Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Apa itu VAT dan bagaimana ia dikenakan kepada saya?

    Cukai Nilai Tambah atau VAT ialah cukai yang dinilai berdasarkan pembekalan barangan dan perkhidmatan. Airbnb mengenakan VAT ke atas yuran perkhidmatannya untuk pelanggan daripada Albania, Belarus, Chile, Colombia, Iceland, Norway, Rusia, Arab Saudi, Serbia, Afrika Selatan, Switzerland, Taiwan, Bahama, Kesatuan Eropah, Uruguay, Emeriah Arab Bersatu.

    Di Mexico dan Taiwan, VAT terpakai kepada harga penginapan serta yuran untuk item lain, seperti pembersihan, tetamu tambahan dan yuran perkhidmatan tetamu. Untuk penyenaraian dan Pengalaman Airbnb yang terletak di Korea Selatan, VAT terpakai kepada yuran perkhidmatan tetamu dan hos (melainkan dikecualikan).

    Airbnb juga dikehendaki untuk mengutip VAT ke atas yuran perkhidmatannya daripada semua pengguna yang berkontrak dengan Airbnb China. Di Jepun, Cukai Penggunaan Jepun atau JCT dikenakan, bukan VAT. Di Jepun, JCT terpakai kepada hos (melalui sistem “caj balik”) dan tetamu.

    Di Australia, New Zealand dan Singapura, Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST, bukan VAT, dikenakan. GST terpakai kepada hos dan juga tetamu. Di Malaysia, cukai perkhidmatan, bukan GST atau VAT, dikenakan. Cukai perkhidmatan Malaysia terpakai ke atas yuran perkhidmatan untuk tetamu dan hos di Malaysia.

    Kadar VAT, JCT dan GST biasanya dikira mengikut kadar tempatan negara kediaman pelanggan atau tempat bekalan.

    Tetamu

    VAT, JCT, GST atau cukai perkhidmatan akan dikenakan semasa bayaran dibuat dan dikira berdasarkan jumlah yuran perkhidmatan tetamu untuk tempahan. Jika anda mengubah tempahan anda, VAT, JCT, atau GST akan dilaraskan untuk menunjukkan sebarang perubahan dalam yuran perkhidmatan. Airbnb akan mengecaj JCT daripada tetamu yang tinggal di Jepun (dan kemudian Airbnb akan melaporkan dan membayar JCT tersebut). Dalam hal ini, Airbnb (Airbnb Ireland) berdaftar sebagai Perniagaan Asing Berdaftar di bawah akta JCT (No. Pendaftaran 00046).

    Airbnb akan mengutip VAT daripada tetamu yang tinggal di Taiwan ke atas yuran perkhidmatan tetamu. Airbnb juga mengutip VAT ke atas harga penginapan penuh serta yuran untuk item lain, seperti yuran pembersihan atau yuran untuk tetamu tambahan, jika berkenaan, daripada semua tetamu yang menginap di penyenaraian Taiwan (iaitu pelancong domestik dan antarabangsa) dan penyenarain di Mexico. Airbnb dikehendaki untuk mengenakan VAT ke atas yuran perkhidmatan tetamu daripada semua tetamu yang menempah penyenaraian yang terletak di Korea Selatan.

    Hos

    VAT, GST atau cukai perkhidmatan ditolak daripada pembayaran anda dan dikira berdasarkan jumlah yuran perkhidmatan hos untuk tempahan (melainkan dikecualikan). Jika tempahan diubah, VAT atau GST akan dilaraskan untuk menunjukkan sebarang perubahan dalam yuran perkhidmatan.

    Bagi hos yang tinggal di Jepun, setiap hos wajib melaporkan dan membayar JCT kerana perkhidmatan pengehosan yang Airbnb sediakan tertakluk kepada sistem “caj balik” di bawah akta JCT (Airbnb tidak mengenakan atau melaporkan/membayar JCT sedemikian). Bagi maklumat yang berkaitan dengan bayaran JCT melalui sistem “caj balik”, sila rujuk penjelasan di laman web Agensi Cukai Negara Jepun.

    Sila rujuk pejabat cukai tempatan berhampiran atau penasihat cukai anda tentang implikasi tertentu cukai anda.

    Adakah anda mendapat bantuan yang anda perlukan?

    Artikel berkaitan