Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan
    Kandungan ini tidak tersedia dalam bahasa pilihan anda, jadi kami telah menyediakannya dalam bahasa terdekat yang tersedia buat masa ini.

    Menggunakan papan pemuka prestasi kami untuk membuat keputusan strategik

    Dengan lebih banyak kawalan terhadap maklumat anda sekilas pandang, lebih mudah untuk anda mencapai matlamat anda.
    Oleh Airbnb pada 12 Apr 2019
    Bacaan 2 minit
    Dikemas kini pada 27 Okt 2020

    Sorotan

    • Hos yang menggunakan alat pengehosan profesional kami boleh melihat papan pemuka prestasi

    • Anda boleh mengakses data tentang penyenaraian anda dan membandingkannya dengan purata pasaran

    • Lihat kadar penghunian anda, kadar purata semalam, dan sebagainya

    Membantu usahawan hospitaliti kami mengembangkan perniagaan mereka sebagai hos merupakan pendorong utama di sebalik setiap pengemaskinian yang kami buat. Sebelumnya, hos tidak dapat memantau prestasi berbilang penyenaraian dengan mudah, yang menyukarkan mereka untuk mengenal pasti faktor yang meningkatkan prestasi dan sebaliknya.

    Papan pemuka prestasi baharu kami memberikan anda akses atas permintaan kepada data prestasi merentasi berbilang penyenaraian, serta purata pasaran. Ini memberikan anda kawalan yang lebih besar terhadap maklumat anda untuk membantu anda membuat keputusan strategik dan mencapai matlamat anda sebagai hos.

    Memantau data penyenaraian bersejarah dan dalam masa nyata

    Dengan papan pemuka prestasi, anda boleh memantau dan membandingkan metrik seperti purata pasaran dan prestasi penyenaraian merentasi berbilang penyenaraian dari masa ke masa. Ini menjadikan strategi yang berjaya lebih mudah dikenal pasti berbanding sebelum ini.

    Beberapa metrik yang anda boleh pantau termasuk:

    • Kadar penghunian: membuat perbandingan merentasi berbilang penyenaraian dan membuat pelarasan untuk meningkatkan tempahan
    • Kadar purata semalam: membandingkan kadar semalam anda dengan purata pasaran untuk menjadikan harga anda lebih kompetitif
    • Keterlihatan: mengenal pasti penyenaraian mana yang paling banyak ditinjau untuk memahami perkara yang dicari oleh tetamu

    Mengambil tindakan

    Papan pemuka prestasi juga akan memaparkan tip peribadi masa nyata terus pada papan pemuka anda apabila tersedia. Ini membantu anda membuat penambahbaikan kepada berbilang penyenaraian dengan hanya beberapa klik berdasarkan data tersebut. Sebagai contoh, anda boleh mencipta tawaran istimewa untuk tarikh yang permintaannya rendah. Hos yang ada akses kepada tawaran ini telah menyaksikan peningkatan tempahan sebanyak 3% semasa fasa ujian.

    Sedia untuk menggunakan papan pemuka prestasi anda?

    Mula gunakan papan pemuka anda sekarang.

    Ingin ketahui lebih lanjut? Ketahui cara memantau prestasi pengehosan anda.

    Harap maklum bahawa anda mesti menggunakan alat pengehosan profesional kami untuk melihat papan pemuka prestasi ini. Dapatkan maklumat lanjut dan daftar untuk alat ini.


    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak diterbitkan.

    Sorotan

    • Hos yang menggunakan alat pengehosan profesional kami boleh melihat papan pemuka prestasi

    • Anda boleh mengakses data tentang penyenaraian anda dan membandingkannya dengan purata pasaran

    • Lihat kadar penghunian anda, kadar purata semalam, dan sebagainya

    Airbnb
    12 Apr 2019
    Adakah ini membantu?