Membantu tetamu Bilik mengembara seperti warga tempatan

Kongsi tempat kegemaran anda dan fokus kepada cara menjadikan tetamu berasa selesa seperti di rumah sendiri.
Oleh Airbnb pada 10 Ogo 2023
Bacaan 3 minit
Dikemas kini pada 10 Ogo 2023

Airbnb bermula sebagai penginapan yang berpatutan untuk pengembara tinggal di rumah orang lain. Cara ini berkembang apabila hos dan tetamu di seluruh dunia berhubung dengan cara yang sebenarnya.

Bilik turut meraikan tradisi ini. Lebih ramai hos berbanding sebelum ini membantu tetamu mengembara seperti warga tempatan. Mereka melakukannya dalam pelbagai cara, sama ada menawarkan tip tempat untuk dilawati atau mencari-cari sendiri.

Ini cara tiga orang hos mencipta hubungan yang tidak dapat dilupakan.

Berkongsi tempat kegemaran di kejiranan anda

Anda boleh membantu tetamu mengenali kawasan anda dengan mencipta buku panduan untuk penyenaraian anda. Ini cara yang mudah untuk berkongsi saranan dengan tetamu. Hos yang menyediakan buku panduan cenderung untuk mendapat lebih banyak tempahan.

Ramai hos turut menawarkan saranan secara bersemuka. Reed, hos Bilik di Philadelphia bersama isterinya, menjemput tetamu menyertai mereka untuk makan malam Ahad. Dia memasak rebusan dan akan bertanya kepada mereka apa yang mereka ingin lakukan. Kemudian beliau akan menunjukkan "tempat menarik yang bukan kebiasaan," seperti kafe di kejiranan yang mempamerkan banyak buku.

Kadang-kadang Reed mengajak tetamu keluar menari, salah satu aktiviti kegemarannya. “Kami membawa beberapa orang tetamu ke kelab Latin untuk berhibur sedikit,” katanya. Sesetengah tetamu, tambahnya, “seolah-olah anak kami sekarang.”

Menjadikan tetamu berasa selesa seperti di rumah sendiri

Tetamu boleh menempah Bilik anda kerana Pasport Hos anda akan mewujudkan rasa keakraban, yang boleh membantu tetamu berasa selesa menginap dengan anda.

Nicola, hos Bilik di Fitzroy, Australia, menceritakan bahawa beliau sukakan budaya dan masakan baharu. Beliau mendapati bahawa sesetengah tetamu suka “bergaul dan merasa seperti di rumah sendiri.”

Beliau dan abangnya, seorang chef terkenal di Melbourne, kadangkala menawarkan untuk memasak dengan tetamu. “Kami ada dapur komersial, jadi mereka boleh membuat pasta atau roti panini,” katanya.

Sekumpulan pengembara berasa begitu selesa sehingga mereka melakukan yoga di ruang tamu Nicola. “Saya suka kerana mereka benar-benar menikmati ruang ini,” katanya. Menyedari minat mereka dengan bersenam, Nicola membawa mereka ke taman berhampiran. Mereka menghabiskan waktu petang memanjat pokok dan berbual tentang tempat-tempat lain untuk diterokai.

Menghayati perkara di luar jangkaan

Fikirkan bagaimana anda ingin berinteraksi dengan tetamu, dan beritahu mereka apa yang anda suka. Jika anda suka berinteraksi, keterbukaan anda boleh membawa kepada hubungan yang bermakna.

Garth, hos Bilik di Auckland, New Zealand, berkata melayan tetamu di rumahnya membolehkan beliau meluangkan lebih banyak masa dengan seseorang daripada budaya lain tanpa perlu mengembara. Baginya, "Bawa orang ke sini."

Salah satu saat paling tidak dapat dilupakan Garth sebagai hos ialah dengan tetamu yang melawat dari Perancis. Si ibu bertanya jika anaknya boleh melihatnya bekerja di bengkel garajnya. “Baginya, semua yang saya lakukan sungguh menarik,” kata Garth.

Jadi Garth memikirkan projek yang mereka boleh lakukan bersama-sama. “Kami membina sebuah sampan kecil, dan kami mengecatnya,” katanya. “Sangat indah, kerana dia tidak boleh berbahasa Inggeris, tetapi kami seolah-olah bertutur bahasa yang sama.”

Anda boleh mendapatkan lebih banyak kisah dan tip menjadi hos dengan menyertai Kelab Hos tempatan anda. Kelab-kelab ini dikendalikan oleh hos untuk hos, dan menawarkan perjumpaan secara bersemuka dan maya, sokongan berterusan, serta berita dan pengemaskinian produk Airbnb.

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

Airbnb
10 Ogo 2023
Adakah ini membantu?