Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Pembincangan CEO Brian Chesky mengenai trend perjalanan dan kempen hos baharu Airbnb

    Saksikan filem-filem daripada kempen tersebut, dan kongsi dengan rakan dan keluarga.
    Oleh Airbnb pada 18 Feb 2021
    Bacaan 31 minit
    Dikemas kini pada 24 Mac 2021

    Sorotan

    • Kami berkongsi trend perjalanan terbaik tahun 2021 dan tip untuk hos

    • Bulan ini, kami melancarkan kempen hos global, Dijadikan realiti oleh hos, untuk meraikan keajaiban yang anda cipta dan mendorong lebih ramai tetamu kepada anda pada masa hadapan

    Tahun lepas adalah waktu yang mencabar untuk kita semua. Melangkah ke tahun baharu ini, kami akan memberi tumpuan kepada perkara yang menjadi sumber kejayaan Airbnb—hos seperti anda. Kami melancarkan kempen hos global baharu yang meraikan hospitaliti luar biasa dan unik, yang anda jadikan realiti.

    Kami gembira dapat menunjukkan kepada anda tiga filem dari kempen tersebut di sini. Baca trend perjalanan dan pandangan untuk tahun 2021-dan kesannya kepada anda.

    Saltwater Cottage dihoskan oleh Ashley dan François di Narragansett, Rhode Island.
    River Lodge dihoskan oleh Cynthia di Wimberley, Texas.
    The Dune House dihoskan oleh Geanelle di Peterborough, Victoria, Australia.

    Terokai trend perjalanan popular untuk tahun 2021

    Keadaan akan berbeza apabila sektor pelancongan bangkit semula. Kami telah menjalankan tinjauan dan kami berasa optimistik tentang pelancongan masa hadapan. Kami mahu anda rasa sudah bersedia apabila sektor pelancongan bangkit semula, jadi kami berkongsi beberapa pandangan kami dengan anda.

    1. Kami percaya orang ramai rindu akan membuat perjalanan dan merancang untuk berbuat demikian. Bukan setakat rindu ke bar, restoran, sukan, atau acara langsung lain, orang ramai rindu akan membuat perjalanan. Dalam satu tinjauan, 54% responden berkata sama ada mereka sudah menempah perjalanan, atau merancang untuk membuat perjalanan pada tahun 2021.

    Apa maksudnya untuk anda: Orang ramai tidak sabar untuk membuat perjalanan lagi dan apabila mereka dapat berbuat demikian, kami menjangkakan anda akan mendapat peningkatan permintaan yang ketara. Kami akan terus memberikan sokongan untuk membantu anda bersiap siaga.

    2. Kami percaya orang ramai akan bersikap fleksibel tentang tempat dan bila mereka akan mengembara. Kerja dan pembelajaran jarak jauh akan tetap berlangsung, jadi orang ramai akan lebih fleksibil dengan perjalanan. Ini mungkin memberi kesan kepada tempat, bila, dan berapa lama orang menginap — misalnya, permintaan untuk penginapan pada hari bekerja dan musim tidak sibuk mungkin akan meningkat. Hampir suku daripada responden tinjaun kami berkata mereka menjangkakan tempoh penginapan yang lebih panjang.

    Apa maksudnya untuk anda: Bersedia untuk menyesuaikan diri dengan keperluan tetamu baharu, seperti menawarkan penginapan yang lebih panjang, menaik taraf wifi, menyediakan ruang kerja mesra komputer riba, dan menyediakan kemudahan yang sesuai untuk keluarga dan orang kurang upaya.

    3. Kami percaya orang ramai ingin membuat perjalanan ke tempat berhampiran. Dalam tinjauan kami, 56% responden berkata mereka lebih suka destinasi domestik atau tempatan. Hanya 21% berkata mereka mahu mengembara lebih jauh dan ke peringkat antarabangsa.

    Apa maksudnya untuk anda: Tetamu akan pergi ke mana jua—asalkan ia berhampiran. Ini bermakna perjalanan berkemungkinan besar akan tersebar ke ribuan bandar, pekan dan komuniti luar bandar yang lebih kecil.

    4. Kami percaya orang ramai akan mengutamakan harga berpatutan. Responden tinjauan berkata, harga berpatutan adalah keutamaan utama dalam memilih penginapan untuk perjalanan akan datang. Pandemik ini telah memberi kesan yang besar kepada ramai orang dari segi kewangan, tetapi keinginan untuk membuat perjalanan dan berhubung adalah universal.

    Apa maksudnya untuk anda: Trend ini semestinya membawa manfaat kepada anda semua, kerana keluarga dan kumpulan rakan memilih Airbnb kerana menawarkan harga yang hebat.

    5. Kami percaya orang ramai ingin membuat perjalanan untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Responden tinjauan kami berkata mereka paling rindu akan jenis perjalanan yang meluangkan masa bersama keluarga dan rakan. Mengeratkan semula hubungan terus menjadi motivasi utama untuk membuat perjalanan. Dalam tinjauan kami, 41% berkata mengeratkan hubungan dengan keluarga dan rakan akan menjadi "jauh lebih penting" selepas pandemik.

    Apa maksudnya untuk anda: Kami akan melihat anjakan daripada perjalanan besar-besaran kepada perjalanan bermakna, dan tempahan daripada keluarga dan kumpulan rakan yang ingin mengeratkan kembali hubungan. Dan hubungan adalah perkara yang anda jadikan realiti, dengan menjadi hos.

    Memperkenalkan kempen Airbnb, Dijadikan realiti oleh hos

    Kempen hos global kami bermula pada bulan ini—dan kami mahu hos menjadi antara yang pertama di dunia yang menghayati filem ini. Setiap filem ini meraikan pengalaman ajaib dan unik yang anda jadikan realiti untuk tetamu. Daripada sentuhan kecil hingga usaha yang besar—inilah yang menjadikan perjalanan yang dihoskan di Airbnb begitu istimewa.

    Kempen ini direka untuk menunjukkan apa yang menjadikan komuniti hos kami berbeza di Airbnb, dan untuk menghasilkan perniagaan untuk anda apabila sektor pelancongan bangkit semula. Kisah yang kami ceritakan dalam filem-filem ini ringkas dan tulen. Mereka menampilkan tetamu dalam perjalanan sebenar ke penyenaraian sebenar, merakamkan pengalaman mereka. Dan seperti yang anda akan perasan dalam filem tersebut, semua perjalanan adalah unik.

    Kami mahu memberi inspirasi kepada tetamu di seluruh dunia untuk memilih Airbnb apabila mereka mula mengembara semula. Untuk membantu kami menyebarkan keajaiban yang anda cipta, kami ingin anda berkongsi filem ini dengan rakan dan keluarga, jadi kami telah membuat tiga klip filem di atas sebagai kandungan yang boleh dikongsi.

    Anda juga boleh melihat ulang tayangan Acara Perdana Hos Airbnb di bawah ini, CEO Brian Chesky berkongsi lebih banyak mengenai trend perjalanan ini dan memperkenalkan kempen secara langsung dengan hos di seluruh dunia. Beliau juga berbual dengan François, hos yang ruangnya dipaparkan dalam filem “Landslide”.

    Anda akan dapat melihat dua filem lain yang Brian pratontonkan pada acara ini melalui TV dan saluran YouTube Airbnb tidak lama lagi. Seperti biasa, sampaikan pendapat anda di Pusat Komuniti. Kami menghargai maklum balas anda, dan kami mengutamakannya dalam apa saja yang kami lakukan.

    Sorotan

    • Kami berkongsi trend perjalanan terbaik tahun 2021 dan tip untuk hos

    • Bulan ini, kami melancarkan kempen hos global, Dijadikan realiti oleh hos, untuk meraikan keajaiban yang anda cipta dan mendorong lebih ramai tetamu kepada anda pada masa hadapan

    Airbnb
    18 Feb 2021
    Adakah ini membantu?