Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Memahami polisi keadaan peringan kami yang dikemas kini

    Ketahui cara pembatalan berfungsi di bawah polisi kami sekarang.
    Oleh Airbnb pada 23 Sep 2020
    Bacaan 5 minit
    Dikemas kini pada 15 Feb 2021

    Sorotan

    • Kami sedang mengubah cara pembatalan berfungsi di bawah polisi keadaan peringan kami untuk tempahan penginapan dan Pengalaman Airbnb dengan tarikh daftar masuk atau tarikh mula pada atau selepas 20 Januari 2021

    • Polisi ini masih melindungi bencana alam dan kejadian serupa yang berada di luar jangkaan dan kawalan sesiapa pun

    Catatan: Polisi keadaan peringan kami yang dikemas kini terpakai kepada semua tempahan yang bermula pada atau selepas 20 Januari 2021.

    Sejak pandemik bermula, kami telah mendapat banyak maklum balas daripada hos tentang cara pembatalan berfungsi di bawah polisi keadaan peringan kami. Ramai hos telah menyatakan bahawa mereka tidak merasakan polisi terdahulu kami adil kepada hos, jadi kami telah mengemas kini polisi kami untuk memberi keseimbangan yang lebih baik antara keperluan hos dan tetamu.

    Polisi yang dikemas kini terpakai kepada tempahan penginapan dan Pengalaman Airbnb dengan tarikh daftar masuk atau mula pada atau selepas 20 Januari 2021.*

    Di bawah polisi terkini, tetamu yang terjejas oleh keadaan peribadi yang tidak dijangka—seperti tugas juri atau penerbangan yang dibatalkan—tidak lagi akan dilindungi oleh polisi keadaan peringan kami.

    Anda boleh membaca semua perubahan yang kami buat di Pusat Bantuan tetapi kami ingin memberi anda beberapa contoh situasi yang akan dan tidak akan dilindungi bermula pada bulan Januari.

    Apa yang dilindungi oleh polisi keadaan peringan terdahulu untuk tetamu?
    Di bawah polisi terdahulu kami, tetamu boleh membatalkan tempahan untuk mendapatkan bayaran balik dalam dua keadaan:

    • Keadaan peribadi yang tidak dijangka
    • Kejadian berskala besar seperti gempa bumi atau pandemik

    Apa yang dilindungi oleh polisi yang dikemas kini?
    Berkuat kuasa untuk tempahan penginapan dan Pengalaman Airbnb dengan tarikh daftar masuk atau bermula pada atau selepas 20 Januari 2021, polisi keadaan peringan yang dikemas kini masih melindungi bencana alam dan kejadian serupa yang tidak dijangka dan di luar kawalan sesiapa.

    Jika tetamu anda mengalami gangguan perjalanan biasa, seperti kelewatan penerbangan, mereka tidak lagi boleh membatalkan tempahan di bawah polisi ini untuk mendapat bayaran balik. Mereka mungkin masih berhak mendapat bayaran balik di bawah polisi pembatalan anda.

    Apa yang tidak dilindungi oleh polisi yang dikemas kini?
    Polisi ini akan mengecualikan gangguan perjalanan yang disebabkan oleh kebanyakan situasi peribadi.

    Sebagai contoh, jika tetamu telah membatalkan penerbangan atau perlu menjalankan tugas juri dan mereka perlu membatalkan tempahan mereka pada saat akhir, Airbnb tidak lagi akan menganggap perkara ini sebagai keadaan peringan dan polisi pembatalan anda akan terpakai.

    Polisi ini juga akan mengecualikan gangguan perjalanan yang disebabkan oleh peristiwa cuaca dan penyakit endemik yang sering berlaku dan boleh diramalkan. Untuk maklumat lanjut dan senarai contoh, anda boleh baca lebih lanjut di Pusat Bantuan.

    Kami tahu bahawa hubungan dengan tetamu anda penting, dan kami ingin memperkasakan anda untuk memutuskan sama ada anda akan membayar balik kepada tetamu yang terjejas akibat keadaan peribadi yang tidak dijangka, cuaca yang boleh dijangka, penyakit, atau sebab-sebab lain. Seperti biasa, anda akan dapat menyelesaikan situasi ini terus dengan tetamu anda jika anda memilih untuk melakukannya—tanpa perlu berbincang dengan pasukan perkhidmatan pelanggan kami.

    Tempahan manakah yang akan dilindungi oleh polisi yang dikemas kini ini?
    Polisi yang dikemas kini akan terpakai kepada tempahan penginapan dan Pengalaman Airbnb dengan tarikh daftar masuk atau bermula pada atau selepas 20 Januari 2021, kecuali tempahan Luxe.*

    Bagaimana jika saya perlu membatalkan tempahan tetamu?
    Kami tahu bahawa hos kadang-kadang perlu membatalkan tempahan kerana keadaan peribadi yang tidak dijangka. Jika anda tidak dapat menjadi hos kerana sesuatu yang benar-benar di luar kawalan anda—seperti kecederaan yang menghalang anda daripada menjadi hos atau keadaan kecemasan yang melibatkan penginapan anda—anda masih boleh membatalkan tempahan tanpa sebarang kesan buruk seperti terpaksa membayar caj atau menjejaskan status Superhost anda.

    Kami meminta anda mempertimbangkan setiap pembatalan dengan teliti. Seperti yang anda mungkin tahu daripada pengalaman anda sendiri, pembatalan tempahan boleh menjadi salah satu pengalaman terburuk bagi pengembara—walaupun kami faham bahawa kadang-kadang perkara itu tidak dapat dielakkan.

    Bagaimana jika ada pandemik lain?
    Pertama sekali, kami benar-benar berharap tidak akan berlaku pandemik lagi. Tetapi sekiranya kita mengalami pandemik lagi dalam tempoh hayat kita, kami menjangkakan ramai tetamu yang membuat tempahan sebelum pandemik tersebut akan dapat membatalkan tempahan untuk mendapatkan bayaran balik di bawah polisi keadaan peringan yang dikemas kini.

    Mengapakah anda memilih untuk mengecualikan keadaan peribadi yang tidak dijangka daripada polisi yang dikemas kini?
    Dalam keadaan biasa—bukan semasa pandemik—keadaan peribadi yang tidak dijangka meliputi sebahagian besar pembatalan tetamu di bawah polisi keadaan peringan kami.

    Untuk membina penyelesaian jangka panjang yang betul, kami menumpukan perhatian kami kepada jenis-jenis pembatalan ini. Mulai 20 Januari 2021, tetamu dengan keadaan peribadi yang tidak dijangka tidak lagi akan layak membatalkan tempahan untuk mendapat bayaran balik di bawah polisi keadaan peringan kami. Terpulang kepada anda sama ada anda ingin membuat pengecualian kepada polisi pembatalan anda atau tidak.

    Apakah jenis acara berskala besar yang tidak akan dilindungi oleh polisi yang dikemas kini ini?
    Untuk acara berskala besar, polisi kami umumnya akan kekal sama. Tetamu masih layak mendapat bayaran balik jika, contohnya, bencana alam yang tidak dijangka menghalang mereka daripada mengembara. Kemas kini ini bermakna tetamu akan terikat kepada polisi pembatalan anda lebih kerap berbanding dengan polisi lama kami.

    Apakah jenis insurans yang anda akan tawarkan, dan bagaimana ia akan ditawarkan kepada tetamu?
    Kami sedang berusaha menyediakan pilihan insurans perjalanan untuk tetamu—mula-mula di A.S., dan kemudian di kawasan lain di seluruh dunia. Tetamu akan dapat membeli perlindungan perjalanan melalui kerjasama dengan sebuah syarikat insurans terkemuka.

    Sementara itu, kami telah melancarkan halaman insurans perjalanan untuk mendidik tetamu tentang insurans perjalanan dan menyediakan pautan kepada penggabung insurans perjalanan, agar tetamu di negara dan rantau tertentu boleh membandingkan sebut harga dan membeli pelan insurans perjalanan yang sesuai dengan keperluan mereka. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami mendidik tetamu tentang insurans perjalanan

    Adakah polisi yang dikemas kini ini membolehkan tetamu membatalkan tempahan disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan COVID-19?
    Perubahan kepada polisi ini tidak akan menjejaskan cara kami mengendalikan COVID-19. Untuk tempahan penginapan dan Pengalaman Airbnb yang dibuat selepas 14 Mac 2020, pembatalan yang berkaitan dengan COVID-19 masih akan dikecualikan—melainkan jika anda atau tetamu anda dijangkiti COVID-19. Sila ambil perhatian bahawa polisi yang berbeza terpakai untuk tempahan Luxe.

    Tempahan untuk penginapan dan Pengalaman Airbnb yang dibuat pada atau sebelum 14 Mac 2020 akan kekal layak. Ketahui lebih lanjut tentang polisi keadaan peringan dan COVID-19 kami

    Bagaimana polisi anda yang dikemas kini dibandingkan dengan polisi yang serupa dalam industri hospitaliti?
    Dengan perubahan ini, kami percaya bahawa polisi keadaan peringan kami akan menjadi antara yang paling telus dalam industri ini—dan memberikan keseimbangan yang betul antara keperluan hos dan tetamu.

    Perubahan ini akan menghapuskan bayaran balik untuk tetamu dalam banyak situasi yang hos mungkin pernah alami sebelum ini, dan sebaliknya menyediakan pilihan untuk tetamu mempertimbangkan membeli insurans perjalanan. Kemas kini ini belum berkuat kuasa lagi, tetapi kami ingin memaklumkan kepada anda apa yang akan berlaku.

    Sila semak polisi yang dikemas kini di Pusat Bantuan kami, dan hubungi kami di Pusat Komuniti untuk memberitahu kami sekiranya anda ada sebarang soalan atau maklum balas. Anda juga boleh menonton Maklumat Terkini untuk Hos kami untuk mendengar Ketua Pengehosan Global Airbnb Catherine Powell membincangkan perubahan kepada polisi ini.

    Terima kasih kerana menjadi hos di Airbnb, dan sila terus berkongsi pendapat anda dengan kami. Idea, mesej dan komen anda memberi inspirasi kepada kerja yang kami lakukan, dan kami ada lebih banyak maklumat terkini untuk dikongsi dalam beberapa minggu akan datang.

    *Polisi ini tidak terpakai kepada tempahan Luxe, yang tertakluk kepada polisi bayaran balik wang tetamu Luxe yang berasingan.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Kami sedang mengubah cara pembatalan berfungsi di bawah polisi keadaan peringan kami untuk tempahan penginapan dan Pengalaman Airbnb dengan tarikh daftar masuk atau tarikh mula pada atau selepas 20 Januari 2021

    • Polisi ini masih melindungi bencana alam dan kejadian serupa yang berada di luar jangkaan dan kawalan sesiapa pun

    Airbnb
    23 Sep 2020
    Adakah ini membantu?