Menganjurkan pengalaman online
Sertai komuniti hos yang menyatukan dunia dengan cara yang serba baharu.
Sebelum menghantar pengalaman online anda, sila baca standard dan syarat Pengalaman Airbnb dan syarat khusus untuk pengalaman online.
Proses penyerahan
Apabila anda menghantar pengalaman anda untuk diluluskan, anda perlu memberikan:
- Tajuk untuk pengalaman anda
- Keterangan, termasuk dari mana anda bersiaran dan keistimewaannya
- Keterangan aktiviti anda, termasuk agenda yang jelas
- Kelulusan, sejarah atau kelayakan anda
- Arahan mengenai apa yang harus dibawa oleh tetamu
- Gambar berkualiti tinggi pengalaman anda, termasuk gambar anda sedang bercakap di hadapan kamera atau komputer anda untuk menunjukkan bahawa pengalaman ini berlangsung secara online
- ID bergambar, kerana anda akan diminta mengesahkan identiti anda
Sebaik sahaja anda mempunyai idea yang hebat dan semua butirannya sudah siap, mulakan penyerahan anda. Ketahui apa yang boleh dijangkakan selepas anda hantar.
Cara ia berfungsi
Zoom
Pengalaman online dianjurkan di Zoom, perisian persidangan video pihak ketiga, yang juga anda perlukan untuk proses penyerahan. Berikut ialah semua yang anda perlu tahu tentang menggunakan Zoom untuk pengalaman online.
Menempah dan kehadiran
- Cara membuat tempahan sama seperti dengan pengalaman secara bersemuka
- Apabila tiba masanya, tetamu akan menerima pautan untuk menyertai mesyuarat Zoom anda
- Anda kemudiannya boleh menggunakan ciri Bilik Menunggu Zoom untuk membolehkan mereka masuk selepas mengesahkan mereka ada tempahan
Jika anda membenarkan berbilang tetamu untuk turut serta daripada satu peranti, maklumkan tetamu di dalam keterangan anda bahawa mereka hanya perlu menempah satu tempat. Anda juga boleh menganjurkan pengalaman kumpulan persendirian, di mana tetamu boleh menempah semua tempat untuk sesuatu pengalaman pada tarikh dan masa tertentu.
Harga dan bayaran tambahan
Terpulang kepada anda untuk menetapkan harga bagi pengalaman kumpulan awam dan persendirian. Anda mungkin mahu bermula dengan harga yang lebih rendah dan meningkatkannya selepas beberapa kali ia diadakan dan mendapat beberapa ulasan 5 bintang. Sama seperti pengalaman secara bersemuka, Airbnb akan mengenakan yuran perkhidmatan kepada hos, melainkan ia adalah pengalaman impak sosial.
Harga pengalaman online dikenakan bagi setiap orang secara lalai. Jika tempahan dibuat untuk satu orang dan anda dapati ada 2 tetamu di Bilik Menunggu anda, anda boleh minta mereka membayar untuk orang tambahan di Pusat Resolusi.
Artikel berkaitan
- Menggunakan Zoom untuk menganjurkan pengalaman onlineKetahui cara Zoom berfungsi dengan pengalaman online Airbnb.
- Hos pengalamanApakah syarat-syarat khusus untuk pengalaman online?Semua pengalaman online disiarkan secara langsung, bukan dirakam terlebih dahulu, dengan hos menarik yang menawarkan interaktiviti dan hubun…
- Hos pengalamanCipta Pengalaman Airbnb yang unikCipta dan rancang aktiviti unik yang orang mahu cuba. Budaya, sejarah, makanan, atau alam semula jadi—beritahu kami tentang pengalaman yang …