Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Jawapan kepada soalan pengehosan anda tentang COVID-19

    Berikut ialah maklumat terkini daripada Airbnb mengenai vaksin COVID-19, pembatalan dan banyak lagi.
    Oleh Airbnb pada 5 Mac 2020
    Bacaan 5 minit
    Dikemas kini pada 31 Mei 2022

    Sorotan

    • Hos masih dikehendaki mengikuti proses pembersihan 5 langkah
    • Peraturan penginapan anda boleh mewajibkan tetamu divaksin atau diuji untuk COVID-19 baru-baru ini, jika dibenarkan oleh undang-undang

    • Hos dan tetamu perlu mematuhi garis panduan tempatan mengenai pelitup muka dan penjarakan sosial

    Sejak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik global pada Mac 2020, komuniti kami telah mengharungi cabaran dan masa ketidakpastian yang belum pernah berlaku sebelum ini. Kami ingin terus menyokong anda dengan menjawab beberapa soalan yang lazim ditanya oleh hos mengenai vaksin, varian COVID-19, pembersihan dan banyak lagi.

    Apakah panduan yang boleh anda tawarkan kepada hos mengenai kebimbangan COVID-19 yang berterusan, seperti varian baharu?
    Sepanjang pandemik COVID-19, kami telah berunding dengan pakar perubatan terkemuka untuk membantu membimbing tindak balas kami.

    “Setelah menyaksikan perkembangan varian baharu yang muncul di seluruh dunia, kami terus bekerjasama rapat dengan Airbnb untuk memantau dan mengemas kini cadangan kami untuk komuniti mereka apabila perlu,” kata penasihat perubatan Airbnb, Dr. Megan Coffee, seorang doktor penyakit berjangkit, pakar epidemiologi, dan penyelidik.

    “Airbnb masih mewajibkan semua hos mengikuti proses pembersihan 5 langkah wajib, dan kami juga menggesa hos dan tetamu mematuhi semua syarat kesihatan dan perjalanan tempatan,” katanya.

    Untuk membantu pengembara memantau perubahan garis panduan berkaitan COVID-19, kami juga bekerjasama dengan Sherpa, alat dalam talian yang menyediakan peraturan perjalanan masa nyata untuk pengembara bagi pelbagai destinasi di seluruh dunia. Hos dan tetamu boleh menggunakan Sherpa untuk mengetahui tentang syarat ujian, protokol kuarantin dan sekatan lain.

    Apa patut saya buat jika saya tidak boleh menjadi hos disebabkan oleh sekatan COVID-19 di kawasan saya?
    Anda boleh menggunakan Sherpa untuk mengetahui tentang syarat ujian, protokol kuarantin dan sekatan lain yang berdekatan. Jika anda menjangkakan bahawa anda mungkin perlu membatalkan tempahan akan datang disebabkan oleh sekatan yang dimandatkan oleh kerajaan, kami syorkan anda berkomunikasi dengan tetamu anda seawal mungkin untuk memaklumkan kepada mereka bahawa perjalanan mereka mungkin terjejas.

    Hos berpengalaman telah memberitahu kami bahawa mereka mencadangkan tetamu menempah semula untuk tarikh akan datang, dan kadang-kadang menawarkan hari tambahan atau diskaun lain untuk meningkatkan peluang tetamu ingin menjadualkan semula tempahan.

    Jika anda perlu membatalkan tempahan kerana sekatan perjalanan atau pengehosan yang dimandatkan oleh kerajaan, kami menggalakkan anda menghubungi pasukan Sokongan Komuniti kami secepat mungkin untuk mendapatkan bantuan menyemak situasi anda. Jika anda membuat pembatalan, anda tidak akan menerima pembayaran, tetapi anda mungkin layak untuk mendapatkan kesan tambahan—seperti kesan kepada status Superhost anda—diketepikan.

    Bolehkah saya mewajibkan tetamu saya divaksin atau diuji untuk COVID-19?
    Hos boleh menetapkan peraturan penginapan mereka sendiri, termasuk menentukan sama ada mereka mewajibkan tetamu divaksin atau baru-baru ini diuji untuk COVID-19, melainkan dilarang di bawah undang-undang atau peraturan tempatan yang berkenaan.

    Jika anda mewajibkan tetamu divaksin atau diuji baru-baru ini, pastikan anda menyatakannya dengan jelas dan dipampang dalam keterangan penyenaraian anda serta dalam peraturan penginapan anda, supaya bakal tetamu tidak terlepas pandang.

    Apakah garis panduan terkini mengenai pembersihan, penjarakan sosial dan pelitup muka?
    Dalam usaha berterusan kami untuk membantu melindungi komuniti kami dan mencegah penyebaran COVID-19, hos dikehendaki mengikuti proses pembersihan 5 langkah yang dipertingkatkan antara penginapan. Untuk arahan dan senarai semak terperinci, anda boleh memuat turun buku panduan pembersihan kami, yang dibangunkan dengan kerjasama pakar perubatan.

    Memandangkan Airbnb mempunyai penyenaraian di seluruh dunia, dan rantau yang berbeza mungkin berada pada tahap yang berbeza dalam usaha pembendungan COVID-19 mereka, kami meminta hos dan tetamu mematuhi undang-undang dan garis panduan tempatan untuk pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial. Jika dikehendaki oleh undang-undang atau garis panduan tempatan, hos dan tetamu perlu bersetuju memakai pelitup muka dan mengekalkan jarak 6 kaki (2 meter) semasa berinteraksi antara satu sama lain secara bersemuka.

    Ketahui lebih lanjut tentang amalan keselamatan COVID-19 kami

    Apakah polisi keadaan peringan, dan adakah ia masih melindungi pembatalan berkaitan COVID-19?
    Polisi keadaan peringan terpakai apabila kejadian yang tidak dijangka, seperti bencana alam atau kecemasan kesihatan awam, menyebabkan tempahan tidak dapat atau menyalahi undang-undang jika diselesaikan. Hos dan tetamu yang terjejas oleh kejadian yang dilindungi oleh polisi ini mungkin layak untuk membatalkan tempahan mereka tanpa penalti.

    Polisi keadaan peringan bertujuan untuk melindungi keadaan yang tidak dijangka, tetapi COVID-19 kini merupakan unsur yang sudah maklum dalam dunia kita. Untuk tempahan yang dibuat pada atau selepas 31 Mei 2022, keadaan berkaitan COVID-19 tidak akan dilindungi di bawah polisi kami. Ini bermakna tetamu tidak akan dapat menerima bayaran balik penuh jika mereka membatalkan tempahan kerana mereka menghidap COVID-19, melainkan dibenarkan oleh polisi pembatalan anda.

    Untuk tempahan yang dibuat sebelum 31 Mei 2022, dan untuk tempahan domestik di Korea Selatan dan tanah besar China, keadaan tertentu berkaitan COVID-19 akan terus dilindungi.

    Ketahui lebih lanjut mengenai membuang COVID-19 sebagai keadaan peringan

    Apakah yang akan berlaku jika tetamu saya atau saya dijangkiti COVID-19?
    Jika hos atau tetamu telah diuji positif dengan atau telah terdedah kepada COVID-19 dalam tempoh 14 hari yang lalu, atau jika mereka mengalami gejala COVID-19, polisi Airbnb menetapkan bahawa tetamu tidak boleh mendaftar masuk dan hos tidak boleh memasuki ruang mereka atau berinteraksi dengan tetamu secara peribadi.

    Jika tetamu dijangkiti COVID-19 dan ingin membatalkan tempahan, polisi pembatalan hos akan terpakai kepada tempahan yang dibuat pada atau selepas 31 Mei 2022.* Jika tetamu telah mendaftar masuk dan sama ada anda atau mereka dijangkiti COVID-19, hubungi Airbnb untuk memaklumkan kami supaya kami dapat membantu.

    Adakah status Superhost saya akan terjejas jika saya membatalkan tempahan kerana saya dijangkiti COVID-19?
    Jika anda perlu membatalkan tempahan kerana anda sakit, kami menggalakkan anda menghubungi pasukan Sokongan Komuniti kami secepat mungkin untuk mendapatkan bantuan menyemak situasi anda. Jika anda membuat pembatalan, anda tidak akan menerima pembayaran, tetapi anda mungkin layak untuk mendapatkan kesan tambahan—seperti kesan kepada status Superhost anda—diketepikan.

    Apa lagi yang perlu saya tahu tentang mengekalkan status Superhost saya semasa COVID-19?
    Apabila pandemik COVID-19 bermula pada tahun 2020, kami mengetepikan beberapa kriteria untuk Superhost sedia ada buat sementara waktu. Kami kini telah kembali kepada syarat standard kami untuk Superhost, bermakna hos perlu memenuhi kesemua 4 kriteria untuk mendapat atau mengekalkan status Superhost.

    Ketahui lebih lanjut mengenai pengemaskinian kepada penilaian Superhost

    Saya masih ada soalan. Siapa yang patut saya hubungi?
    Untuk maklumat lanjut, kami galakkan anda melihat sumber keselamatan COVID-19 kami atau layari Pusat Bantuan. Jika anda ada soalan mendesak, sila hubungi pasukan Sokongan Komuniti kami.

    *Untuk tempahan yang dibuat sebelum 31 Mei 2022, dan untuk tempahan domestik di Korea Selatan & tanah besar China, keadaan tertentu berkaitan COVID-19 akan terus dilindungi di bawah polisi keadaan peringan kami.

    Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Hos masih dikehendaki mengikuti proses pembersihan 5 langkah
    • Peraturan penginapan anda boleh mewajibkan tetamu divaksin atau diuji untuk COVID-19 baru-baru ini, jika dibenarkan oleh undang-undang

    • Hos dan tetamu perlu mematuhi garis panduan tempatan mengenai pelitup muka dan penjarakan sosial

    Airbnb
    5 Mac 2020
    Adakah ini membantu?