Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Sekiranya Anda Terlepas: 3 pengemaskinian produk untuk makluman anda

    Ketahui perubahan yang sedang dilakukan oleh pasukan kejuruteraan dan produk kami di Airbnb.
    Oleh Airbnb pada 5 Nov 2019
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 5 Mac 2020

    Sorotan

    • Paparan penarafan angka baharu memberikan tetamu cara yang lebih tepat untuk membandingkan penyenaraian

      • Penyenaraian berpenarafan tinggi yang di nilai oleh pengembara perniagaan kini akan muncul, dan hos tidak lagi perlu diminta untuk menambah kemudahan untuk "menyertai" Koleksi Kerja.

      • Papan pemuka hos yang dikemas kini termasuk maklumat yang lebih mudah dicari dan data prestasi yang jelas

      Anda memberi maklum balas bahawa kami perlu lebih proaktif dalam memastikan anda sentiasa dimaklumkan mengenai perubahan yang kami buat kepada ciri-ciri, alat dan polisi yang memberi kesan kepada pengalaman menjadi hos anda. Kami setuju! Lihat siri baru kami, Sekiranya Anda Terlepas, sebuah pengemaskinian kerap yang membantu hos seperti anda memahami penambahbaikan yang pasukan produk dan kejuruteraan kami sedang lakukan di Airbnb. Ini termasuk perubahan kepada pengalaman hos dan tetamu, kerana kami tahu kedua-duanya memberi kesan kepada perniagaan pengehosan anda. Baca untuk melihat apa yang telah pasukan kami usahakan bulan ini.

      Satu cara yang lebih berkesan untuk tetamu membandingkan penyenaraian

      Anda mungkin perasan bahawa kami sedang menguji paparan penarafan baharu yang menggantikan sistem berasaskan bintang yang digunakan oleh tetamu pada masa ini. Tetamu kini akan melihat penarafan keseluruhan anda yang diukur oleh nombor dengan dua tempat perpuluhan (contohnya 3.82 atau 4.79). Paparan baru ini tidak menjejaskan penarafan anda atau sistem penarafan keseluruhan—kami hanya mengemas kini bagaimana penarafan anda kelihatan kepada tetamu.

      Mengapa perubahan dilakukan? Penyelidikan kami menunjukkan bahawa sukar untuk tetamu melihat perbezaan antara penyenaraian yang dinilai dengan bintang. Contohnya, kami mendapati bahawa 75% daripada penyenaraian dinilai antara 4.6 dan 5 bintang. Dengan penarafan bintang yang dibundarkan ke titik setengah yang paling hampir, tetamu melihat semua penyenaraian mendapat sama ada 4.5 atau 5 bintang, yang mereka rasa terlalu kabur dan menyebabkan mereka mahu butiran lanjut sebelum membuat tempahan. Dengan paparan penarafan numerik baharu kami, tetamu kini ada cara yang lebih tepat untuk membandingkan penyenaraian—yang memberikan mereka lebih keyakinan untuk mengklik butang “tempah” itu!

      Pengemaskinian kepada Koleksi Kerja dan Keluarga

      Tahun lepas, kami melancarkan Koleksi Kerja dan Keluarga, kumpulan-kumpulan penyenaraian untuk menarik pengembara perniagaan dan keluarga. Untuk memenuhi keperluan pengembara, kami meminta anda memasukkan kemudahan khusus, seperti daftar masuk sendiri dan ruang kerja mesra komputer riba untuk pengembara perniagaan, dan TV dan dapur untuk keluarga. Ramai daripada anda telah memberitahu kami bahawa anda tidak memahami atau bersetuju dengan beberapa kriteria kelayakan untuk ditampilkan dalam koleksi ini.

      Kami dengar maklum balas anda, dan kami tidak lagi meminta anda menambah kemudahan yang membolehkan anda "menyertai” koleksi. Sebaliknya kami kini bergantung pada penarafan oleh pengembara perniagaan yang bertauliah untuk memberitahu kami penyenaraian mana yang sesuai. Kami kemudiannya mengemukakan penyenaraian bertaraf tinggi berdasarkan maklum balas tersebut. Sebagai contoh, tetamu kini boleh mencari tempat penginapan apabila mengembara atas urusan perniagaan dengan memilih togol “Perjalanan Kerja"—hasil carian memaparkan tempat dengan penarafan tinggi daripada pengembara perniagaan lain yang mencari kriteria yang serupa. Kami masih memikirkan bagaimana kami boleh menyerlahkan penyenaraian terbaik untuk keluarga, jadi nantikan ketibaannya.

      Pendek kata: Kurang kerja untuk anda dan tiada lagi senarai semak kemudahan yang subjektif, tetapi algoritma kami yang lebih pintar akan memastikan penyenaraian anda masih dapat dilihat oleh jenis tetamu yang sesuai untuk ruang anda.

      Papan pemuka hos anda yang baharu

      Kami sentiasa berusaha untuk menjadikan papan pemuka anda tempat yang boleh membantu anda menguruskan perniagaan pengehosan anda, menyelaraskan dan berkomunikasi dengan tetamu anda, dan berkembang sebagai hos.

      Berdasarkan maklum balas anda baru-baru ini, kami memperbaharui papan pemuka anda dengan empat pengemaskinian utama:

      • Maklumat yang lebih mudah untuk dicari: Maklumat penting, seperti pertanyaan dan permohonan tetamu, kini akan sentiasa muncul di bahagian atas papan pemuka anda, jadi ia lebih mudah dan lebih pantas untuk dicari.
      • Pengemaskinian yang menarik perhatian: Alat dan pengemaskinian baharu Airbnb kini akan sentiasa dipaparkan di atas untuk membantu memastikan anda sentiasa maklum.
      • Data prestasi yang jelas: Gambar prestasi anda (penarafan keseluruhan, ulasan, kadar jawapan, pendapatan, dan banyak lagi) kini lebih besar dan lebih jelas.
      • Tip yang lebih relevan: Anda kini mempunyai pilihan untuk mengabaikan tip yang kami kongsi jika ia tidak membantu anda. Kemudian anda hanya akan menemui tip kami yang penting untuk anda.

      Perubahan ini dilancarkan secara beransur-ansur, jadi tidak semua hos akan dapat mengaksesnya serta-merta, dan hos yang menggunakan alat hos profesional tidak akan mendapat kemas kini papan pemuka ini sama sekali. Kami harap penambahbaikan ini memudahkan lagi pengalaman menjadi hos anda. Selamat menyambut tetamu!

      Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

      Sorotan

      • Paparan penarafan angka baharu memberikan tetamu cara yang lebih tepat untuk membandingkan penyenaraian

        • Penyenaraian berpenarafan tinggi yang di nilai oleh pengembara perniagaan kini akan muncul, dan hos tidak lagi perlu diminta untuk menambah kemudahan untuk "menyertai" Koleksi Kerja.

        • Papan pemuka hos yang dikemas kini termasuk maklumat yang lebih mudah dicari dan data prestasi yang jelas

        Airbnb
        5 Nov 2019
        Adakah ini membantu?