Menentukan cara anda akan mengesahkan tempahan

Berikut ialah perkara yang perlu dipertimbangkan apabila memilih sama ada Tempahan Segera atau permohonan tempahan.
Oleh Airbnb pada 1 Sep 2023
Bacaan 2 minit
Dikemas kini pada 1 Sep 2023

Anda boleh menerima tempahan tetamu di Airbnb dengan salah satu cara: secara automatik dengan Tempahan Segera, atau secara manual dengan menjawab permohonan tempahan yang muncul di dalam peti masuk anda. Ramai tetamu sukakan kemudahan Tempahan Segera, yang juga menjimatkan masa hos, malah boleh menghasilkan lebih banyak tempahan.

Apakah Tempahan Segera?

Tempahan Segera ialah tetapan yang membolehkan tetamu menempah penginapan anda dengan serta-merta untuk tarikh yang tersedia pada kalendar anda. Anda tidak perlu menyemak dan menerima setiap permohonan tempahan secara individu.

Semua tetamu mesti bersetuju dengan peraturan penginapan anda dan memenuhi syarat Airbnb apabila mereka membuat tempahan. Selepas penyenaraian anda disiarkan, anda boleh menambah tetapan yang memerlukan tetamu untuk:

  • Mempunyai rekod prestasi yang baik di Airbnb, tanpa ulasan di bawah tiga bintang dan tiada insiden yang dilaporkan kepada sokongan pelanggan

  • Baca dan jawab mesej pratempahan automatik yang anda cipta

Bagaimana permohonan tempahan berfungsi?

Permohonan tempahan membolehkan anda menguruskan tempahan tetamu anda secara manual menggunakan peti masuk Airbnb anda. Apabila tetamu menghantar permohonan tempahan,anda ada masa 24 jam untuk menerima atau menolaknya sebelum ia tamat tempoh. Anda akan dapat menyediakan pemberitahuan untuk memastikan anda mendapat permohonan secepat mungkin.

Apabila tetamu memohon tempahan, tarikh akan disekat secara automatik pada kalendar anda untuk mengelakkan pertindihan dengan permohonan akan datang. Tarikh tersebut kekal disekat jika anda menerima permohonan tempahan atau jika anda membiarkannya tamat tempoh. Jadi penting untuk menjawab setiap permohonan dengan segera.

Pilihan manakah yang tepat untuk saya?

Ini beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan apabila memutuskan cara anda akan menerima tempahan:

Tempahan Segera

  • Tetamu suka dapat mengesahkan tempahan serta-merta, yang boleh menghasilkan lebih banyak tempahan

  • Tempahan Segera menerima tempahan untuk anda berdasarkan parameter yang anda tetapkan

  • Anda perlu memastikan kalendar anda terkini dan menyegerakkannya dengan mana-mana kalendar lain yang anda gunakan

Permohonan tempahan

  • Tetamu menghargai jawapan yang pantas, jadi anda disyorkan menggunakan pilihan ini hanya jika anda umumnya dapat menjawab dengan cepat dan dalam masa 24 jam

  • Permohonan tempahan membolehkan anda berkomunikasi dengan lebih mendalam mengenai peraturan atau ciri khas penginapan anda, seperti tangga curam yang menuju ke satu-satunya pintu masuk

  • Anda tidak boleh menolak permohonan tempahan atas sebab-sebab yang melanggar polisi tanpa diskriminasi Airbnb

Pilih kaedah yang akan membantu anda mengelakkan pembatalan terhadap tetamu atas sebab yang boleh dicegah, yang boleh mengakibatkan penalti. Anda boleh mengemas kini pilihan anda pada bila-bila masa dalam tetapan tempahan anda.

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

Airbnb
1 Sep 2023
Adakah ini membantu?