Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Kami sedang menguji wajah baharu yang menarik untuk penyenaraian anda

    Kami harap kemas kini reka bentuk ini memudahkan tetamu mengetahui tentang penginapan anda.
    Oleh Airbnb pada 25 Nov 2019
    Bacaan 2 minit
    Dikemas kini pada 5 Mac 2020

    Sorotan

    • Airbnb sedang menguji perubahan untuk memudahkan tetamu mengetahui tentang penginapan anda

      • Perubahan ini bertujuan untuk menampilkan maklumat penting dengan lebih menonjol dan membawa konsistensi reka bentuk kepada jenama Airbnb

        • Oleh kerana ini ialah ujian, hanya sesetengah pengguna yang akan melihat penampilan terkini dalam penyenaraian mereka

        Anda mungkin perasan beberapa penyenaraian kelihatan sedikit berbeza kebelakangan ini, sama ada dalam halaman penyenaraian utama atau apabila ia muncul dalam hasil carian. Ini kerana kami sedang menguji beberapa perubahan yang kami harap akan memudahkan tetamu mengetahui tentang penginapan anda.

        Apa yang sedang diuji?

        Kami sedang mencari cara baharu untuk memaparkan maklumat penting kepada bakal tetamu. Berikut ialah beberapa perubahan yang kami uji:

        • Butiran utama seperti tajuk dan penarafan—akan dipaparkan di atas gambar anda pada halaman penyenaraian
        • Pautan baharu akan membawa tetamu ke ulasan, gambar, dan gambar keseluruhan penyenaraian anda dengan cepat
        • Jenis penyenaraian, tajuk, dan harga anda akan muncul lebih jelas dalam halaman hasil carian

        Mengapa ujian ini berlangsung?

        Perubahan ini bertujuan untuk membantu tetamu mencari maklumat yang diperlukan dengan lebih mudah dan membawa lebih banyak konsistensi reka bentuk merentasi platform. Tetapi sebelum kami mengeluarkannya kepada semua pengguna, kami ingin mendapat maklum balas tetamu terlebih dahulu—dan ujian seperti ini adalah satu bahagian penting dalam proses maklum balas tersebut.

        Adakah penyenaraian saya termasuk dalam ujian?

        Kemungkinan besar, ya, walaupun jika anda belum melihat sebarang perubahan. Penyenaraian anda hanya akan menampilkan penampilan terkini untuk sesetengah pengguna (jadi seorang tetamu yang melihatnya mungkin akan melihat reka bentuk baharu tersebut, sementara yang lain melihat reka bentuk yang lama).

        Adakah maklumat penyenaraian saya akan berubah?

        Tidak. Semua maklumat penyenaraian akan kekal sama. Kami hanya menguji cara baharu memaparkannya, yang akan lebih menonjolkan butiran yang paling penting.

        Berapa lama ujian akan dijalankan?

        Kami akan memantau kesan reka bentuk baru ini dari beberapa minggu hingga beberapa bulan untuk mendapatkan hasil.

        Kami tahu perubahan pada platform boleh menjengkelkan, dan kami cuba memberi penjelasan yang lebih baik untuk perubahan sebegini. Terima kasih atas sokongan berterusan anda.

        Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak diterbitkan.

        Sorotan

        • Airbnb sedang menguji perubahan untuk memudahkan tetamu mengetahui tentang penginapan anda

          • Perubahan ini bertujuan untuk menampilkan maklumat penting dengan lebih menonjol dan membawa konsistensi reka bentuk kepada jenama Airbnb

            • Oleh kerana ini ialah ujian, hanya sesetengah pengguna yang akan melihat penampilan terkini dalam penyenaraian mereka

            Airbnb
            25 Nov 2019
            Adakah ini membantu?