?