Langkau ke kandungan
    Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan
    Maklumat terkini tentang COVID-19
    Untuk mencari pilihan pembatalan dan bayaran balik, pilih tempahan daripada halaman Perjalanan. Polisi keadaan peringan kami hanya terpakai untuk tempahan tertentu. Kami memberikan maklumat terkini pada 1 dan 15hb setiap bulan.

    Apakah pilihan yang saya ada untuk membatalkan tempahan untuk tempat penginapan disebabkan oleh koronavirus (COVID-19)?

    Cara terbaik untuk mengetahui lebih lanjut tentang pilihan pembatalan dan tempahan anda adalah dengan memulakan proses pembatalan untuk tempahan anda. Setelah anda memulakan proses ini, anda akan ditunjukkan pilihan berdasarkan sama ada tempahan anda dilindungi secara automatik oleh polisi keadaan peringan kami. Bergantung pada butiran tempahan anda, anda mungkin ada pilihan untuk memohon pembatalan daripada hos anda dan mendapat bayaran balik penuh tanpa perlu menghantar mesej terus kepada mereka.

    Untuk tetamu

    Jika tempahan anda tidak layak di bawah polisi keadaan peringan kami, anda boleh menyemak tempahan anda untuk mengetahui sama ada ia menawarkan pilihan pembatalan fleksibel. Jika ya, anda boleh menggunakan pilihan ubah atau batalkan standard yang tersedia.

    Memohon pembatalan daripada hos anda

    Bergantung pada butiran tempahan anda, anda mungkin boleh memohon pembatalan terus daripada hos anda dan mendapat bayaran balik penuh. Anda akan tahu sama ada anda ada pilihan ini setelah anda memulakan proses pembatalan.

    1. Pergi ke Perjalanan dan cari perjalanan yang anda ingin batalkan
    2. Klik atau ketik Tunjukkan butiran perjalanan
    3. Dari gambaran keseluruhan, klik atau ketik Tunjukkan butiran
    4. Klik atau ketik Ubah atau batalkan
    5. Di bawah Batalkan tempahan, klik atau ketik Seterusnya
    6. Pilih alasan COVID-19 (koronavirus) untuk sebab membuat pembatalan
    7. Klik atau ketik Minta bayaran balik penuh

    Hos akan diberikan hingga 48 jam untuk menjawab, atau 24 jam jika tempahan bermula dalam masa seminggu. Jika mereka bersetuju dengan pembatalan ini, kami akan menghantar bayaran balik kepada kaedah bayaran asal anda, termasuk jumlah yuran perkhidmatan. Ketahui lebih lanjut tentang cara bayaran balik beroperasi.

    Jika hos tidak bersetuju, anda masih boleh membatalkan tempahan dan bayaran balik anda akan ditentukan oleh polisi pembatalan standard hos.

    Pilihan lain

    Jika tempahan anda tidak memenuhi syarat untuk polisi keadaan peringan atau hos anda tidak bersetuju untuk membatalkan tempahan, anda boleh menghantar mesej kepada hos anda pada bila-bila masa untuk mengetahui sama ada mereka bersedia memberikan kepada anda bayaran balik yang lebih besar melalui Pusat Resolusi.

    Untuk hos

    Jika tetamu memohon pembatalan, anda akan menerima e-mel yang bertanya sama ada anda bersetuju untuk memberikan bayaran balik penuh. Jika waktu daftar masuk dalam masa 7 hari, anda ada 24 jam untuk menjawab, jika tidak, anda ada 48 jam untuk menjawab. Untuk menjawab permohonan:

    1. Dari e-mel, klik atau ketik Jawab permohonan tetamu dan anda akan dihalakan ke Airbnb
    2. Klik sama ada Berikan bayaran balik penuh atau Tolak bayaran balik

    Jika anda bersetuju untuk memberikan bayaran balik penuh, status Superhost anda tidak akan terjejas.

    Pilihan lain

    Jika anda ingin membatalkan tempahan akibat COVID-19 yang tidak layak di bawah polisi keadaan peringan kami, anda masih boleh membatalkan tempahan, walaupun penalti mungkin dikenakan.

    Artikel berkaitan
    Adakah anda mendapat bantuan yang anda perlukan?

    Log masuk untuk mendapatkan sokongan peribadi

    Dapatkan bantuan dengan tempahan anda, akaun dan banyak lagi.
    Daftar