Langkau ke kandungan
Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Apakah Airbnb dan bagaimana ia beroperasi?

    Komuniti yang dibina berlandaskan perkongsian

    Airbnb bermula pada tahun 2008 apabila dua pereka yang mempunyai ruang untuk dikongsi menjadi hos untuk tiga pengembara yang mencari tempat penginapan. Kini, jutaan hos dan pengembara memilih untuk mencipta akaun Airbnb percuma supaya mereka boleh menyenaraikan ruang mereka dan menempah penginapan unik di mana saja di dunia. Dan hos pengalaman Airbnb berkongsi minat dan semangat mereka dengan pengembara dan penduduk tempatan.

    Perkhidmatan yang dipercayai

    Airbnb membantu menjadikan perkongsian mudah, menyeronokkan, dan selamat. Kami mengesahkan profil peribadi dan penyenaraian, mengekalkan sistem pemesejan pintar supaya hos dan tetamu boleh berkomunikasi dengan yakin, dan menguruskan platform yang dipercayai untuk mengutip dan memindahkan bayaran.

    Keselamatan anda adalah keutamaan kami. Ketahui lebih lanjut di Pusat Kepercayaan dan Keselamatan kami.

    Sokongan 24/7

    Kami telah menjawab soalan-soalan yang paling lazim mengenai Airbnb di Pusat Bantuan kami. Ketahui lebih lanjut mengenai mencari tempat penginapan,membuat bayaran untuk tempahan anda atau apa maknanya untuk menjadi hos bagi tempat penginapan atau untuk menganjurkan pengalaman.

    Dan pasukan sokongan komuniti global kami siap sedia 24/7 dalam 11 bahasa yang berlainan untuk membantu membetulkan keadaan dengan bantuan tempahan semula, bayaran balik, pengembalian wang, Jaminan Hos $1 juta kami, dan program insurans untuk penginapan dan pengalaman. Hubungi kami jika ada sebarang soalan.

    Tip: Ingin ketahui lebih lanjut? Kenali Airbnb.

    Adakah anda mendapat bantuan yang anda perlukan?