Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Menjawab soalan utama tentang proses pembersihan 5 langkah

    Berikut adalah perkara yang perlu anda tahu tentang proses pembersihan lima langkah yang dipertingkatkan.
    Oleh Airbnb pada 24 Apr 2020
    Bacaan 6 minit
    Dikemas kini pada 25 Jun 2021

    Sorotan

    Tetamu lebih mengambil berat tentang kebersihan—daripada bekalan yang anda gunakan hingga langkah tambahan yang anda ambil, mereka ingin tahu usaha anda untuk membantu memastikan mereka selamat. Dan bukan mereka saja. Pegawai kerajaan dan pembuat polisi memberi lebih tumpuan kepada amalan pembersihan dalam usaha untuk melindungi komuniti mereka apabila sektor pelancongan disambung semula dan komuniti dibuka semula.

    Pada awal pandemik, kami mendengar daripada ramai daripada anda yang meminta panduan lanjut mengenai cara membersih dan mensanitasikan ruang anda. Ia merupakan salah satu permintaan utama dalam sesi mendengar kami baru-baru ini dengan hos dari seluruh dunia, dan tip pembersihan terus menjadi topik popular dalam perbincangan di Pusat Komuniti dan di Pusat Sumber kami.

    Itulah sebabnya kami membangunkan proses pembersihan 5 langkah dipertingkatkan, yang membantu Hos seperti anda membersih dengan lebih berkesan semasa COVID-19 dan seterusnya. Proses 5 langkah ini adalah berdasarkan buku panduan pembersihan Airbnb, yang dicipta dengan kerjasama pakar. Kami tahu sukar untuk menerapkan rutin pembersihan baharu, itulah sebabnya buku panduan menyeluruh ini merangkumi panduan yang disokong oleh pakar, tip keselamatan, dan senarai semak.

    Kami tahu anda mungkin mempunyai beberapa soalan mengenai proses ini, dan kami telah melakukan yang terbaik untuk menjawabnya di sini.

    Bagaimana saya boleh mengakses maklumat pembersihan yang dipertingkatkan?
    Proses pembersihan lima langkah dipertingkatkan adalah berdasarkan buku panduan pembersihan Airbnb, yang dibangunkan dengan kerjasama pakar. Buku panduan menyeluruh ini merangkumi panduan yang disokong oleh pakar, senarai bekalan kelengkapan untuk disediakan, tip keselamatan, dan senarai semak. Anda boleh mendapatkan tip tambahan, senarai semak tersuai, dan banyak lagi di bahagian pembersihan tab Prestasi anda.

    Apakah perbezaan antara proses pembersihan 5 langkah yang dipertingkatkan dan amalan keselamatan COVID-19?
    Proses pembersihan 5 langkah yang dipertingkatkan hanyalah salah satu daripada amalan keselamatan COVID-19. Hos dan tetamu juga mesti memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial apabila berinteraksi secara bersemuka mengikut ketetapan undang-undang atau garis panduan tempatan.

    Adakah amalan keselamatan COVID-19 terpakai kepada tetamu?
    Ya, apabila dikehendaki oleh undang-undang atau garis panduan tempatan, amalan kesihatan dan keselamatan Airbnb mewajibkan tetamu memakai pelitup muka dan mengekalkan jarak 6 kaki (2 meter) apabila mereka berinteraksi secara bersemuka dengan Hos atau tetamu lain yang bukan anggota kumpulan mereka.

    Mengapa semua hos sekarang diminta untuk mengikuti proses pembersihan 5 langkah ini?
    Memandangkan pandemik masih berlanjutan, penting untuk kita semua menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk membendung penyebaran COVID-19. Kami tahu sukar untuk menerapkan rutin pembersihan, jadi kami telah mengumpulkan buku panduan pembersihan menyeluruh yang merangkumi panduan yang disokong oleh pakar, tip keselamatan, dan senarai semak.

    Bagaimanakah tetamu akan tahu bahawa saya komited kepada proses pembersihan 5 langkah yang dipertingkatkan?
    Setelah hos memberi komitmen kepada proses ini, komitmen mereka kepada pembersihan yang deipertingkatkan akan ditunjukkan pada halaman penyenaraian mereka, jadi tetamu akan tahu bahawa mereka bersetuju untuk mengikuti standard pembersihan konsisten. Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu:

    • Agar komitmen hos kepada pembersihan yang dipertingkatkan dapat ditunjukkan di halaman penyenaraian mereka, hos perlu bersetuju untuk mengikuti proses pembersihan 5 langkah di semua penyenaraian mereka antara setiap penginapan tetamu
    • Hos bilik persendirian perlu mengikuti panduan tambahan sebagai sebahagian daripada proses pembersihan
    • Sebaik sahaja anda memberi komitmen kepada proses ini, komitmen anda kepada pembersihan yang dipertingkatkan akan dipaparkan pada halaman penyenaraian anda dalam masa 24 jam

    Bagaimanakah Airbnb akan mengesahkan bahawa hos mengikuti proses pembersihan?
    Hos dikehendaki mengikuti proses pembersihan 5 langkah yang dipertingkatkan. Sistem ulasan kami menawarkan semak dan imbang tambahan—jika hos tidak mematuhi syarat, tetamu boleh menyampaikannya dalam ulasan mereka mengenai ruang tersebut. Tetamu juga boleh meminta bayaran balik untuk penginapan mereka, jika layak di bawah Polisi Bayaran Balik Wang Tetamu kami, dengan menghubungi Sokongan Pelanggan.

    Bagaimana jika saya tidak mematuhi syarat keselamatan COVID-19?
    Hos yang menawarkan penginapan akan mendapati gesaan di aplikasi atau papan pemuka mereka yang akan merangkumi proses pembersihan 5 langkah yang dipertingkatkan dan halaman untuk anda boleh mengesahkan bahawa anda telah mematuhi syarat keselamatan COVID-19. Jika anda tidak membuat pengakuan tentang syarat tersebut, akaun anda mungkin dikenakan amaran, penggantungan, dan, dalam sesetengah kes, penyingkiran daripada Airbnb.

    Bagaimana jika tetamu melaporkan hos yang komited kepada proses pembersihan5 langkah tetapi tidak melaksanakan standard?
    Kami percaya bahawa kebanyakan isu boleh diselesaikan dengan pendidikan dan sokongan hos tambahan. Walau bagaimanapun, hos yang berulang kali melanggar standard pembersihan mungkin dikenakan amaran, penggantungan, dan dalam sesetengah kes, penyingkiran daripada platform Airbnb.

    Mengikuti proses pembersihan 5 langkah akan memerlukan kos yang lebih tinggi untuk membersihkannya. Bagaimana saya akan membayar kos itu?
    Sebagai hos, anda ada pilihan untuk menambah yuran pembersihan* kepada penyenaraian anda, dan harga yang anda kenakan terpulang sepenuhnya kepada anda. Menambah yuran pembersihan—atau menyesuaikan yuran pembersihan anda yang sedia ada—dapat membantu menanggung sebarang kos tambahan untuk memenuhi syarat ini.

    Saya hos bilik persendirian. Adakah saya perlu mengikuti proses pembersihan 5 langkah?
    Ya, hos penginapan mesti mengikuti proses pembersihan 5 langkah. Selepas hos memberi komitmen kepada proses ini, komitmen mereka kepada pembersihan yang dipertingkatkan akan ditunjukkan pada halaman penyenaraian mereka. Kami tahu bahawa hos yang ada kawasan umum menghadapi cabaran unik untuk melakukan pembersihan dan menjaga penjarakan sosial, jadi kami telah menyertakan garis panduan tambahan.

    Saya telah mengupah tukang cuci profesional. Bagaimanakah caranya untuk memastikan mereka memenuhi syarat?
    Anda perlu berkongsi proses lima langkah, buku panduan pembersihan, dan sumber maklumat lain di Pusat Sumber dengan tukang cuci profesional anda—dan pastikan mereka telah bersetuju untuk mematuhi standard. Anda perlu bersetuju dengan setiap langkah bagi pihak tukang cuci anda, dan bertanggungjawab bahawa mereka akan mengikut langkah-langkah ini.

    Adakah sebarang penimbal tempahan diperlukan jika saya memberi komitmen kepadaproses pembersihan 5 langkah yang dipertingkatkan?
    Sila ambil perhatian bahawa dengan memberi komitmen kepada proses pembersihan 5 langkah, anda bersetuju untuk mematuhi undang-undang tempatan. Ini termasuk mengikuti sebarang garis panduan keselamatan atau pembersihan tambahan daripada agensi kerajaan anda yang berkaitan, seperti berapa lama untuk menunggu sebelum memasuki ruang. Contohnya, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S. mencadangkan tempoh menunggu selama mungkin (sekurang-kurangnya beberapa jam) selepas tetamu keluar. Jika anda ingin menetapkan penimbal tempahan antara tempahan, anda boleh berbuat demikian di tetapan anda. Memberikan masa tambahan di antara penginapan bukan sahaja mengurangkan risiko pendedahan kepada kuman—ia juga memberi anda lebih banyak masa selepas setiap tetamu untuk membersihkan dan menyiapkan semula ruang anda.

    Saya menganjurkan Pengalaman Airbnb. Adakah anda mempunyai syarat pembersihan untuk saya juga?
    Ya. Bagi mereka yang menjadi hos di negara atau rantau yang pengalaman secara bersemuka telah disambung semula, kami telah mencipta satu set garis panduan pembersihan serta cadangan dan syarat-syarat kesihatan dan keselamatan khusus untuk anda.

    Di luar syarat, adakah anda mempunyai garis panduan tambahan mengenai menjadi hos dan mengembara semasa COVID-19?
    Selain amalan keselamatan COVID-19, berikut ialah langkah-langkah lain yang Hos dan tetamu mesti ambil semasa menjadi hos dan mengembara pada masa ini:

    • Cuci tangan anda selalu, dan elakkan daripada menyentuh muka anda setiap masa
    • Jangan membuat perjalanan atau menjadi hos jika anda terdedah atau mempunyai simptom COVID-19 baru-baru ini
    • Untuk maklumat lanjut, sila baca panduan kesihatan dan keselamatan untuk hos dan tetamu, dan pastikan anda mematuhi sebarang syarat tempatan yang berkaitan

    Bagaimana saya boleh mengikuti perkembangan undang-undang dan garis panduan tempatan?
    Situasi terus berkembang, dan cadangan dan peraturan tertentu (seperti berapa lama untuk menunggu sebelum memasuki ruang) mungkin berbeza bergantung pada tempat anda menjadi hos. Sila tanda buku artikel Pusat Bantuan kami untuk maklumat lanjut tentang garis panduan pembersihan di rantau anda. Anda juga boleh merujuk kepada halaman sumber ini untuk nasihat perjalanan terkini, sekatan, dan panduan penjarakan sosial dan topeng di kawasan anda.

    Kami harap sumber maklumat ini bermanfaat untuk anda semasa anda menyemak semula rutin pembersihan anda. Kami menghargai perhatian hos untuk membantu memastikan keselamatan tetamu sepanjang masa yang mencabar ini.


    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    *Tidak termasuk hos yang menawarkan penginapan di tanah besar China. Ketahui lebih lanjut

    Sorotan

    Airbnb
    24 Apr 2020
    Adakah ini membantu?