Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Bagaimana pembatalan dan bayaran balik memberi kesan kepada pembayaran anda

    Berikut ialah perkara yang boleh dijangkakan apabila rancangan perjalanan berubah.
    Oleh Airbnb pada 19 Jul 2021
    Bacaan 2 minit
    Dikemas kini pada 21 Jul 2021

    Sorotan

    • Apabila tempahan dibatalkan atau diubah, pembayaran anda mungkin dilaraskan

    • Ini boleh berlaku pada masa pembayaran, atau memberi kesan kepada cara anda dibayar untuk tempahan akan datang

    • Ketahui apa yang boleh dijangkakan, dan dapatkan tip untuk mengelakkan pembatalan

    Walau sebaik mana rancangan yang dibuat, ia tetap boleh berubah, dan perjalanan di Airbnb juga tidak terkecuali. Tetamu mungkin perlu membatalkan tempahan mereka dengan anda atau melaraskan tarikh penginapan mereka, contohnya. Dan jika ini berlaku, kami ingin memastikan anda tahu apa yang boleh dijangkakan, terutama sekali kerana ia boleh menjejaskan pembayaran anda.

    Berita baiknya ialah, kami telah menjadikan proses bayaran balik automatik dan semudah yang mungkin untuk anda sebagai hos. Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana perubahan perjalanan, pembatalan dan bayaran balik boleh memberi kesan kepada pembayaran anda dan pengalaman tetamu anda, dan dapatkan tip untuk mengelakkan pembatalan perjalanan pada masa hadapan.

    Jadi, apa yang berlaku?

    Ada beberapa cara perubahan perjalanan boleh memberi kesan kepada pembayaran anda. Berikut ialah tiga sebab paling biasa yang mungkin menyebabkan perbezaan dalam dana:

    1. Pindaan: Tetamu mengubah tempoh penginapan mereka dengan anda.
    2. Pembatalan: Tetamu membatalkan penginapan mereka dengan anda.
    3. Resolusi: Sesuatu mengenai penginapan tetamu anda tidak menepati jangkaan, dan mereka meminta bayaran balik.

    Tetamu anda: Airbnb mengendalikan bayaran balik mereka

    Jadi, apa akan berlaku jika tetamu anda menempah perjalanan yang akhirnya tidak berlangsung? Ia bergantung pada polisi pembatalan anda. Dan bagaimana jika tab air panas yang diiklankan di penyenaraian anda rosak tanpa dijangka? Tetamu anda boleh berhubung terus dengan anda atau sokongan pelanggan Airbnb untuk meminta sebahagian bayaran balik.

    Apabila terdapat jaminan untuk sebahagian bayaran balik atau sepenuhnya, ia mudah sahaja: Airbnb membayar balik kepada tetamu anda. Ia dibuat secara automatik, sama seperti sistem bayaran kami yang lain.

    Pembayaran anda: masa adalah segala-galanya

    Bagaimana ini memberi kesan kepada dana anda bergantung pada bila tetamu anda dibayar balik.

    • Jika mereka dibayar balik sebelum anda menerima pembayaran untuk perjalanan mereka: Pembayaran anda akan sama ada dibatalkan atau dilaraskan berdasarkan polisi pembatalan anda atau butiran baharu perjalanan tersebut.
    • Jika mereka dibayar balik selepas anda menerima pembayaran untuk perjalanan mereka: Pembayaran akan datang anda akan dilaraskan secara automatik untuk menampung kos bayaran balik. Seperti yang kami nyatakan, Airbnb membayar balik kepada tetamu serta-merta, dan kemudian hos bertanggungjawab untuk membayar balik kepada Airbnb. Pada dasarnya, kami menanggung kos pendahuluan untuk menyediakan pengalaman yang lebih lancar untuk tetamu, kemudian mendapatkan kembali amaun tersebut daripada pendapatan masa hadapan anda. Inilah sebabnya anda mungkin tidak menerima pembayaran untuk tempahan akan datang anda atau mengapa pembayaran anda yang seterusnya mungkin kelihatan lebih rendah daripada yang dijangkakan. Ini akan disenaraikan sebagai jumlah negatif dalam e-mel apabila pembayaran anda dikeluarkan, serta dalam sejarah transaksi anda.

    Mencegah pembatalan

    Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan pelarasan automatik tidak mengejutkan anda:

    Sorotan

    • Apabila tempahan dibatalkan atau diubah, pembayaran anda mungkin dilaraskan

    • Ini boleh berlaku pada masa pembayaran, atau memberi kesan kepada cara anda dibayar untuk tempahan akan datang

    • Ketahui apa yang boleh dijangkakan, dan dapatkan tip untuk mengelakkan pembatalan

    Airbnb
    19 Jul 2021
    Adakah ini membantu?