Cadangan akan ditunjukkan selepas menaip dalam input carian. Gunakan anak panah atas dan bawah untuk menyemak. Gunakan enter untuk memilih. Jika pemilihan adalah frasa, frasa itu akan dimasukkan ke carian. Jika cadangan adalah pautan, penyemak imbas akan menavigasi ke halaman tersebut.
Polisi komuniti

Polisi Tanpa Diskriminasi

Kali terakhir dikemas kini: 10 Februari 2022

Airbnb secara dasarnya adalah komuniti terbuka khusus untuk merapatkan hubungan sesama manusia dengan menggalakkan penganjuran pengalaman yang bermakna dan dikongsi antara penduduk di seluruh dunia. Komuniti kami terdiri daripada jutaan orang dari hampir setiap negara di seluruh dunia. Komuniti ini amat pelbagai dan menyatukan individu daripada budaya, nilai dan norma yang berbeza.

Komuniti Airbnb komited untuk membina dunia yang orang daripada semua latar belakang berasa dialu-alukan dan dihormati, tidak kira sejauh mana mereka mengembara dari rumah mereka sendiri. Komitmen ini berlandaskan dua komitmen asas yang terpakai kepada hos dan tetamu Airbnb: penerimaan dan saling menghormati. Komitmen bersama kami terhadap prinsip-prinsip ini membolehkan setiap ahli komuniti kami berasa dialu-alukan di platform Airbnb tidak kira siapa mereka, tempat asal mereka, cara mereka beribadah, atau siapa yang mereka sayangi. Airbnb mengakui bahawa sesetengah bidang kuasa membenarkan, atau mewajibkan, perbezaan antara individu berdasarkan faktor-faktor seperti negara asal, jantina, status perkahwinan atau orientasi seksual, dan ia tidak mewajibkan hos melanggar undang-undang tempatan atau mengambil tindakan yang boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan undang-undang. Airbnb akan memberi panduan tambahan dan mengubah polisi tanpa diskriminasi ini untuk disesuaikan dengan kebenaran dan syarat tersebut di bidang kuasa yang mewajibkannya.

Walaupun kami tahu bahawa satu syarikat tidak mungkin boleh memupuk keharmonian dalam kalangan semua orang, kami percaya komuniti Airbnb boleh menerapkan nilai empati dan saling memahami merentasi semua budaya. Kami komited untuk berusaha sebaik mungkin untuk membantu menyingkirkan segala unsur berat sebelah, diskriminasi, dan sikap tidak bertoleransi yang menyalahi undang-undang daripada platform kami. Kami ingin menggalakkan budaya dalam komuniti Airbnb—hos, tetamu dan orang yang hanya mempertimbangkan sama ada ingin menggunakan platform kami—ini bukan sekadar pematuhan semata-mata. Untuk itu, kami semua, pekerja, hos dan tetamu Airbnb, bersetuju untuk membaca dan bertindak selaras dengan polisi berikut untuk mengukuhkan komuniti kami dan merealisasikan misi kami untuk memastikan semua orang berasa diterima, dan dialu-alukan, di mana sahaja.

  • Penerimaan – Kami mengalu-alukan orang daripada semua latar belakang yang boleh memberikan layanan yang tulen dan berfikiran terbuka. Menyertai Airbnb, sama ada sebagai hos atau tetamu, bermakna menjadi sebahagian daripada komuniti yang mempraktikkan penerimaan. Berat sebelah, prejudis, perkauman dan kebencian tidak diterima di platform kami atau dalam komuniti kami. Walaupun hos perlu mematuhi semua undang-undang berkenaan yang melarang diskriminasi berdasarkan faktor seperti bangsa, agama, negara asal dan lain-lain yang dinyatakan di bawah, kami komited untuk melakukan lebih daripada sekadar mematuhi syarat minimum yang ditentukan oleh undang-undang.
  • Saling menghormati – Kami bersikap saling menghormati dalam interaksi dan pertemuan kami. Airbnb sedia maklum dan faham bahawa undang-undang tempatan dan norma budaya berbeza-beza di serata dunia, dan meminta hos serta tetamu mematuhi undang-undang tempatan dan saling berinteraksi dengan penuh hormat, walaupun jika ada pandangan yang bercanggah dengan kepercayaan dan didikan mereka. Ahli Airbnb membawa pelbagai pengalaman latar belakang, kepercayaan dan adat ke dalam komuniti kami. Dengan menghubungkan orang daripada pelbagai latar belakang, Airbnb memupuk kesefahaman dan penghargaan yang lebih mendalam terhadap ciri-ciri bersama yang dikongsi oleh semua manusia dan menghapuskan prejudis yang timbul daripada tanggapan yang salah, maklumat yang salah dan salah faham.

Panduan Khusus untuk Hos di Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada

Sebagai panduan umum, kami akan cuba memahami semua undang-undang persekutuan, negeri dan tempatan berkenaan yang berkaitan dengan perumahan dan tempat penginapan umum. Sesetengah bidang kuasa mungkin mempunyai syarat undang-undang tambahan yang memperluaskan atau mengehadkan perlindungan hak sivil komuniti pengguna. Hos perlu mematuhi syarat undang-undang sedemikian. Hos perlu menghubungi perkhidmatan pelanggan Airbnb jika mereka ada pertanyaan tentang kewajipan mereka untuk mematuhi Polisi Tanpa Diskriminasi Airbnb ini. Airbnb akan mengeluarkan panduan lanjut tentang polisi diskriminasi untuk bidang kuasa di luar Amerika Syarikat dalam masa yang terdekat. Berpandukan prinsip tersebut, komuniti hos kami di A.S., EU dan Kanada akan mematuhi undang-undang ini apabila mempertimbangkan bakal tetamu atau menerima tetamu:

Bangsa, Warna Kulit, Kaum, Negara Asal, Agama, Orientasi Seksual, Identiti Jantina atau Status Perkahwinan

  • Hos Airbnb tidak boleh:
    • Menolak tempahan berdasarkan bangsa, warna kulit, kaum, negara asal, agama, orientasi seksual, identiti jantina atau status perkahwinan.
    • Mengenakan terma atau syarat yang berbeza berdasarkan bangsa, warna kulit, kaum, negara asal, agama, orientasi seksual, identiti jantina atau status perkahwinan.
    • Menyiarkan penyenaraian atau membuat kenyataan yang tidak menggalakkan atau menunjukkan bahawa tetamu diterima atau ditolak berdasarkan bangsa, warna kulit, kaum, negara asal, agama, orientasi seksual, identiti jantina atau status perkahwinan.

Identiti Jantina

Airbnb tidak menetapkan identiti jantina kepada pengguna kami. Kami menganggap bahawa jantina individu adalah identiti yang mereka tentukan dan/atau nyatakan dalam profil pengguna mereka, dan kami berharap komuniti Airbnb kami melakukan perkara yang sama. Ini termasuk menghormati kata ganti nama (beliau, dia, mereka, dll.) yang digunakan oleh mana-mana pengguna dalam komuniti sebagai identiti mereka.

  • Hos Airbnb tidak boleh:
    • Menolak tempahan daripada tetamu berdasarkan identiti jantina melainkan hos berkongsi ruang tempat tinggal (contohnya, bilik mandi, dapur atau ruang umum) dengan tetamu.
    • Mengenakan terma atau syarat yang berbeza berdasarkan jantina melainkan hos berkongsi ruang tempat tinggal dengan tetamu.
    • Menyiarkan penyenaraian atau membuat kenyataan yang tidak menggalakkan atau menunjukkan bahawa tetamu diterima atau ditolak berdasarkan jantina, melainkan hos berkongsi ruang tempat tinggal dengan tetamu.
  • Hos Airbnb boleh:
    • Menyediakan unit untuk tetamu yang sama jantina dengan hos jika hos berkongsi tempat tinggal dengan tetamu.

Umur dan Status Kekeluargaan

  • Hos Airbnb tidak boleh:
    • Mengenakan apa-apa terma atau syarat yang berbeza atau menolak tempahan berdasarkan umur tetamu atau status kekeluargaan, jika dilarang oleh undang-undang.
  • Hos Airbnb boleh:
    • Memberi maklumat dengan fakta yang tepat tentang ciri-ciri penyenaraian (atau ketiadaan ciri) mereka yang boleh menjadikan penginapan tidak selamat atau tidak sesuai untuk tetamu yang berumur tertentu atau keluarga yang mempunyai kanak-kanak atau bayi.
    • Menyatakan dalam penyenaraian mereka sekatan berkaitan komuniti (contohnya perumahan warga emas), peraturan atau undang-undang yang melarang tetamu di bawah usia tertentu atau keluarga yang mempunyai kanak-kanak atau bayi.

Ketidakupayaan

  • Hos Airbnb tidak boleh:
    • Menolak tetamu berdasarkan ketidakupayaan sebenar atau tanggapan ketidakupayaan tersebut.
    • Mengenakan apa-apa terma atau syarat yang berbeza berdasarkan fakta bahawa tetamu mengalami ketidakupayaan.
    • Menggantikan pendapat mereka tentang sama ada unit tersebut menepati keperluan tetamu dengan ketidakupayaan untuk bakal tetamu tertentu sahaja.
    • Bertanya tentang kewujudan atau tahap ketidakupayaan tetamu atau kaedah yang digunakan untuk menyesuaikan penginapan dengan keadaan ketidakupayaan tetamu. Walau bagaimanapun, jika bakal tetamu menyebut tentang ketidakupayaan mereka, hos boleh dan harus berbincang dengan bakal tetamu untuk menentukan sama ada penyenaraian itu memenuhi keperluan mereka.
    • Melarang atau mengehadkan penggunaan peranti pergerakan.
    • Mengenakan caj yuran tambahan untuk tetamu yang merupakan individu yang mengalami ketidakupayaan, termasuk yuran haiwan peliharaan apabila tetamu memiliki haiwan perkhidmatan.
    • Menyiarkan penyenaraian atau membuat kenyataan yang tidak menggalakkan atau menunjukkan bahawa tetamu dipilih atau ditolak berdasarkan fakta bahawa tetamu merupakan individu kurang upaya.
    • Enggan berkomunikasi dengan tetamu melalui kaedah tersedia yang boleh diakses, termasuk mesin penyampaian (bagi individu cacat pendengaran) dan e-mel (bagi individu cacat penglihatan yang menggunakan pembaca skrin).
    • Enggan menyediakan penginapan yang munasabah, termasuk fleksibiliti apabila tetamu kurang upaya memohon perubahan kecil dilakukan dalam peraturan penginapan, seperti menggunakan ruang letak kereta yang dekat dengan unit tersebut. Apabila tetamu meminta penginapan sedemikian, hos dan tetamu harus berbincang untuk mencari cara yang boleh dipersetujui oleh kedua belah pihak untuk memastikan unit tersebut menepati keperluan tetamu.
  • Hos Airbnb boleh:
    • Menyediakan maklumat dengan fakta yang tepat tentang ciri-ciri kemudahan akses unit (atau ketiadaannya) agar tetamu kurang upaya dapat menilai sama ada unit tersebut sesuai dengan keperluan mereka.

Pilihan Peribadi

  • Hos Airbnb boleh:
    • Melainkan seperti yang dinyatakan di atas, hos Airbnb boleh menolak tempahan berdasarkan faktor yang tidak dilarang oleh undang-undang. Contohnya, melainkan dilarang oleh undang-undang, hos Airbnb boleh menolak tempahan tetamu yang membawa haiwan peliharaan atau tetamu yang merokok.
    • Meminta tetamu menghormati sekatan makanan di penginapan, (sebagai contoh, hos yang memastikan ruang dapur mereka Kosher atau vegetarian mungkin akan meminta tetamu menghormati sekatan sedemikian). Sekatan ini perlu dinyatakan dengan jelas dalam peraturan penginapan anda. Sebagai contoh, hos Airbnb boleh menolak tetamu yang mahu merokok di dalam unit atau mengenakan sekatan ke atas bilangan tetamu di dalam unit.

Apabila tetamu ditolak. Hos harus faham bahawa tidak ada orang yang suka ditolak. Walaupun hos mungkin mempunyai dan menyampaikan sebab yang sah untuk menolak tetamu, penolakan ini mungkin akan menyebabkan ahli komuniti kami berasa tersisih atau tidak dialu-alukan. Hos harus cuba dengan sedaya upaya untuk mengalu-alukan tetamu daripada semua latar belakang. Hos yang menunjukkan pola penolakan tetamu daripada kelas yang dilindungi (walaupun setelah menjelaskan sebab yang sah) mungkin akan menjejaskan keakraban hubungan komuniti kami dengan membuat tetamu berasa tidak dialu-alukan dan Airbnb berhak menggantung hos yang menunjukkan pola sedemikian daripada platform Airbnb.

Panduan Khusus untuk Hos Di Luar Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada

Di luar Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Kanada, sesetengah negara atu komuniti mungkin membenarkan atau menghendaki penduduknya membezakan penginapan berdasarkan, sebagai contoh, status perkahwinan, negara asal, jantina atau orientasi seksual, yang melanggar prinsip umum tiada diskriminasi kami. Dalam keadaan seperti ini, kami tidak meminta hos melanggar undang-undang tempatan, atau menerima tetamu yang boleh mendedahkan hos kepada risiko yang jelas dan nyata untuk mereka ditangkap atau mengalami kecederaan fizikal atau kerosakan harta mereka. Hos yang tinggal di kawasan seperti itu perlu menetapkan sekatan sedemikian ke atas keupayaan mereka untuk menjadi hos kepada tetamu tertentu di penyenaraian mereka, agar bakal tetamu sedar tentang isu tersebut dan Airbnb boleh mengesahkan perlunya tindakan sedemikian. Ketika berkomunikasi tentang sekatan tersebut, kami meminta hos menggunakan istilah yang jelas, berfakta dan tiada unsur penghinaan. Cemuhan dan penghinaan tidak dibenarkan di platform atau dalam komuniti kami.

Apakah yang berlaku apabila hos tidak mematuhi polisi kami dalam aspek ini?

Jika penyenaraian tertentu mengandungi ungkapan yang bercanggah dengan polisi tanpa diskriminasi ini, hos akan diminta membuang ungkapan tersebut dan mengesahkan pemahaman dan hasratnya untuk mematuhi polisi ini serta prinsip yang mendasarinya. Mengikut budi bicaranya, Airbnb juga boleh mengambil tindakan setakat dan termasuk menggantung hos daripada platform Airbnb.

Jika hos menolak tetamu secara tidak wajar berdasarkan kelas yang dilindungi atau menggunakan bahasa yang menunjukkan bahawa tindakannya didorong oleh faktor yang dilarang oleh polisi ini, Airbnb akan mengambil langkah untuk menguatkuasakan polisi ini, sehingga dan termasuk menggantung hos daripada platform.

Dengan berkembangnya komuniti Airbnb, kami akan terus memastikan bahawa polisi dan amalan Airbnb sejajar dengan matlamat utama kami: Untuk memastikan tetamu dan hos berasa diterima dan dihormati dalam semua interaksi mereka semasa menggunakan platform Airbnb. Orang awam, komuniti kami, dan kami sendiri mengharapkan polisi ini dipatuhi.

Pertimbangan Tambahan

Polisi Tanpa Diskriminasi terpakai kepada semua bahagian perniagaan Airbnb. Kami sedar bahawa pertimbangan tambahan perlu dibuat untuk pelbagai tawaran dalam Komuniti Airbnb. Di sini, kami telah memasukkan beberapa pertimbangan yang perlu dibuat untuk keadaan tersebut:

Pengalaman

Pengecualian Jantina:

  • Hos Pengalaman Airbnb boleh menawarkan pengalaman jantina tunggal jika perlu mencipta ruang yang selamat (yang tidak mencetuskan keadaan berbahaya dan yang tidak menyalahi undang-undang), melindungi keselamatan dan privasi peserta, dan/atau mematuhi semua syarat undang-undang atau budaya.

Kemudahan Akses / Ketidakupayaan / Penginapan Munasabah:

Memandangkan terdapat pelbagai tawaran pengalaman, hos Pengalaman Airbnb mungkin perlu bertanya tentang keupayaan tetamu untuk mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal tertentu atau bertanya tentang keperluan penginapan tetamu untuk membuat persiapan yang terbaik untuk pengalaman mereka. Selain itu, kami menggalakkan hos pengalaman untuk:

  • Menyediakan maklumat dengan fakta yang tepat tentang sifat fizikal pengalaman untuk membolehkan tetamu menilai sama ada pengalaman tersebut sesuai dengan keperluan mereka.
  • Berinteraksi secara aktif dengan tetamu yang telah mendedahkan ketidakupayaan mereka dan/atau mempunyai soalan tentang kemudahan akses pengalaman, dan untuk mempertimbangkan permohonan penginapan yang munasabah.
  • Cari peluang untuk menyediakan penginapan yang munasabah dan tidak akan banyak mengubah sifat aktiviti jika permohonan dipenuhi.
Adakah artikel ini membantu?

Artikel berkaitan

Dapatkan bantuan dengan tempahan anda, akaun dan banyak lagi.
Log masuk atau daftar