Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Gambar profil tetamu: respons Airbnb terhadap maklum balas komuniti

    Dapatkan lebih banyak maklumat tentang perubahan ini dan ketahui tentang lebih banyak cara untuk membina kepercayaan dengan tetamu.
    Oleh Airbnb pada 6 Feb 2019
    Bacaan 5 minit
    Dikemas kini pada 5 Mac 2020

    Hai semua,

    Terima kasih atas semua maklum balas anda mengenai perubahan terkini tentang proses foto profil tetamu yang kami umumkan baru-baru ini. Pasukan kami telah membaca setiap komen anda. Kami memahami bahawa ramai dalam kalangan anda berasa kecewa sekarang. Oleh yang demikian, kami akan menjawab dengan memberikan lebih banyak maklumat dan penjelasan.

    Pertama, kami memaklumi bahawa topik ini rumit dan emosional: Elemen seperti diskriminasi, pilihan, keselamatan dan kesaksamaan antara hos dengan tetamu Airbnb merupakan elemen yang disentuh. Seperti biasa, kami benar-benar kagum dengan kualiti perbualan, dan sokongan komuniti dalam perbincangan ini. Kami juga telah banyak berbincang dan berdebat mengenainya di dalam Airbnb juga. Kami tahu bahawa kami perlu terus mendengar dan berinteraksi dengan anda (hos dan rakan kongsi kami) tentang topik ini, dan kami komited untuk terus melakukannya.

    Pada masa yang sama, penting bagi kita untuk terus mempertimbangkan masalah yang disuarakan oleh tetamu. Kebanyakan tetamu ada menyediakan gambar profil, tetapi ramai juga yang memberitahu bahawa mereka tidak mahu berkongsi gambar mereka sendiri semasa menempah di Airbnb kerana mereka bimbang gambar mereka akan disalahgunakan dan boleh melanggarpolisi tanpa diskriminasi Airbnb. Seperti yang kita ketahui, misi Airbnb adalah untuk mencipta suasana rasa kekitaan untuk semua orang, dan kami mahu memastikan para tetamu berasa selesa apabila mereka melakukan perjalanan di Airbnb.

    Kita juga mendapati daripada banyak perbincangan bersama hos bahawa anda amat menghargai foto profil atas beberapa sebab penting (mengetahui rupa tetamu sebelum mereka tiba, rasa lebih selamat, dsbnya). Kami sentiasa mahu mengimbangi keperluan hos dan tetamu, serta pada masa yang sama, memastikan kami tetap berusaha untuk mencapai misi Airbnb. Meskipun usaha untuk mencapai keseimbangan ini bukan sesuatu yang mudah untuk dipenuhi, tetapi kami cuba melakukannya menerusi perubahan yang baru dilaksanakan ini.

    Seperti yang kami sebut dalam hantaran terdahulu kami, polisi baharu ini bermakna yang Airbnb tidak mensyaratkan tetamu untuk memberikan gambar profil dan, bagi tetamu yang memilih untuk memberikan gambar profil, gambar tersebut tidak akan ditunjukkan kepada hos sehingga tempahan diterima. Pada masa yang sama, kami memperkenalkan kawalan hos baharu yang membolehkan anda memilih untuk mewajibkan tetamu anda menyediakan gambar profil sebelum menghantar permohonan tempahan. Gambar ini akan ditunjukkan kepada hos sebaik sahaja anda menerima permohonan tempahan. Oleh itu, anda boleh memastikan anda tahu rupa tetamu anda sebelum mereka tiba. Selain itu, anda juga bolehmeminta tetamu untuk memberikan ID kerajaan kepada Airbnb, (maklumat lanjut tentang hal itu di sini).

    Beberapa tip yang berikut akan membantu anda membina kepercayaan sebelum suatu perjalanan:

    • Anda boleh berkomunikasi dengan tetamu untuk mendapatkan lebih maklumat tentang tujuan perjalanan mereka
    • Anda juga boleh menggunakan Peraturan Penginapan anda untuk menetapkan jangkaan dengan tetamu yang berpotensi. (Tetamu perlu menyemak dan bersetuju menerima Peraturan Penginapan anda sebelum mereka boleh memohon untuk menempah penginapan anda.)
    • Anda boleh menyemak ulasan terdahulu tentang tetamu daripada hos lain untuk membuat keputusan yang lebih termaklum sebelum menerima permohonan tempahan

    Kami menyedari beberapa isu utama yang kami baca dalam ulasan anda tentang perubahan ini dan kami mahu meluangkan beberapa minit untuk menanganinya:

    Keselamatan
    Ramai daripada kalangan anda menyebut bahawa anda tidak selesa menjadi hos kepada seseorang yang tidak mahu menunjukkan wajah mereka, dan ada daripada anda memberitahu yang anda berada dalam situasi yang mencabar (misalnya, lokasi terpencil dan hos wanita solo). Topik ini ialah topik yang amat penting. Kami telah membaca maklum balas anda, dan kami komited untuk mencari cara membina kepercayaan antara tetamu dan hos dalam semua situasi.

    Kami ingin memanjangkan undangan untuk komuniti hos yang begitu dedikasi mengikuti perbincangan ini. Pasukan keselamatan rumah kami melakukan sumbang saran idea tentang cara untuk kami meningkatkan pengalaman anda dan memastikan anda rasa lebih selamat untuk menjadi hos. Walaupun kami mempunyai banyak idea, kami tahu bahawa penyelesaian yang terbaik sewajarnya datang daripada mendengar suara anda, dan dengan itu kami mahu berhubung terus dengan anda.

    Masa
    Ramai yang bertanya tentang tarikh kuat kuasa perubahan proses foto profil tetamu ini. Kami akan melaksanakannya secara berperingkat-peringkat, sepertimana yang sering kami lakukan dengan produk atau proses baharu. Perubahan ini telah diperkenalkan kepada 75% hos di serata dunia, dan dalam minggu-minggu yang akan datang, akan tersedia untuk semua hos.

    Gambar profil
    Sebilangan anda membangkitkan kebimbangan mengenai gambar profil yang menunjukkan gambar matahari terbenam atau anjing tetamu dan bukannya gambar tetamu itu sendiri. Kami telah mengemas kini polisi kami untuk menangani kebimbangan ini. Jika anda memilih untuk menghidupkan kawalan baharu dan mewajibkan tetamu anda mempunyai gambar profil, anda boleh menghubungi Sokongan Komuniti Airbnb jika anda menerima tempahan daripada tetamu yang tidak mempunyai gambar profil diri mereka sendiri. Pasukan Sokongan Komuniti kami akan bekerjasama dengan anda untuk menangani situasi ini. Jika anda tidak selesa untuk menjadi hos seseorang tanpa gambar diri mereka, anda boleh memohon untuk membatalkan tempahan itu tanpa dikenakan penalti. (Kami syorkan anda menghantar mesej terus kepada tetamu sebelum membuat pembatalan.)

    Diskriminasi
    Kami tidak membenarkan diskriminasi oleh mana-mana ahli komuniti Airbnb. Perubahan ini merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk memerangi diskriminasi. Ramai dalam kalangan anda memberikan maklum balas bahawa anda percaya perubahan ini tidak perlu kerana anda berkongsi komitmen kami yang mendukung kepelbagaian dan perangkuman. Kami menghargai maklum balas itu dan tidak menafikan akan kepentingan kewujudan komuniti hos yang aktif berbincang tentang topik ini. Namun demikian, tetamu seringkali memberitahu kami bahawa mereka khuatir tentang hos yang membuat keputusan berdasarkan gambar profil yang melanggarpolisi tanpa diskriminasi kami. Kami percaya bahawa perubahan yang kami lakukan pada cara gambar dipaparkan menangani kebimbangan tersebut dan pada masa yang sama mengimbangi kepentingan hos untuk mengenali bakal tetamu sebelum mereka tiba. Perubahan yang dilakukan ini telah melalui satu keputusan yang rumit, disebabkan semua alasan yang anda kemukakan. Namun demikian, selepas perbincangan yang teliti (dan berganding bahu dengan ramai pakar tentang topik ini), kami memutuskan perubahan ini penting untuk dilakukan.

    Terima kasih kerana tidak jemu memberikan maklum balas dan sokongan kepada kami sementara kami terus berusaha untuk meningkatkan Airbnb untuk para hos dan tetamu. Kami berharap anda memahami bahawa kami perlu melakukan perubahan ini untuk membina dunia dengan semangat kekitaan dan perangkuman. Sila terus memberitahu kami cara-cara untuk kami tambah baik dan kami akan terus membuka telinga dan membuat perubahan sambil kami berusaha untuk memastikan anda selesa dan yakin menjadi hos.

    Terima kasih,
    Pasukan Airbnb

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak diterbitkan.

    Airbnb
    6 Feb 2019
    Adakah ini membantu?