Langkau ke kandungan
Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Apakah undang-undang menjadi hos yang terpakai kepada anda?

    Gunakan panduan ini untuk mengemudi undang-undang dan peraturan tempatan berkenaan menjadi hos Airbnb.
    Oleh Airbnb pada 28 Apr 2021
    Bacaan 2 minit
    Dikemas kini pada 28 Apr 2021

    Sorotan

    • Airbnb membantu hos memahami peraturan tempatan dan bekerjasama dengan kerajaan untuk menyediakan sumber maklumat dan sokongan

    • Baca mengenai keselamatan dan permit di halaman menjadi hos yang bertanggungjawab

    • Berhubung dengan kelab hos tempatan anda untuk mendapatkan pandangan mengenai syarat-syarat kawal selia

      • Cari di Pusat Komuniti untuk mendapatkan nasihat daripada hos

      • Ketahui lebih lanjut di panduan lengkap kami untuk menerokai dunia pengehosan

      Memutuskan untuk menjadi hos adalah keputusan penting. Oleh itu, Airbnb ingin membantu anda memahami undang-undang di kawasan anda dan membantu menjelaskan garis panduan mengenai permit dan cukai.

      Oleh kerana undang-undang ini kadang-kadang mengelirukan, kami bekerjasama dengan kerajaan tempatan untuk membantu mereka lebih memahami manfaat menerima tetamu yang boleh dinikmati oleh komuniti mereka. Kami juga menyokong undang-undang perkongsian penginapan yang menguntungkan di semua peringkat kerajaan untuk membantu melindungi masa depan perniagaan anda sebagai hos.

      Apakah undang-undang dan peraturan tempatan yang terpakai kepada anda?

      Bagaimana kerajaan tempatan anda mengawal selia sewaan jangka pendek? Apakah cukai yang perlu dibayar oleh hos Airbnb di kawasan anda, dan siapa yang membuat pengiraan dan mengutipnya? Adakah lembaga HOA anda membenarkan tetamu Airbnb di dalam bangunan ini?

      Bergantung pada lokasi tempat tinggal anda, mungkin terdapat syarat pada peringkat negara, negeri, bandar dan juga penginapan. Contohnya, sesetengah kawasan mewajibkan hos Airbnb mendaftar atau memperoleh lesen dan insurans. Sijil keselamatan juga mungkin diperlukan. Sesetengah bandar mewajibkan hos membayar cukai tertentu untuk pendapatan Airbnb mereka, manakala sesetengah bandar pula mempunyai undang-undang yang menyekat sewaan jangka pendek. Kerajaan-kerajaan tempatan boleh berbeza dalam cara mereka menguatkuasakan undang-undang ini, tetapi penalti mungkin melibatkan denda.

      Bagi membantu anda memahami undang-undang dan peraturan tempatan anda yang berkaitan dengan penerimaan tetamu melalui Airbnb, berikut adalah beberapa sumber maklumat untuk membantu anda mengetahui syarat-syarat yang terpakai untuk kawasan anda.

      Semak Pusat Bantuan Airbnb
      Walaupun Airbnb tidak memberikan nasihat undang-undang khusus, anda boleh mendapatkan garis panduan umum untuk memahami undang-undang tempatan di Pusat Bantuan. Untuk membantu anda mencari maklumat tentang pertimbangan keselamatan dan peraturan untuk kawasan anda, Airbnb juga telah menyusun sumber maklumat tentangmenjadi hos yang bertanggungjawab untuk beberapa lokasi di seluruh dunia.

      Hubungi hos lain
      Berhubung dengan hos di komuniti anda dengan menyertai kelab hos tempatan anda. Kelab hos ialah kumpulan online yang diterajui oleh hos yang menyediakan ruang untuk anda berhubung dengan hos lain di kawasan anda. Hos-hos ini mungkin tahu tentang syarat-syarat tempatan anda, dan selalunya boleh memberikan tip tentang cara menanganinya. Pusat Komuniti Airbnb juga merupakan tempat yang sesuai untuk berhubung dengan hos berpengalaman yang bersedia menjawab soalan dan berkongsi pengalaman mereka menerima tetamu.

      Ketahui tentang Portal Bandar Raya Airbnb

      Untuk terus mengembangkan perkongsian tempatan dan menyokong pelancongan sihat, kami melancarkan Portal Bandar Raya, sumber unik pertama untuk membantu kerajaan. Portal Bandar Raya menyediakan pandangan yang berkaitan dengan aktiviti Airbnb, alat untuk membantu memberi perkhidmatan kepada komuniti tempatan, dan akses kepada sumber dan sokongan.

      Sumber ini adalah langkah penting seterusnya dalam mengukuhkan hubungan kami dengan komuniti, dengan matlamat akhir untuk melindungi masa depan perkongsian penginapan untuk hos dan tetamu di Airbnb.

      Mula menjadi hos yang bertanggungjawab

      Sebelum anda boleh mula mengalu-alukan tetamu ke penginapan anda, langkah pertama ialah memastikan penyenaraian anda mematuhi peraturan tempatan, syarat permit, dan perjanjian cukai. Dengan mengetahui undang-undang dan peraturan tempatan mana yang terpakai kepada anda, anda selangkah lebih hampir untuk menjana wang dan menjadi hos yang bertanggungjawab.

      Ketahui lebih lanjut mengenai menjadi hos yang bertanggungjawab

      Sorotan

      • Airbnb membantu hos memahami peraturan tempatan dan bekerjasama dengan kerajaan untuk menyediakan sumber maklumat dan sokongan

      • Baca mengenai keselamatan dan permit di halaman menjadi hos yang bertanggungjawab

      • Berhubung dengan kelab hos tempatan anda untuk mendapatkan pandangan mengenai syarat-syarat kawal selia

        • Cari di Pusat Komuniti untuk mendapatkan nasihat daripada hos

        • Ketahui lebih lanjut di panduan lengkap kami untuk menerokai dunia pengehosan

        Airbnb
        28 Apr 2021
        Adakah ini membantu?