Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Memahami kadar jawapan dan kadar penerimaan

    Ketahui cara kadar ini berfungsi, mengapa ia penting, dan ketahui cara untuk meningkatkan kadar anda.
    Oleh Airbnb pada 20 Jul 2018
    Bacaan 5 minit
    Dikemas kini pada 21 Apr 2021

    Untuk ramai antara anda, menjadi hos adalah penting, namun anda juga ada kerja, keluarga dan kehidupan peribadi yang menjadikan anda sibuk. Oleh itu, menjejak berapa pantas anda menjawab pertanyaan tetamu dan memantau peratusan permohonan tempahan yang anda terima atau tolak mungkin tidak berada di atas senarai tugasan anda. Sesetengah daripada anda telah bertanya tentang maklumat spesifik pengukuran ini, mengapa ia penting, dan bagaimana anda boleh meningkatkannya tanpa kekalutan—dan kami gembira anda bertanya! Kami telah mengumpulkan jawapan daripada kakitangan yang membina alat ini, jadi mari kita lihat apa yang mereka katakan.

    Apakah perbezaan antara kadar jawapan dan kadar penerimaan saya?

    • Kadar jawapan anda mengukur sejauh mana anda konsisten menjawab pertanyaan dan permohonan tempahan tetamu dalam tempoh 24 jam. Anda boleh melihat kadar jawapan anda sejak 365 hari yang lalu dengan mengklik pada tab Prestasi, kemudian mengklik Syarat-syarat Asas.
    • Kadar penerimaan anda mengukur kekerapan anda menerima atau menolak tempahan. Pertanyaan tetamu tidak termasuk dalam pengiraan kadar penerimaan anda. Anda boleh melihat kadar penerimaan anda sejak 365 hari yang lalu dengan mengklik pada tab Prestasi, kemudian mengklik Syarat-syarat Asas.

    Untuk kadar jawapan saya, adakah hanya mesej/pertanyaan pertama akan dikira atau adakah mesej berikutnya dalam jalur akan dikira juga?
    Kami hanya mengukur jawapan dalam tempoh 24 jam daripada mesej atau pertanyaan pertama tetamu. Mesej berikutnya dalam jalur tersebut tidak memberi kesan kepada kadar jawapan anda.

    Apakah akan berlaku kepada kadar penerimaan saya jika saya menjawab soalan di sebalik meluluskan, memberi pra-kelulusan, atau menolak permohonan tempahan?
    Jawapan pendek: Jika tetamu menghantar permohonan tempahan kepada anda dan anda hanya menjawab soalan, tetapi tidak meluluskan atau menolak sebelum permohonan kehabisan masa, ia akan dikira sebagai menolak.

    Mari kita selami dengan lebih mendalam. Penting untuk diberi perhatian tentang perbezaan antara pertanyaan dan permohonan tempahan. Pertanyaan hanyalah mesej—boleh jadi meminta untuk menjelaskan sesuatu mengenai kemudahan, tarikh atau Peraturan Penginapan. Tetamu mungkin berminat untuk menginap dengan anda dan mungkin bertanya sesuatu seperti: “Saya mahu menempah penginapan anda; boleh tak saya bawa anjing saya?” Ini bukanlah permohonan tempahan. Ia ialah pertanyaan. Anda boleh menjawab pertanyaan dengan jawapan, pra-kelulusan, atau dengan menolak. Menolak pertanyaan akan memberi isyarat kepada tetamu bahawa keperluan mereka tidak sesuai untuk ruang anda dan menggalakkan mereka untuk memohon penyenaraian lain. Tetapi tiada tindakan ini akan menjejaskan kadar penerimaan anda secara langsung. Jika anda memberi pra-kelulusan kepada pertanyaan dan tetamu menempah ruang anda, ia akan dikira sebagai penerimaan. Jika anda memberi pra-kelulusan dan mereka tidak menempah, ia tidak akan memberi kesan kepada kadar penerimaan anda. Dan jika anda menolak pertanyaan, kadar penerimaan anda tidak akan terjejas.

    Permohonan tempahan bermakna bahawa tetamu sedang memohon untuk menempah penyenaraian anda secara rasmi dan menunggu anda untuk menerima atau menolak. Manakala untuk kadar penerimaan anda, kami hanya mengukur keputusan akhir permohonan tempahan, dan hanya terdapat tiga tindakan yang anda boleh ambil: terima, tolak atau biarkan masa permohonan tamat. Jika anda membiarkan permohonan tamat masa—sama ada anda menjawab soalan tetapi tidak mengambil tindakan untuk meluluskan atau menolak permohonan dalam tempoh 24 jam—itu akan dianggap sebagai menolak.

    Bagaimanakah kadar ini memberi kesan kepada saya sebagai hos?
    Itu soalan yang bagus. Secara teknikal, kadar jawapan yang rendah boleh memberi kesan kepada kelayakan anda untuk menyertai program Superhost, dan kadar penerimaan boleh memberi kesan kepada kelayakan untuk menjadi hos Plus. Dan hos yang mempunyai kadar yang sangat rendah boleh dikenakan penalti, termasuk penyenaraian mereka dijeda. Tetapi penting untuk diingat bahawa satu kejadian tidak menjawab atau menolak permohonan tempahan jarang sekali menyebabkan sebarang tindakan diambil. Kami lebih bimbang jika kami melihat corak tidak menjawab atau menolak yang konsisten.

    Bolehkah anda berkongsi tip atau cadangan orang dalam mengenai cara untuk memastikan kadar jawapan dan penerimaan saya tinggi?
    Kami rasa hos yang sebenarnya pakar dalam bidang ini, jadi kami akan berkongsi beberapa idea anda di sini juga, tetapi untuk kadar jawapan, salah satu cara terbaik untuk menguruskan mesej di mana-mana sahaja adalah dengan menggunakan aplikasi Airbnb pada telefon bimbit anda. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menunda penyenaraian anda buat sementara waktu jika anda tahu anda tidak dapat menjawab mesej buat sementara. Jika anda sedang bercuti, menghadiri persidangan kerja yang panjang, atau cuma perlu berada di luar talian buat sementara, anda boleh berehat dengan tenang kerana tiada jam jawapan akan berdetik atau mesej bertimbun di dalam peti masuk anda.

    Untuk menunda penyenaraian anda dan menyembunyikannya daripada hasil carian untuk satu tempoh yang ditetapkan:

    1. Pergi ke Penyenaraian anda dan pilih satu penyenaraian
    2. Klik Butiran Penyenaraian
    3. Di sebelah Status Penyenaraian, klik Edit
    4. Di bawah Status penyenaraian, pilih Ditunda daripada menu juntai bawah
    5. Masukkan tarikh mula dan tamat, kemudian klik Simpan

    Penyenaraian anda akan diaktifkan semula secara automatik selepas tempoh masa yang anda tetapkan tamat. Sehari sebelum penyenaraian anda diaktifkan semula, anda akan menerima satu e-mel peringatan.

    Berikut adalah beberapa tip yang dikongsi oleh hos di Pusat Komuniti untuk memastikan kadar jawapan anda tinggi:

    • Tetapkan masa setiap hari untuk menjawab permohonan dan pertanyaan
    • Minta hos bersama atau rakan menjawab untuk anda jika anda sibuk dan tidak mahu menunda penyenaraian anda
    • Jimatkan masa dengan menulis jawapan lebih awal untuk soalan-soalan lazim. Cari prom “Gunakan Mesej Disimpan” dalam mana-mana jalur mesej aktif yang anda ada dengan tetamu. Anda boleh mencipta, menggunakan dan menggunakan semula jawapan di sana.
    • Jika anda sangat sibuk atau perniagaan hos anda sedang berkembang pesat, sila pertimbangkan untuk mengupah pembantu maya

    Untuk kadar penerimaan anda, pastikan keutamaan dan tetapan kalendar dan tempahan anda tepat dan terkini. Sebagai contoh, jika anda tidak dapat menerima permohonan pada hari yang sama, kemas kini penyenaraian anda untuk menunjukkan masa yang anda perlukan antara tempahan. Hos juga memberitahu kami bahawa mereka mendapati ia membantu untuk memastikan Peraturan Penginapan mereka dikemas kini supaya tetamu memahami perkara yang dibenarkan dan dilarang sebelum menghantar permohonan tempahan. Anda akan kurang cenderung untuk mendapat permohonan yang tidak boleh diterima jika anda sangat jelas tentang jangkaan anda.

    Apakah yang Airbnb lakukan untuk mengelakkan memberi penalti kepada kadar penerimaan hos apabila mereka menolak permohonan yang tidak sesuai atau tidak sah?
    Kami faham bahawa kadangkala anda mungkin mendapat permohonan yang jelas melanggar Peraturan Penginapan anda, atau sebenarnya cubaan pemasaran yang menyamar sebagai permohonan tempahan. Ini boleh meletakkan anda dalam kedudukan janggal untuk merisikokan kadar penerimaan anda apabila tiada tindakan yang lebih baik boleh diambil. Untuk menangani perkara ini, perkara pertama yang kami perlu lakukan adalah membantu anda mengisyaratkan kepada kami apabila terdapat masalah. Kami sedang meneroka cara yang terbaik untuk melakukannya, dan walaupun kami tiada ciri untuk diumumkan pada masa ini, kami menyedari tentang kesukaran ini untuk anda.

    Kami ingin memastikan anda diberi kuasa untuk menentukan siapa yang anda alu-alukan ke kediaman anda dan anda selesa dengan tetamu yang menginap dengan anda. Kami faham bahawa anda hanya mahu bertanggungjawab ke atas permohonan tempahan yang sah, dan kami komited untuk memastikan ini berlaku.

    Nombor hanyalah sebahagian daripada cerita
    Walaupun bagus untuk mengekalkan kadar jawapan dan penerimaan, gambaran besarnya bukanlah tentang pengukuran ini—hakikatnya, ia hanya petunjuk bagi layanan sebenar yang anda tunjukkan kepada tetamu anda dan hubungan yang anda wujudkan semasa mereka menghubungi anda. Anda memberi kesan kepada pengalaman tetamu anda dari saat mereka menghubungi anda atau memohon untuk menempah, dan komuniti hos sangat berhak berbangga kerana mencipta pengalaman yang mesra dan seperti rumah sendiri untuk orang yang tinggal di penyenaraian anda. Jadi, sila ambil berat tentang berkomunikasi tepat pada masanya dan membantu tetamu semasa mereka cuba mencari penyenaraian yang sesuai dengan keperluan mereka; tetapi sila sedia maklum bahawa nombor hanyalah satu cara untuk menceritakan tentang cara anda menjadi hos.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak diterbitkan.

    Airbnb
    20 Jul 2018
    Adakah ini membantu?