Airbnb dan hos memperkasakan wanita dan belia di Colombia

Bagaimana Kelab Hos Bogota menyokong keluarga menerusi anak patung buatan tangan.
Oleh Airbnb pada 20 Mac 2024
Bacaan 2 minit
Dikemas kini pada 20 Mac 2024

Sorotan

  • Kelab Hos mengenal pasti organisasi bukan untung untuk menerima sumbangan setiap tahun melalui Dana Komuniti Airbnb.

  • Airbnb akan mengagihkan USD100 juta kepada organisasi di seluruh dunia hingga tahun 2030.

  • Pencalonan Dana Komuniti 2024 kini dibuka.

“Ini Super Empanada, yang berjuang membanteras kelaparan dan kemiskinan,” kata Yuli, hos dan pengasas True Heroes Foundation di Bogota, Colombia, sambil memegang salah satu anak patung buatan tangan yang melambangkan organisasinya. 

Anak patung ini berpakaian sut adiwira kuning, mantel merah dan topeng mata biru. Tetapi adiwira yang sebenarnya ialah Yuli. Menerusi yayasannya, beliau menyediakan pekerjaan menjahit untuk membantu wanita memperoleh pendapatan tambahan untuk menyara keluarga mereka.

True Heroes Foundation mengendalikan bengkel di mana wanita belajar mencipta anak patung untuk dijual melalui organisasi bukan untung beliau. Sejak 2012, puluhan kaum ibu telah mendapat manfaat daripada bengkel tersebut. Yayasan ini juga menawarkan ruang yang selamat untuk ibu dan anak mereka mendapatkan sokongan kesihatan mental, mencari komuniti dan mengekspresikan diri mereka melalui seni dan kreativiti.

True Heroes Foundation menggalakkan kanak-kanak mencipta idea untuk watak adiwira, seperti Super Empanada.

Bagaimana Kelab Hos memberikan impak

Sebagai ahli Kelab Hos Bogota, Yuli mencalonkan yayasan tersebut sebagai penerima derma Dana Komuniti Airbnb. Kelab Hos berpeluang setiap tahun untuk menyokong komuniti tempatan mereka melalui Dana Komuniti. Menerusi pencalonan ini, True Heroes Foundation telah menerima sumbangan USD10,000.

Sumbangan ini akan membantu organisasi bukan untung tersebut membeli mesin jahit tambahan, merekrut ahli psikologi sambilan, dan membesarkan ruangnya. Ia juga akan memberikan pendapatan tambahan kepada sekurang-kurangnya empat keluarga selama enam bulan.

“Dengan adanya geran Airbnb ini, kami akan memulakan 2024 dengan projek hebat dan peluang yang lebih baik untuk organisasi kami,” kata Yuli. “Besar ertinya apabila syarikat besar seperti Airbnb menyokong kami.”

Lebih daripada 50 Kelab Hos mencalonkan organisasi bukan untung di seluruh dunia untuk menerima sumbangan Dana Komuniti Airbnb pada tahun 2023. Pencalonan untuk derma Dana Komuniti 2024 kini dibuka. Berhubung dengan Kelab Hos tempatan anda untuk mengetahui lebih lanjut.

Sertai Kelab Hos tempatan anda untuk peluang menyumbang kembali

Calonkan organisasi bukan untung untuk derma Dana Komuniti 2024 selewat-lewatnya pada 7 Jun.
Cari Kelab Hos anda

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

Sorotan

  • Kelab Hos mengenal pasti organisasi bukan untung untuk menerima sumbangan setiap tahun melalui Dana Komuniti Airbnb.

  • Airbnb akan mengagihkan USD100 juta kepada organisasi di seluruh dunia hingga tahun 2030.

  • Pencalonan Dana Komuniti 2024 kini dibuka.

Airbnb
20 Mac 2024
Adakah ini membantu?