Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Cara Brenda, seorang hos Airbnb, meraih pendapatan persaraan

    Dengan menjadi hos, seorang pesara berjaya menafkahi dirinya dan mengekalkan hak milik rumah keluarganya.
    Oleh Airbnb pada 1 Nov 2018
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 21 Apr 2021

    Hos Airbnb Brenda mengalu-alukan tetamu ke kediaman keduanya di kejiranan Gentilly, New Orleans. Brenda dilahirkan dan dibesarkan di New Orleans dan berbangga untuk memperkenalkan rumah dan bandarnya kepada pengembara dari seluruh dunia. “Saya sudah tinggal di sini sepanjang hayat 66 tahun saya, dan saya sudah memiliki penginapan ini selama 32 tahun,” katanya. “Saya pergi ke sekolah awam di New Orleans, dan saya suka menunjukkan bandar saya kepada orang.” Apabila dia pindah masuk bersama suami keduanya, Brenda tidak mahu menjual rumah di mana dia telah membesarkan keluarganya. Menjadi hos telah membolehkan dia untuk memelihara rumah dan menampung diri semasa persaraan.

    Brenda menemui Airbnb semasa dia membantu anak perempuannya pindah ke Sepanyol. “Kami tinggal di rumah seorang wanita ini, dan dia sangat baik dengan kami. Malah dia membantu anak perempuan saya pindah masuk ke rumah. Ia satu pengalaman yang hebat, dan saya fikir ‘saya boleh buat itu untuk orang lain.'” Sekarang dia melakukannya. Apabila tetamu datang melawat, Brenda akan memberi mereka pakej alu-aluan dengan snek dan cadangan. Dia juga memastikan mereka tahu ke mana hendak pergi dan bagaimana untuk menikmati seluruh bandar. “Saya memberi mereka ucapan ‘Cik Brenda’ saya.” Salah seorang tetamu saya berkata ia seolah-olah dia menginap di rumah makcik kegemarannya.”

    Brenda suka berkongsi pengetahuannya mengenai tarikan tempatan bersama tetamu dan menghantar mereka ke tempat yang luar daripada pengalaman biasa New Orleans. “Saya selalu mengesyorkan orang untuk pergi ke Lapangan Terbang Lakefront di mana pesawat peribadi mendarat. Ada satu restoran kecil menarik di sana yang dipanggil Messina's—mereka ada penkek yang terbaik di dunia. Jangan pesan dua penkek kerana ia sebesar pinggan,” kata Brenda sambil ketawa. “Kemudian saya mengesyorkan Sassafras, di mana anda boleh mendapatkan gumbo yang paling asli di New Orleans. Mereka membuat gumbo asli setiap hari dari pangkal. ”

    Brenda berpendapat bahawa tetamu menyokong perniagaan tempatan dengan wang yang mereka jimatkan dengan menginap di Airbnbnya. “Orang yang datang menginap dengan saya, mereka mungkin tiada $600 untuk menginap tiga hari di hotel pusat bandar tetapi apa yang mereka ada, mereka akan bawa dan membelanjakannya di New Orleans. Jadi tetamu akan membelanjakan wang mereka di kedai, dan mereka membantu ekonomi kami.”

    Bagi Brenda, menjadi hos adalah cara untuk mengekal hakmilik rumah dan menampung perbelanjaan. Selepas satu kecederaan teruk, Brenda terpaksa bersara awal daripada kerjayanya. “Saya menjalani pembedahan di leher, dan saya tidak boleh bekerja lagi.” Selepas Taufan Katrina, kadar insurans dan cukai harta tanahnya naik lebih dua kali ganda. “Dengan bil air, bil elektrik, bayaran insurans dan cukai hartanah yang tinggi, apa lagi yang saya ada? Rakan dan keluarga, itulah yang saya ada.”

    Menjadi hos telah menyediakan satu sumber pendapatan yang penting untuk membiayai perbelanjaan yang besar ini. “[Menjadi hos ialah] satu-satunya sumber pendapatan saya di samping wang Keselamatan Sosial.” Brenda bimbang kerana pihak perbandaran mungkin akan merampas keistimewaan ini daripadanya. Jika pihak perbandaran menamatkan permit sewaan jangka pendek untuk rumah di kawasan perumahan, "hal itu amat dikesali, dan saya akan menanggung rugi. Selain itu, saya lebih bimbang tentang cara pihak perbandaran akan mendapatkan balik hasilnya, iaitu hasil yang diperoleh daripada sewaan jangka pendek. Pendapatan saya akan terjejas teruk. Kekecewaan ini pasti tak dapat dibendung.”

    Brenda amat berharap yang pihak perbandaran akan membuat keputusan yang bertimbang rasa untuk membolehkan golongan penduduk sepertinya yang memiliki permit sewaan jangka pendek sementara, atau rumah kedua, untuk terus menyenaraikan seluruh kediaman mereka sebagai hos. “Saya berharap mereka akan memihak kepada pemilik rumah individu, penduduk asal di sini seperti saya.” Dengan wujudnya peraturan sewaan yang adil dan bertimbang rasa, Brenda dapat terus memperoleh pendapatan yang bermanfaat untuk memenuhi keperluan hidup di samping terus menjadi duta yang luar biasa bagi bandar rayanya yang indah.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Airbnb
    1 Nov 2018
    Adakah ini membantu?