Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Memang berbaloi jika mencipta inventori kediaman, ini sebabnya

    Cuba taksirkan nilai milikan anda—sebagai persediaan.
    Oleh Airbnb pada 20 Jan 2021
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 21 Jul 2021

    Sorotan

    • Inventori kediaman boleh membantu mengesahkan harta milikan anda dan nilainya jika berlaku kerugian dan anda perlu memohon pembayaran balik di bawah Jaminan Hos Airbnb atau daripada syarikat insurans peribadi anda
    • Kumpulkan dokumentasi sebanyak mungkin, terutamanya untuk item yang bernilai kewangan tinggi

    Kediaman kita menceritakan kisah kita, dan barangan tertentu amat bermakna kepada kita. Tetapi dalam keadaan luar biasa jika harta benda anda rosak, bolehkah anda ingat semula secara terperinci setiap barang yang anda miliki dan harganya?

    Mencipta inventori kediaman adalah langkah penting dalam memastikan anda bersedia menghadapi apa jua—daripada tumpahan di sofa hingga insiden yang lebih serius seperti kecurian, kerosakan air, atau kebakaran. Ini kerana dokumentasi diperlukan apabila anda memfailkan permohonan bayaran balik di bawah Jaminan Hos Airbnb* atau tuntutan kerosakan harta benda melalui syarikat insurans anda.

    Menilai semua yang anda miliki mungkin kelihatan sukar, tetapi pendekatan tiga langkah boleh membantu:

    Langkah 1: Pilih format

    Walaupun pen dan kertas pun sudah cukup, proses ini boleh dilakukan dengan lebih cekap jika menggunakan telefon pintar atau tablet yang membolehkan anda merakam nota, gambar dan video di satu tempat. Terdapat juga banyak aplikasi mudah alih yang membolehkan anda mencipta, menyusun dan menyimpan inventori kediaman anda.

    Langkah 2: Tinjau bilik demi bilik

    Pilih bilik untuk bermula dan senaraikan semua yang ada di dalamnya. Rakam gambar setiap item. Anda juga boleh melawat penginapan anda dan membuat rakaman video setiap item sambil anda bercakap tentangnya.

    Sebutkan secara terperinci, tetapi tidak mengapa untuk mengelompokkan item yang serupa, seperti siri buku atau set hidangan, mengikut kesesuaian. Sekiranya anda tidak tahu cara untuk bermula, mulakan dengan item yang mempunyai nilai kewangan tertinggi, seperti barang kemas dan elektronik. Jika anda mempunyai barangan kemas, elektronik, atau barangan berharga lain, cuba simpannya di dalam bilik berkunci, almari, peti keselamatan, atau kemudahan storan, atau anda boleh meninggalkannya bersama keluarga atau rakan.

    Terangkan item dan catat keadaannya, anggaran usia, anggaran nilai, dan sama ada anda mempunyai dokumentasi nilainya (seperti resit, pesanan dalam talian/pengesahan pembelian, atau penyata kad kredit). Untuk item bernilai tinggi, anda juga hendaklah menyenaraikan buatan, model, nombor siri, dan sebarang butiran lain yang anda ada, seperti masa dan tempat dibeli.

    Langkah 3: Muat naik dokumentasi

    Setelah anda mengumpulkan dokumentasi anda, muat naik ke lokasi selamat yang anda boleh mengaksesnya pada bila-bila masa, di mana sahaja. Jika anda mempunyai salinan bercetak manual, penilaian, atau invois—atau timbunan resit yang telah pudar—kini masanya untuk mengimbas dan menyimpannya secara digital.

    Selepas anda memuat naik inventori kediaman anda, pertimbangkan perkara ini. Kemas kini inventori setiap kali anda mendapatkan sesuatu yang baharu atau berharga, dan semak dengan teliti sekurang-kurangnya sekali setahun.

    Perkara yang perlu dilakukan jika kerosakan harta benda berlaku

    Jika kerosakan harta benda berlaku semasa tetamu menginap di penginapan anda, anda mungkin layak mendapat bayaran balik di bawah Jaminan Hos Airbnb*. Jaminan ini memberikan perlindungan sehingga USD1 juta sekiranya penginapan atau harta benda anda dirosakkan oleh tetamu semasa penginapan Airbnb. Ketahui cara memohon bayaran balik atas kerosakan harta benda

    Polisi insurans peribadi anda mungkin menawarkan perlindungan terhad ketika anda menjadi hos kepada tetamu Airbnb—atau tiada perlindungan langsung. Tanya syarikat insurans anda untuk mengetahui lebih lanjut.

    Kami harap anda tidak perlu menggunakan inventori kediaman anda, tetapi luangkan sedikit masa untuk membuatnya sekarang untuk membantu anda pulih daripada segi kewangan jika perkara yang tidak dijangka berlaku.

    *Jaminan Hos Airbnb tidak terpakai kepada hos yang menawarkan penginapan melalui Airbnb Travel, LLC, hos di tanah besar China, hos di Jepun, hos Pengalaman Airbnb, atau hos Pengembaraan Airbnb. Jaminan ini bukan polisi insurans, dan bukan semua kerosakan harta benda yang disebabkan oleh tetamu diliputi dalam termanya. Hos digalakkan untuk membeli insurans peribadi yang akan melindungi kerosakan penginapan yang tidak dilindungi oleh Jaminan Hos Airbnb.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Inventori kediaman boleh membantu mengesahkan harta milikan anda dan nilainya jika berlaku kerugian dan anda perlu memohon pembayaran balik di bawah Jaminan Hos Airbnb atau daripada syarikat insurans peribadi anda
    • Kumpulkan dokumentasi sebanyak mungkin, terutamanya untuk item yang bernilai kewangan tinggi

    Airbnb
    20 Jan 2021
    Adakah ini membantu?