Mengekalkan kualiti

Cipta penginapan 5 bintang dengan tip Superhost yang boleh diguna pakai berikut.
Oleh Airbnb pada 4 Jan 2024
Bacaan 3 minit
Dikemas kini pada 4 Jan 2024

Penarafan yang lebih tinggi dan ulasan boleh menghasilkan lebih banyak tempahan dan pendapatan. Selepas daftar keluar, tetamu boleh menilai penginapan keseluruhan mereka serta kebersihan, ketepatan, daftar masuk, komunikasi, lokasi dan nilai.

Walaupun penarafan bukan satu-satunya kayu ukur penginapan lima bintang, memastikan enam kategori ini sentiasa cemerlang adalah kuncinya.

Ketepatan

Tetamu menjangkakan gambar, kemudahan dan keterangan anda sepadan dengan ruang sebenar anda. Jika anda mempunyai kemudahan bermusim seperti kolam renang, jangan lupa untuk mengemas kini penyenaraian apabila kolam renang ditutup. 

Samantha, Superhost di Belfast, Maine, dengan 20 penyenaraian, menetapkan jangkaan dengan menyediakan keterangan penyenaraian terperinci dengan gambar terkini. “Kami juga cuba memastikan kami mengemas kini setiap kemudahan yang kami sediakan, supaya tetamu tahu apa yang boleh dijangkakan,” katanya. Dia cuba memuat semula gambarnya setiap musim dan mengemas kini penyenaraiannya setiap bulan.

Daftar masuk

Isi arahan daftar masuk untuk setiap penyenaraian, dengan butiran langkah demi langkah dan gambar jika perlu. Jika penyepaduan kunci pintar tersedia, sambungkan kunci pintar yang serasi ke akaun Airbnb anda untuk menjana kod unik secara automatik untuk setiap penginapan tetamu.

Corinne, Superhost di Purcellville, Virginia, dengan 36 penyenaraian, mencipta mesej ringkas dengan maklumat penginapan dan arahan ketibaan untuk setiap penyenaraian. Dia menjadualkan mesej ini untuk dihantar tiga hari sebelum daftar masuk. Ini membantu mengelakkan soalan saat akhir dan memastikan daftar masuk berjalan lancar.

Kebersihan

Anda boleh mencipta senarai semak pusing ganti terperinci untuk penyenaraian anda, supaya tukang cuci sentiasa mengikuti rutin yang sama untuk mengelakkan terlepas pandang apa-apa. Corinne mempunyai senarai semak menyeluruh yang diubah suai untuk setiap penyenaraian.

Dia juga membeli barangan keperluan secara pukal dan menyimpan bekalan di lokasi pusat. “Jika ada apa-apa yang dilaporkan berkurangan, kami menjadualkannya untuk diisi semula pada pembersihan seterusnya,” kata Corinne.

Komunikasi

Kadar jawapan anda mengukur kepantasan anda menjawab pertanyaan dan permohonan tempahan. Gunakan jawapan segera dan mesej berjadual untuk menjimatkan masa. 

“Saya ada beberapa jawapan segera yang sedia untuk dihantar mengenai soalan lazim berkaitan perkara seperti cara mengendalikan lubang api dan tab mandi air panas serta jarak ke tarikan,” kata Kory, Superhost di Chicago dengan tujuh penyenaraian.

Lokasi

Sama ada penyenaraian berada di pusat bandar atau di tempat yang jarang dikunjungi, jelaskan lokasinya dalam keterangan penyenaraian. Anda juga boleh menetapkan jangkaan mengenai lokasi dalam tajuk dan kapsyen gambar anda.

“Penyenaraian pertama saya jauh dari pusat bandar,” kata Tatiya, ahli Lembaga Penasihat Hos dan Superhost di Bangkok yang menjadi hos untuk lima penyenaraian dan hos bersama 44 penyenaraian. “Apabila tetamu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas Bangkok, saya mendapat penarafan yang rendah. Saya mengambil masa yang agak lama untuk terus mengedit keterangan penyenaraian saya untuk menguruskan jangkaan tetamu.”

Nilai

Kebersihan, ketepatan, daftar masuk, komunikasi dan lokasi semuanya memberi kesan kepada nilai keseluruhan penyenaraian anda. Jika anda cemerlang dalam lima perkara ini dan memastikan reka bentuk dan kemudahan anda dikemas kini, tetamu lebih cenderung merasakan mereka membayar harga yang berbaloi untuk penginapan mereka.

“Saya percaya gambar dan keterangan lengkap boleh menceritakan kisah pengalaman dan nilai,” kata Kory. “Saya suka memaparkan dapur saya yang lengkap, ruang luar untuk berkumpul, dan pilihan reka bentuk yang sesuai untuk pengembara ideal saya untuk setiap kediaman.”

Untuk menjejak prestasi anda dalam kesemua enam kategori, tab Wawasan anda menawarkan butiran daripada setiap tetamu anda.

Diiktiraf untuk kualiti

Jika anda menawarkan penginapan lima bintang, menjawab mesej tetamu dengan pantas, dan memastikan tetapan kalendar dan tempahan anda terkini untuk mengelakkan pembatalan, anda semakin hampir untuk menjadi Superhost. Secara purata, kami menyaksikan bahawa lencana Superhost boleh mendorong pendapatan tambahan 4% lebih tinggi untuk Superhost.*

*Menurut penilaian Superhost pada tahun 2021 dan 2022

Jika anda menggunakan perisian terhubung API, anda boleh mengakses ciri-ciri ini daripada perisian anda jika pembekal anda telah menyepadukannya. Jika tidak, hubungi pembekal anda untuk mengetahui bila ia akan tersedia.

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

Airbnb
4 Jan 2024
Adakah ini membantu?