Polisi komuniti
Memerangi kebencian, gangguan dan diskriminasi
Memerangi kebencian, gangguan dan diskriminasi
Kami mahu hos dan tetamu kami menikmati penginapan dan Pengalaman yang bebas daripada gangguan dan diskriminasi.
Perkara yang kami tidak benarkan
- Membuli dan gangguan: Tiada sesiapa yang harus menjadi mangsa tingkah laku yang tidak diingini seperti membuli, membuli siber, gangguan atau menghendap.
- Penolakan perkhidmatan yang bersifat diskriminasi: Hos tidak boleh menolak memberikan layanan kepada tetamu kerana tetamu termasuk dalam kumpulan atau kategori tertentu, seperti bangsa atau agama, seperti yang dijelaskan dalam Polisi Tanpa Diskriminasi kami.
- Layanan berbeza yang bersifat diskriminasi: Hos tidak boleh memberikan layanan, mengenakan peraturan dan bertingkah laku yang berbeza terhad terhadap tetamu kerana keahlian tetamu merupakan golongan yang dilindungi.
- Ungkapan berbahaya: Semua orang tidak seharusnya berhadapan dengan bahasa yang memudaratkan, merendahkan martabat, atau mendakwa seseorang adalah ancaman atau bahaya fizikal kepada orang lain kerana individu tersebut tergolong dalam golongan yang dilindungi.
- Cercaan, ungkapan kebencian, atau bahasa yang menghina: Tiada sesiapa yang harus didera perasaannya dengan bahasa berunsur prejudis yang berkaitan dengan keahlian individu lain dalam golongan yang dilindungi, seperti ungkapan penghinaan, jijik, atau kekurangan fizikal, mental atau moral.
- Tidak menggunakan nama atau jantina pilihan seseorang: Individu yang menganggap dirinya sebagai transgender tidak boleh dipanggil dengan nama atau kata ganti nama sebelum peralihannya jika ia telah memaklumkan kepada orang lain bahawa ia menggunakan nama yang berbeza selepas peralihan.
- Bahasa menghina yang tersirat atau kiasan: Tiada sesiapa yang harus menjadi sasaran frasa yang mempunyai maksud stereotaip masyarakat yang tersirat berdasarkan keahlian dalam golongan yang dilindungi.
- Gambar, simbol, atau objek yang berunsur kebencian, bersifat diskriminasi, atau menyinggung perasaan: Tiada sesiapa yang harus bertolak ansur terhadap imej yang merendahkan agama atau budaya, imej yang mengandungi bahasa penghinaan/kiasan, atau simbol, logo atau slogan yang berkaitan dengan kumpulan ekstremis atau kebencian.
Kami sedia membantu
Jika anda menyaksikan atau mengalami tingkah laku yang bertentangan dengan polisi kami, sila beritahu kami.
Walaupun garis panduan ini tidak meliputi setiap senario yang mungkin, ia direka untuk menawarkan panduan umum mengenai polisi komuniti Airbnb.
Adakah artikel ini membantu?
Artikel berkaitan
- Tetamu
Pelaporan dan sekatan
Pilih perbualan dengan orang yang anda ingin laporkan, atau sekat dan ikut arahan. - Tetamu
Menjadi tetamu yang bertimbang rasa
Daripada berkongsi cerita anda di bahagian bio anda hingga meninggalkan ulasan yang jujur, berhubung dengan ahli komuniti kami yang lain mer… Bagaimanakah cara membatalkan tempahan pengalaman saya?
Setelah anda melalui proses pembatalan, anda boleh menyemak amaun bayaran balik sebelum anda memuktamadkan perubahan.
Dapatkan bantuan dengan tempahan anda, akaun dan banyak lagi.
Log masuk atau daftar