Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Perjalanan 800 batu untuk mendapatkan rawatan perubatan yang menyelamatkan nyawa

    Seorang lelaki berkongsi bagaimana Open Homes membantunya menyertai ujian klinikal kanser yang jauh dari rumah.
    Oleh Airbnb pada 12 Nov 2019
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 7 Dis 2020

    Sorotan

    • Airbnb bekerjasama dengan Komuniti Sokongan Kanser untuk menawarkan penginapan sementara kepada mereka yang mengembara untuk rawatan kanser

    • Seorang lelaki Missouri dapat tinggal di Texas secara percuma untuk menerima rawatan dalam ujian klinikal

    • Walaupun beliau diberi tempoh sembilan bulan untuk hidup pada tahun 2011, beliau bebas kanser sejak rawatannya tamat.

    Open Homes kini menjadi Airbnb.org

    Program Open Homes Airbnb telah berkembang menjadi Airbnb.org, sebuah organisasi bukan untung 501(c)(3) baharu. Terima kasih kerana mencipta komuniti Open Homes bersama kami. Kami gembira kerana anda menjadi sebahagian daripada fasa baharu ini.

    “Saya sepatutnya mati lima atau enam tahun lalu,” kata Bill Holder, jurutera bersara yang tinggal di Ozark Mountains di Missouri. “Saya tinggal di tempat yang telefon bimbit tidak berfungsi, dan kedai runcit terletak 40 batu dari sini. Tiada hospital di kawasan ini. ”

    Pada malam yang terasa biasa pada tahun 2011, Holder, 72 tahun, melihat ke dalam cermin tandasnya dan mendapati tumor bersaiz bola golf di lehernya. Keesokan paginya dia pergi berjumpa doktor, yang merujuknya kepada beberapa doktor lain sebelum dia menerima diagnosis leukemia berisiko tinggi dengan tempoh hidup kurang daripada sembilan bulan.

    “Mereka melakukan ujian sumsum tulang, dan 85% daripada sumsum tulang saya dijangkiti kanser,” kata Holder. “Ada sangat banyak kanser dalam tulang saya sehingga saya tidak menghasilkan sebarang sel darah merah. Saya diberitahu bahawa saya tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup.”

    Mencari rawatan

    Dua tahun kemudian, sekumpulan doktor di Pusat Kanser MD Anderson yang terkenal di Houston, Texas, memulakan ujian klinikal untuk menguji ubat kanser baharu. Jika berkesan, ia boleh merawat jenis kanser yang kini menggangu keupayaan Holder untuk bergerak dengan bebas. Tetapi untuk mengambil bahagian, beliau perlu mengembara 800 batu dan mencari penginapan semasa menerima rawatan, serta menampung kos perjalanan pulang ke Houston untuk temu janji susulan yang diperlukan.

    Peluang untuk memanjangkan umurnya ada di depan mata, tetapi kosnya terlalu tinggi untuk ditanggung.

    Mengatasi halangan ekonomi

    “Saya telah menghabiskan sebahagian besar hidup saya dalam perkhidmatan awam, dan kini kehidupan saya dan isteri saya bergantung pada Keselamatan Sosial,” kata Holder, yang pernah berkhidmat sebagai Datuk Bandar, ahli majlis perbandaran, dan ahli lembaga sekolah dalam komuniti beliau. “Agak sukar untuk saya menanggung kos penginapan di Houston, tetapi saya tidak mahu berputus asa.”

    Dia terus berusaha dengan menyalurkan tenaganya meneliti pilihan alternatif untuk mencari jalan penyelesaian. “Kebetulan saya membaca artikel mengenai Airbnb menyediakan geran USD1.2 juta untuk pesakit kanser,” katanya.

    Pada awal tahun ini, Airbnb memberikan sokongan geran kepada Komuniti Sokongan Kanser dan Yayasan Tulang Sumsum & Kanser. Melalui Komuniti Sokongan Kanser, beliau berkata, “Saya mendapat pelepasan doktor dengan cepat, mengisi borang, memohon, dan diberi elaun perumahan. Ia benar-benar menjadi penyelamat saya.”

    Kembali sembuh di penginapan yang jauh dari rumah

    Dengan bantuan kewangan daripada Komuniti Sokongan Kanser, Bill meletakkan anjingnya di tempat duduk penumpang dan mengemas keretanya untuk memandu hampir 12 jam ke Houston, di mana dia mendaftar masuk ke bangunan pangsapuri tinggi yang terletak dua blok dari hospital.

    Di sana, dia mendapat ruang untuk bernafas.

    “Penginapan Airbnb ini sangat baik dengan pemandangan yang menghadap zoo, padang golf, dan taman,” kata Holder. “Ia jauh lebih baik berbanding tinggal jauh dari hospital. ” Di antara janji temu, dia boleh meluangkan masa untuk berehat tanpa perlu memandu ulang alik ke bilik motel. “Bahagian terbaik adalah tingkat tujuh bangunan tersebut kerana ada meja urut hidro di situ. Ia mempunyai air suam, dan anda boleh menetapkan ia untuk menghala ke atas dan ke bawah badan anda.”

    “Tiada yang lebih hebat daripada mempunyai tempat penginapan yang selamat dan selesa apabila anda melalui masa yang sukar,” kata Kevin, yang menjadi hos kepada Holder di Houston. “Saya menjadi hos untuk memperkasakan orang melalui penginapan. ”

    Mengembalikan rasa normal

    Setahun selepas menerima rawatan, Holder kembali ke Houston untuk temu janji pemeriksaan dengan pasukan doktornya. Pada bulan Oktober 2019, beliau berasa gembira kerana mengetahui bahawa ujian sumsum tulangnya kembali bebas kanser. Teruja dengan berita ini, beliau pulang ke Missouri, tempat beliau menghabiskan masa di tasik dengan isteri dan anak perempuannya, yang sering melawat dari Colorado.

    “Apabila anda seusia saya, anda boleh membantu ramai orang lain dengan melakukan ujian klinikal kanser,” kata Bill. “Walaupun jika ujian klinikal tidak berjaya, semua orang adalah pemenang. Kerana sekurang-kurangnya doktor dan penyelidik akan tahu apa yang tidak berkesan.”

    “Saya amat bersyukur dengan Open Homes—program ini memudahkan keupayaan saya untuk menjalani ujian klinikal,” katanya. “Saya banyak terhutang budi kepada perubatan dan penyelidikan. Untuk ujian klinikal kanser pada masa hadapan, ia akan menyelesaikan banyak masalah untuk ramai orang.”

    Sertai komuniti yang semakin berkembang yang memanfaatkan kuasa perkongsian semasa masa yang memerlukan.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Airbnb bekerjasama dengan Komuniti Sokongan Kanser untuk menawarkan penginapan sementara kepada mereka yang mengembara untuk rawatan kanser

    • Seorang lelaki Missouri dapat tinggal di Texas secara percuma untuk menerima rawatan dalam ujian klinikal

    • Walaupun beliau diberi tempoh sembilan bulan untuk hidup pada tahun 2011, beliau bebas kanser sejak rawatannya tamat.

    Airbnb
    12 Nov 2019
    Adakah ini membantu?