Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Menulis peraturan penginapan yang membantu

    Bantu lindungi penginapan anda dan wujudkan pengalaman tetamu yang lebih baik.
    Oleh Airbnb pada 1 Dis 2020
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 13 Mei 2021

    Sorotan

    • Peraturan penginapan membantu anda menyerlahkan peringatan keselamatan dan menetapkan jangkaan tetamu

    • Kemas kini peraturan penginapan anda
    • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk menyediakan penyenaraian yang berjaya

    Peraturan penginapan anda lebih daripada sekadar senarai perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan. Peraturan ini menetapkan jangkaan untuk tetamu, dan memberikan previu kepada gaya anda sebagai hos. Mereka juga membantu tetamu menilai sama ada ruang anda sesuai sebelum mereka menempahnya, yang boleh memberikan pengalaman yang lebih baik. Disebabkan kepentingan peraturan penginapan, kami telah menjadikan mereka kelihatan kepada tetamu apabila mereka menempah.

    Perlukan sedikit bantuan untuk menulis peraturan anda? Ikuti tip ini daripada hos seperti anda.

    Pastikan bahasanya mudah

    Gunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami. “Peraturan penginapan tidak sepatutnya berbunyi seperti buku undang-undang. Jika ya, tiada siapa yang akan membacanya atau bakal tetamu akan pergi ke penyenaraian lain yang kurang rumit,” kata J Renata, hos di Rio de Janeiro.

    Cara terbaik untuk memastikan semuanya mudah? Fikirkan tentang cara anda mahu tetamu mengendalikan ruang anda, dan cara anda akan menjelaskkan perkara itu jika anda bercakap dengan mereka sendiri—kemudian tulis dengan cara penyampaian yang sama.

    Anda juga tidak patut membingungkan tetamu dengan terlalu banyak peraturan. Tumpukan pada yang 'perlu ada' dan simpan yang 'bagus jika ada' untuk dikongsi di tempat lain.

    “Saya tidak meletakkan permintaan atau penunjuk, seperti tempat untuk meninggalkan tuala dan apa yang perlu dilakukan dengan dobi, ke dalam peraturan penginapan saya,” kata hos Annette dari Prescott, Arizona. “Saya sampaikan perkara itu sendiri apabila menunjukkan apartmen kepada tetamu, atau saya meninggalkan nota mesra.” Pilihan lain ialah mencipta manual penginapan dengan butiran berguna yang tidak semestinya termasuk dalam peraturan penginapan anda.

    Peraturan penginapan tidak sepatutnya berbunyi seperti buku undang-undang; jika ya, tiada siapa yang akan membacanya.
    J Renata,
    Rio de Janeiro

    Peringatan keselamatan

    Jangan anggap tetamu berhati-hati tentang perlindungan dan keselamatan seperti anda. Anda disarankan untuk berkongsi maklumat sebegini dalam peraturan penginapan anda. Yang berikut ialah cara sesetengah hos melakukan perkara ini:

    • “Sila tutup dan kunci semua tingkap dan pintu apabila anda meninggalkan suite.” —Dave dan Deb, Edmonton, Kanada
    • “Tidak boleh menggunakan lilin. Tiada. Sebaliknya, kami menyediakan lilin tanpa nyalaan dan menggunakan bateri untuk anda gunakan.” —Heather, Ithaca, New York

    Penting untuk menekankan syarat kesihatan dan keselamatan yang berkaitan dengan COVID-19. Gunakan peraturan penginapan anda untuk mengingatkan tetamu tentang amalan wajib mengenai pelitup muka dan penjarakan sosial, dan menyerlahkan sebarang garis panduan tambahan untuk ruang berkongsi jika perlu.

    Gunakan peluang ini untuk mendidik tetamu

    Jika tetamu anda melawat dari jauh, mereka mungkin tidak menyedari isu khusus yang berkaitan dengan lokasi atau budaya anda. Peraturan penginapan anda boleh menjadi peluang untuk berkongsi maklumat penting. Yang berikut ialah cara sesetengah hos menggabungkan pengetahuan tempatan:

    • “Kami meminta anda senyap dan berhati-hati, terutama pada waktu malam atau semasa siesta.” Beatriz Elena, Medellin, Colombia
    • “Anda tidak dibenarkan memakai kasut di dalam rumah. Ini sangat lazim di Thailand." Nutth, Chiang Mai, Thailand.
    • "Muat turun haram adalah dilarang. Jika anda didapati bersalah, kerajaan boleh mengenakan denda kira-kira €1,700 bagi setiap filem.” —Branka dan Silvia, Zagreb, Croatia

    Tunjukkan personaliti anda

    Peraturan anda memberikan gambaran tentang gaya anda sebagai hos. Itu satu lagi cara untuk tetamu menentukan sama ada ruang anda sesuai untuk mereka, jadilah diri anda sendiri.

    Jika pendekatan anda untuk menjadi hos ialah santai dan menyukai keseronokan, selitkan sedikit lawak jenaka. Lebih suka keadaan yang lebih teratur? Pastikan perkara itu dikomunikasikan dengan jelas.

    Amy, hos dari Nashville suka menyuntik sedikit lawak jenaka ke dalam peraturan rumahnya:

    “Saya mengharapkan tetamu berkelakuan seperti orang dewasa:
    • Jangan bakar rumah
    • Jangan tendang anjing saya
    • Jangan makan makanan mudah tumpah di meja
    • Terdapat beberapa bakul sampah di sekitar rumah: tandas bukan salah satu daripadanya”

    Peraturan penginapan membantu melindungi anda

    Andainya, meskipun keadaan ini jarang terjadi, berlaku masalah dengan tetamu, peraturan penginapan boleh membantu anda mencari jalan penyelesaian. Jika tetamu melanggar peraturan penginapan, langkah pertama anda ialah berkomunikasi dengan tetamu dan cuba menyelesaikan isu ini secara terus. Jika anda tidak dapat menyelesaikan isu ini, hubungi perkhidmatan pelanggan Airbnb untuk mendapatkan bantuan.

    Nota: Semua peraturan penginapan mesti selaras dengan polisi dan terma Airbnb—termasuk terma perkhidmatan dan polisi tanpa diskriminasi kami. Ketahui lebih lanjut

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Peraturan penginapan membantu anda menyerlahkan peringatan keselamatan dan menetapkan jangkaan tetamu

    • Kemas kini peraturan penginapan anda
    • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk menyediakan penyenaraian yang berjaya
    Airbnb
    1 Dis 2020
    Adakah ini membantu?