Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Cara membantu keluarga dalam perjalanan Make-A-Wish® rasa selesa seperti di rumah sendiri

    Perkongsian dengan Open Homes membantu mewujudkan pengalaman ajaib untuk keluarga.
    Oleh Airbnb pada 23 Jul 2019
    Bacaan 4 minit
    Dikemas kini pada 28 Apr 2021

    Sorotan

    • Program Open Homes Airbnb menyediakan penginapan selesa untuk keluarga yang mengembara untuk pengalaman Make-A-Wish®

    • Memandangkan 75% daripada hasrat termasuk perjalanan, sambutan mesra oleh hos boleh membantu keluarga ini berasa selesa

    Open Homes kini Airbnb.org

    Program Open Homes Airbnb telah berkembang menjadi Airbnb.org, sebuah organisasi bukan untung 501(c)(3) baharu. Terima kasih kerana mencipta komuniti Open Homes bersama kami. Kami gembira kerana anda boleh menjadi sebahagian daripada bab baharu ini.

    Organisasi seperti Make-A-Wish® memberi harapan kepada kanak-kanak mengatasi penyakit kritikal—yang boleh memberi kesan yang mendalam kepada keupayaan keluarga mereka untuk sembuh.

    “Tujuh puluh lima peratus daripada hasrat kami sebenarnya melibatkan perjalanan,” kata Catie Martino, yang menyelaras perjalanan untuk organisasi ini. “Ada perjalanan hebat seperti terbang ke New Zealand untuk melihat kawasan pemfileman kegemaran mereka hingga berenang bersama ikan lumba-lumba dan pergi ke pantai buat kali pertama.”

    Dengan program Open Homes Airbnb, anda boleh menawarkan tempat yang selesa untuk beristerehat dan berhubung sebagai keluarga kepada keluarga yang sedang pulih daripada masa yang sukar. “Semasa anak saya Liam berada di hospital untuk mendapatkan rawatan, apabila dia berpeluang memikirkan masa depan yang dapat membantunya melalui penyakitnya dan pemulihan lebih cepat,” kata Amy Eyer, yang keluarganya menerima lawatan ke Paris tahun lalu untuk menghadiri kejohanan golf. “Apabila kami mendapat berita bahawa hasratnya dikabulkan, dia benar-benar gembira,” katanya. “Dia taksub dengan golf dan memilih salah satu kejohanan besar, Piala Ryder, yang diadakan di Paris tahun itu.”

    Kami berbincang dengan Catie Martino dan keluarga Eyer tentang bagaimana anda boleh mewujudkan ruang yang selesa bagi sebuah keluarga untuk berhubung dan berkumpul semula.

    Apa yang boleh hos lakukan sebelum keluarga tiba?

    Catie Martino: “Ramai keluarga ini tidak mengembara dengan kerap, jadi apabila hos berada di sana untuk menyambut mereka, ia memberikan perasaan selamat dan selesa.”

    Andy Eyer, ayah: “Kami tidak pernah mengembara ke luar negara. Kami hanya mengembara di A.S. atau Mexico. Perjalanan ini memberi kami peluang untuk meneroka dunia sebagai sebuah keluarga.”

    Amy Eyer, ibu: “Make-A-Wish menghantar itinerari yang sangat terperinci dengan maklumat orang untuk dihubungi, dan bertanya sama ada boleh menyampaikan maklumat saya kepada hos Airbnb kami, Xavier. Beliau menghantar mesej kepada saya beberapa hari sebelum perjalanan dan mengucapkan selamat jalan kepada kami. Dan kemudian kami menghantar SMS kepadanya pada waktu pagi hari ketibaan kami. Terdapat begitu banyak perkara yang berlaku, dan kami brasa senang apabila ada seseorang menunggu kedatangan kami.”

    Apakah jenis maklumat yang membantu untuk diberikan semasa perjalanan mereka?

    Catie Martino: “Ia benar-benar hebat apabila hos meninggalkan nota dengan senarai kedai dan restoran tempatan. Atau bantu keluarga mencari aktiviti untuk dilakukan.”

    Andy Eyer: “Hos kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan kami mendapat pengalaman yang menyenangkan. Beliau memberitahu kami apa yang berada dalam jarak berjalan kaki dari rumahnya, dan kami dapat tinggal seperti penduduk tempatan—pergi ke kedai roti dan kedai tempatan. Beliau juga memetakan pengangkutan awam untuk cara terbaik ke kejohanan. Jadi kami tahu dengan tepat bas mana yang perlu diambil dan di perhentian mana.”

    Amy Eyer: “Dia juga berjumpa dengan kami apabila kami tiba dan memberikan kami lawatan rumah yang terperinci, menunjukkan kepada kami cara menggunakan penyaman udara dan pemanas, dan tempat untuk mencuci pakaian. Dia sangat teliti, dan menunjukkan kepada kami di mana kanak-kanak boleh bermain dan di sekeliling halaman belakang.”

    Apakah jenis aktiviti yang ingin dilakukan oleh keluarga semasa melawat?

    Catie Martino: “Ramai keluarga ini berpecah selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan untuk rawatan, jadi pengalaman wish ini menyatukan keluarga. Perjalanan adalah peluang untuk keluarga mengumpul tenaga dan membangkitkan semula harapan. Untuk membawa keselesaan dan perasaan normal.”

    Andy Eyer: “Saya masih ingat kali pertama Liam keluar dari hospital, dan selepas lapan minggu berturut-turut kami dapat pulang selama seminggu, dan kemudian kembali untuk memulakan kemoterapi seterusnya. Kami menjalani kehidupan dari hari ke hari, tetapi kami cuba untuk berkembang sebagai keluarga. Ketika kami melalui semua ini, hasrat kami hanya untuk menjadi sebuah keluarga semula. Saya sangat terharu kerana enam bulan yang lalu saya tidak menyangka ini mungkin berlaku—duduk dan makan malam bersama-sama.”

    Bagaimana saya boleh melakukan sesuatu yang lebih untuk keluarga ini?

    Catie Martino: “Hos melakukan perkara yang menakjubkan. Kami telah melihat hos memberikan hadiah kecil yang berkaitan dengan hasrat tersebut. Malah beberapa barangan runcit di dalam peti sejuk, supaya keluarga boleh berehat apabila mereka tiba.”

    Amy Eyer: “Xavier membelikan kami sebotol champagne, memberi roti yang baru dibakar, dan menyediakan apartmen dengan susu dan jus untuk kanak-kanak. Dia menjadikan rumah ini sangat mesra kanak-kanak dan membelikan mereka hadiah kecil. Walaupun hanya nota tulisan tangan sudah cukup dihargai.”

    Bagaimana jika kecemasan perubatan berlaku semasa penginapan?

    Catie Martino: “Kakitangan Make-A-Wish akan menguruskan semuanya. Jika terdapat situasi yang rawatan perubatan akan dilakukan di rumah, kami akan memaklumkannya 100% kepada hos.”

    Untuk layak menyertai program ini, semua perjalanan wish kanak-kanak harus mendapatkan kelulusan dari doktor mereka untuk mengembara. Walaupun jarang berlaku, jika kecemasan perubatan berlaku semasa perjalanan, cawangan tempatan Make-A-Wish akan berkomunikasi terus dengan anda mengenai siapa yang perlu dihubungi. Sesetengah kanak-kanak mungkin mengembara dengan peranti perubatan atau alat lain yang diperlukan untuk menyampaikan penjagaan—namun kakitangan Make-A-Wish akan menyemak semula dengan anda bahawa rumah anda sesuai untuk keperluan khusus mereka.

    Sertai komuniti yang semakin berkembang yang membuka kuasa perkongsian semasa masa genting.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Program Open Homes Airbnb menyediakan penginapan selesa untuk keluarga yang mengembara untuk pengalaman Make-A-Wish®

    • Memandangkan 75% daripada hasrat termasuk perjalanan, sambutan mesra oleh hos boleh membantu keluarga ini berasa selesa

    Airbnb
    23 Jul 2019
    Adakah ini membantu?