Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Tip pembersihan daripada hos berpengalaman

    Ruang yang bersih memastikan tetamu gembira dan mendapat ulasan yang hebat.
    Oleh Airbnb pada 29 Jun 2021
    Bacaan 4 minit
    Dikemas kini pada 29 Jun 2021

    Sorotan

    • Kebersihan sering menjadi sebab utama hos mendapat ulasan negatif

    • Berikan perhatian yang khusus kepada bilik mandi, lantai, cadar dan tuala

    • Pembersihan juga bermaksud membersihkan barang yang berselerak dan memeriksa barang peribadi yang ditinggalkan

    • Anda boleh menambah kos ini sebagai yuran pembersihan untuk masa atau perbelanjaan yang dikeluarkan untuk perkhidmatan pembersihan ini

    Tetamu sangat mengambil berat tentang kebersihan. Menurut data Airbnb, faktor kebersihan yang tidak dititik beratkan ialah salah satu sebab utama tetamu meninggalkan ulasan negatif. Sebaliknya, ruang yang sangat bersih boleh menghasilkan ulasan positif, mendapat pujian “Bersih Berkilau” untuk penyenaraian anda. Siapa yang tidak mahu?

    Cara pembersihan untuk tetamu tidak sama

    Anda sendiri mungkin tidak begitu peduli dengan sedikit debu di sana sini, tetapi tetamu akan peduli, dan mereka akan memberitahu anda mengenainya dalam ulasan mereka. Pembersihan untuk tetamu memerlukan lebih banyak perhatian berbanding pembersihan yang kita lakukan untuk keluarga sendiri. Perbezaan utama lain? Anda sedang melakukan kerja pembersihan selepas tetamu pulang sambil bersiap untuk tetamu yang berikut. Jangan lupa untuk mengosongkan ruang, yang boleh meliputi almari hingga kepada meja sisi katil hingga ke peti sejuk. “Anda tidak mahu tetamu yang baharu terjumpa ayam yang separuh dimakan oleh tetamu sebelumnya,” kata hos Alex dari San Francisco.

    Fokus pada masalah utama

    Item tertentu—tuala, cadar, lantai dan bilik mandi—semua ini amat sensitif kepada tetamu. Dan tidak sukar untuk mengetahui sebabnya. Tiada sesiapa suka jika bilik air atau ruang tidur mereka terasa kurang bersih. Ruang tersebut perlu dibersihkan dengan teliti antara setiap kunjungan tetamu, iaitu dengan kadar kebersihan yang menakjubkan. Tugas lain, seperti membersihkan kipas siling atau menukar langsir pancuran mandi, boleh dilakukan sekali sekala. Pertimbangkan untuk melabur dalam pembersihan mendalam yang berkala untuk mengurangkan kerja antara tempahan dan menjimatkan masa dalam jangka panjang.

    Bersihkan ruang daripada rambut gugur

    Tetamu akan terasa jijik dan hilang minat apabila terjumpa rambut orang lain di ruang mereka. Hos Sue dan John dari Salt Lake City, Utah, menangani masalah rambut gugur dengan item rumah yang tidak dijangka: “Selepas saya mencuci semua peralatan katil, saya menggunakan penggulung benang di cadar, sarung bantal dan selimut.” Hos Laura dari Cottonwood, Arizona, mencadangkan tidak mengunakan mop: “Bersihkan lantai bilik mandi menggunakan tangan sambil bertinggung. Kaedah ini lebih cepat dan mudah, dan anda tidak akan terlepas sebarang rambut.” Akhirnya, bersihkan saliran bilik mandi dengan kerap untuk memastikan saluran tidak tersumbat dengan rambut.

    Selepas saya mencuci semua peralatan katil, saya menggunakan penggulung benang pada cadar, sarung bantal dan selimut.
    Sue and John,
    Salt Lake City

    Kemaskan barang yang berselerak

    Objek hiasan boleh menambah watak kepada ruang, tetapi ada benda lain juga yang akan bertambah: debu! Lebih banyak barang yang anda letakkan, lebih besar kawasan yang perlu anda bersihkan. Lagipun, ini membuatkan ruang kelihatan bersepah. Hos Jessica dan Henry dari Korea Selatan meletakkan item peribadi sekadar yang minimum. “Walaupun cara ini boleh membuatkan ruang kelihatan agak kosong, ini juga bermakna tetamu mempunyai banyak ruang untuk barangan mereka sendiri, dan lebih mudah untuk mengekalkan imej yang bersih.” Jadilah seperti Marie Kondo, hargai jasa barangan anda dan ucap selamat tinggal kepadanya.

    Dapatkan bantuan apabila anda memerlukannya

    Jika anda tahu anda tidak akan dapat melakukan semua kerja pembersihan sendiri, upah pekerja profesional—dan berikan arahan terperinci kepada mereka. Anda juga mungkin perlu mengupah tukang cuci lain sekiranya tukang cuci biasa anda tidak dapat hadir. Dan ingat, anda boleh memasukkan yuran pembersihan* untuk menampung perbelanjaan bagi mengekalkan ruang anda dalam keadaan terbaik. Cara lain untuk menguruskan beban kerja? Jarakkan masa dengan secukupnya antara tempahan untuk melakukan pembersihan menyeluruh sebelum tetamu yang berikutnya tiba. Anda disarankan untuk mengemas kini tetapan tempahan anda untuk menyekat masa antara tempahan.

    Cuba petua hos ini

    Hos mempunyai begitu banyak idea untuk menangani keperluan pembersihan unik penginapan Airbnb. Berikut ialah beberapa idea yang menonjol:

    • Muatkan mesin basuh terlebih dahulu. “Mula-mula sekali, saya akan mengumpulkan semua cadar dan tuala untuk dibasuh dan sementara mesin basuh berjalan, saya akan melakukan kerja pembersihan yang lain. Cara ini lebih cekap."-Emma-Kate
    • Menggilap lantai kayu. “Lantai kediaman saya ialah lantai kayu keras. Saya menggilapnya dengan kerap supaya apabila tetamu berjalan masuk, mereka nampak lantai yang berkilat. Ini memberikan persepsi keseluruhan tentang kebersihan yang meyakinkan.” —Tammi
    • Cuci suis lampu. “Suis lampu boleh menjadi sangat kotor, tetapi anda tidak menyedarinya kerana anda sudah terbiasa dengannya. Petuanya, gosok dengan menggunakan sedikit larutan alkohol.” —Adam
    • Periksa di bawah katil dan di dalam laci meja tepi katil. “Tiada yang lebih menjengkelkan selain terjumpa barangan peribadi yang tertinggal di dalam bilik tidur.” —Rob
    • Bersihkan bendul tingkap, lekapan lampu dan penjuru siling. “Adakalanya, tempat-tempat ini penuh dengan debu dan kotoran yang kita sendiri tidak sedari pada hari kerja-kerja pembersihan dilakukan. Tetapi tetamu yang berbaring di atas katil pada waktu malam akan dapat melihatnya.” Sarah
    • Jangan lupa langsir pancuran mandi. “ Langsir pancuran mandi sering dilupakan. Saya menggunakan lapisan plastik, dan saya membersihnya dengan menyembur dan mengelapnya selepas setiap tetamu pulang. Saya juga menggantikan langsir bilik pancuran hujan setiap satu atau dua bulan.” —Tammi
    • Lipat tisu bilik mandi. “Saya melipat hujung tisu tandas. Hal itu mungkin remeh, tetapi tindakan itu akan menyegarkan bilik mandi dan menunjukkan anda mengambil berat.” —Emma-Kate
    • Isi semula botol mandian dan syampu. “Senang hati apabila melihat kemudahan bilik air yang terasa bagaikan baharu. Botol yang penuh dan tertutup membuatkan tetamu berasa seperti orang pertama yang menggunakannya.” —Alex

    Dengan usaha yang lebih sedikit dan beberapa helah bijak -anda dapat menghasilkan keadaan “Bersih Berkilau.”

    *Kecuali hos yang menawarkan penginapan di tanah besar China. Ketahui lebih lanjut

    Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak diterbitkan.

    Sorotan

    • Kebersihan sering menjadi sebab utama hos mendapat ulasan negatif

    • Berikan perhatian yang khusus kepada bilik mandi, lantai, cadar dan tuala

    • Pembersihan juga bermaksud membersihkan barang yang berselerak dan memeriksa barang peribadi yang ditinggalkan

    • Anda boleh menambah kos ini sebagai yuran pembersihan untuk masa atau perbelanjaan yang dikeluarkan untuk perkhidmatan pembersihan ini

    Airbnb
    29 Jun 2021
    Adakah ini membantu?