Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Tip daripada pengurus penginapan tentang cara menerima tetamu pada masa ini

    Dalam siri sesi mendengar, hos berpengalaman berkongsi strategi terbaik mereka.
    Oleh Airbnb pada 24 Apr 2020
    Bacaan 4 minit
    Dikemas kini pada 30 Jun 2021

    Sorotan

    • Pengurus penginapan berkongsi langkah yang paling bermanfaat untuk mereka pada masa ini

      • Cuba kemas kini tajuk dan keterangan penyenaraian anda untuk menonjolkan kemudahan, penginapan yang lebih panjang, dan banyak lagi

      • Berkongsi protokol pembersihan yang ditingkatkan juga membolehkan tetamu berasa selesa

      • Ketahui lebih lanjut dalampanduan lengkap kami untuk menjadi hos semasa COVID-19

      Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kami telah berusaha keras untuk menyokong hos yang terjejas akibat COVID-19 dengan berkongsi polisi terkini, memberikan penerangan tentang program dan alat baharu, dan menonjolkan trend perjalanan yang kami dapati sedang berlaku di Airbnb. Tetapi kami berpendapat bahawa menawarkan pandangan daripada hos sendiri tentang cara mereka terus menyambut tetamu dalam masa yang sukar ini akan sangat bermanfaat.

      Pada bulan ini, kami telah mengadakan sesi mendengar dengan beberapa pengurus penginapan kami untuk lebih memahami kesan COVID-19 kepada perniagaan mereka sebagai hos. Mereka berkongsi tip berharga tentang cara mereka terus menerima tetamu pada masa ini. Baca seterusnya untuk mengetahui cara beberapa pengurus penginapan menangani musibah yang menimpa perniagaan mereka—dan apa yang mereka lakukan untuk terus menjadi hos.

      Perluaskan tetingkap tempahan biasa anda. “Kami melanjutkan musim kami,” seorang hos memberitahu kami. “Kami biasanya tutup selepas Hari Buruh, tetapi saya melanjutkannya hingga 15 Oktober. ” Jika anda boleh terus menjadi hos lebih lama daripada biasa, anda mungkin boleh menarik tetamu yang berminat dengan tarikh di luar musim biasa anda.

      Galakkan tetamu untuk menempah semula bagi tarikh akan datang, dan pertimbangkan untuk menawarkan hari tambahan atau diskaun lain. “Saya cuba mendorong tetamu untuk membuat tempahan akan datang dan bukannya membatalkan tempahan,” seorang hos memberitahu kami. “Saya juga memberi mereka minggu percuma di luar musim saya apabila kami tidak sibuk sebagai insentif lain, dan mereka menyukai idea itu. Mereka hanya perlu membayar yuran pembersihan*.”

      Kemas kini tajuk dan keterangan penyenaraian anda untuk menonjolkan bahawa anda bersedia untuk menjadi hos penginapan yang lebih panjang. Memandangkan banyak sekolah ditutup dan kebanyakan orang terpaksa bekerja dari jauh, golongan yang memutuskan untuk menempah penginapan mungkin tertarik kepada penyenaraian mesra keluarga dan kerja. “Saya telah mengubah tajuk pada penyenaraian kami—kami mempunyai banyak penginapan yang ada halaman persendirian, jadi kami dapat menarik minat pemilik haiwan peliharaan dan orang yang mempunyai anak dan menginginkan ruang peribadi,” seorang hos memberitahu kami.

      “Salah satu perkara pertama yang saya lakukan ialah mengubah tajuk penyenaraian kepada, ‘Perlindungan persendirian dengan halaman berpagar,’ dan nampaknya ia banyak membantu,” katanya lebih lanjut. “Mana-mana kemudahan yang anda lihat berguna untuk seseorang yang akan bekerja daripada rumah, pastikan anda memasukkannya dalam tajuk anda.” Pengurus penginapan lain bersetuju: “Kebanyakan tempahan kami yang akan datang adalah untuk penginapan yang lebih panjang sekarang.”

      Kongsi sistem pembersihan dipertingkat anda. Jika anda mengikuti langkah tambahan untuk melakukan pembersihan dan disinfeksi di ruang anda, nyatakannya dalam keterangan penyenaraian anda. “Kami berusaha sedaya upaya untuk mengiklankan apartmen yang bersih dan dibasmi kuman,” kata seorang pengurus penginapan. “Beritahu bakal pengembara bahawa apartmen atau penginapan anda telah dibersihkan dan dibasmi kuman sedaya upaya anda, supaya mereka rasa selesa menginap dengan anda. ”

      Penuhi keperluan orang yang tidak boleh tinggal dengan keluarga mereka sekarang. “Kami membantu warga tempatan menjaga jarak sosial daripada keluarga dan menempah dengan kami, dan ia telah membuahkan hasil bagi kami,” seorang hos memberitahu kami. Sama ada ini bermaksud mengalu-alukan petugas bantuan COVID-19 melalui program Frontline Stays kami atau menawarkan penginapan untuk mereka yang tinggal berasingan daripada kaum keluarga yang lebih berusia buat sementara waktu, ada pilihan untuk membantu orang lain pada masa ini.

      Fikirkan semula pelan pemasaran anda, dan laraskan harga anda. Seorang pengurus penginapan mengatakan bahawa beliau masih dapat bertahan dengan menurunkan harganya secara strategik. “Kami telah mengubah strategi pemasaran kami,” katanya. “Pada dasarnya kami cuba untuk memenuhi lebih banyak permintaan dengan menerima semua orang pada harga kos atau lebih rendah daripada kos. Kami beroperasi pada kira-kira 80% penghunian pada harga kos, dan saya bersyukur dengan keadaan itu.”

      Hos lain bersetuju: “Laraskan kadar anda,” katanya. “Ada orang yang masih mempunyai paip yang bocor; ada orang yang cuba bekerja dari rumah dan mempunyai anak yang bersekolah dari rumah, dan mereka tidak mempunyai ruang yang mencukupi, jadi saya telah dapat mengisi beberapa harta tanah saya—tetapi pada kadar yang dikurangkan secara drastik, kerana mereka tahu keadaan pasaran. ”

      Berkomunikasi dengan tetamu anda. Sekarang masa yang sesuai untuk menggalakkan komunikasi terbuka dengan tetamu anda untuk melihat bagaimana anda boleh bekerjasama. “Kami sedang bekerjasama dengan tetamu tentang bayaran balik mengikut kes,” kata seorang hos. Dengan berhubung dengan tetamu di Airbnb, apabila tiba masanya untuk mengembara semula, kemungkinan untuk mereka akan mengingati anda dan menempah semula adalah lebih besar.

      Lakukan beberapa penambahbaikan penginapan. “Saya telah menggalakkan pemilik dan diri saya untuk melakukan pengubahsuaian tersebut—gantikan lantai, lakukan perkara yang perlu dilakukan untuk menyekat kalendar,” kata seorang pengurus penginapan. Daripada menyentuh cat hingga mewujudkan kawasan luaran yang menarik, inilah masanya untuk melaksanakan projek-projek tersebut untuk menambahbaik ruang anda.

      Jangan putus asa, dan ingat masih ramai orang yang memerlukan penginapan sementara. “Saya menerima seorang juruterbang sebagai tetamu yang mahu menginap di sewaan percutian selama 14 hari sebelum dia berangkat pulang, sekiranya dia sakit,” seorang hos memberitahu kami. “Saya telah menerima seorang tetamu yang sedang dalam proses untuk berpisah dengan pasangannya, dan mereka memerlukan tempat tinggal yang berasingan. Ada banyak sebab mengapa seseorang mungkin memerlukan penginapan sementara yang dilengkapi perabot sekarang.”

      Jika tidak pasti, cuba semak semula polisi pembatalan anda. Apabila anda menawarkan pembatalan fleksibel, tetamu mungkin akan berasa lebih yakin untuk menempah ruang anda. Ketahui lebih lanjut

      *Tidak termasuk hos yang menawarkan penginapan di tanah besar China. Ketahui lebih lanjut Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

      Sorotan

      • Pengurus penginapan berkongsi langkah yang paling bermanfaat untuk mereka pada masa ini

        • Cuba kemas kini tajuk dan keterangan penyenaraian anda untuk menonjolkan kemudahan, penginapan yang lebih panjang, dan banyak lagi

        • Berkongsi protokol pembersihan yang ditingkatkan juga membolehkan tetamu berasa selesa

        • Ketahui lebih lanjut dalampanduan lengkap kami untuk menjadi hos semasa COVID-19
        Airbnb
        24 Apr 2020
        Adakah ini membantu?