Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Menggunakan jawapan pantas Airbnb untuk menjimatkan masa

    Cipta jawapan pantas untuk segala-galanya daripada arahan wifi hingga cara menggunakan kemudahan popular.
    Oleh Airbnb pada 12 Dis 2018
    Bacaan 6 minit
    Dikemas kini pada 8 Jul 2021

    Sorotan

    • Jawapan pantas membantu anda menjimatkan masa dengan jawapan yang jelas dan terancang untuk soalan-soalan umum tetamu

    • Dengan kod pendek, anda boleh menambah butiran tetamu, tempahan, dan penyenaraian yang diperibadikan dengan mudah kepada jawapan pantas

    • Kami menawarkan enam contoh jawapan pantas kepada soalan lazim

    Jika anda mengalami perasaan déjà vu pada bila-bila masa anda membuka mesej daripada tetamu, ketahuilah yang anda tidak bersendirian. Ada beberapa topik yang akan ditanya oleh hos berulang kali, misalnya pengecualian untuk haiwan peliharaan, kod wifi, pandu arah, tempat makan yang terbaik dan banyak lagi. Sekarang ada ciri templat Airbnb yang boleh membantu: jawapan pantas.

    “Saya suka [jawapan pantas] dan menggunakannya sepanjang masa,” kata Sally, hos dari Snoqualmie, Washington. “Templat menjimatkan saya banyak masa—kerana tidak sampai 10 minit, saya dapat menjawab empat pertanyaan tetamu! [Templat itu juga] membantu saya daripada terlupa maklumat yang kecil tetapi penting, dan memberi saya ruang untuk mengarang balasan yang baik—balasan yang telah disemak dari segi bahasa dan ejaan, jelas dan peka terhadap keperluan tetamu kami.”

    Panduan langkah demi langkah berikut ialah cara menggunakan balasan pantas, bersama-sama arahan mengenai ciri kod pendek kami.

    Cara mencipta jawapan pantas

    Untuk mencipta jawapan pantas:

    1. Pergi ke peti masuk hos anda
    2. Buka menu folder di sebelah kiri
    3. Pilih Jawapan Pantas
    4. Klik atau ketik + Jawapan Baharu
    5. Namakan templat (ini tidak akan ditunjukkan kepada tetamu)
    6. Taip mesej anda dan masukkan kod pendek (lebih lanjut pada kod di bawah) untuk menyesuaikan mesej
    7. Pilih bahasa yang sepadan dengan mesej anda, yang memberi kesan kepada cara kod pendek anda diterjemahkan
    8. Klik atau ketik Simpan

    Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang mengedit, menggunakan, dan menghapuskan jawapan pantas dengan melayari Pusat Bantuan. Ketahui lebih lanjut

    Cara menggunakan kod pendek

    Kod pendek ialah pemegang tempat yang secara dinamik mengisi butiran tetamu, tempahan, dan penyenaraian apabila mesej dihantar kepada tetamu. Berikut ialah 17 contoh kod pendek yang boleh anda gunakan:

    • Nama pertama, nama keluarga, dan nombor telefon tetamu
    • Tarikh dan masa daftar masuk
    • Tarikh dan masa daftar keluar
    • Yuran pembersihan
    • Nama dan kata laluan wifi
    • Kata laluan wifi
    • Kod pengesahan
    • Pandu arah
    • Arahan daftar masuk
    • Peraturan penginapan
    • Manual penginapan
    • Buku panduan
    PERHATIAN: Jika anda belum menambah maklumat yang sepadan kepada penyenaraian anda, kod pendek akan dipaparkan sebagai /tidak tersedia/ dalam mesej.

    6 contoh mesej

    Anda mungkin sudah menggunakan mesej terjadual untuk menghubungi tetamu pada saat-saat penting tempahan, seperti jawapan tempahan atau ucapan terima kasih.

    Jawapan pantas boleh membantu anda mengisi jurang antara mesej terjadual ini, menjimatkan masa anda jika tetamu terlepas kod wifi dalam panduan ketibaan anda atau arahan perkakas dalam manual penginapan anda, atau ada soalan mengenai tempat tempatan yang tiada dalam buku panduananda.

    Untuk membantu anda mencipta jawapan pantas umum, berikut ialah beberapa contoh jawapan kepada soalan lazim.

    1. Cara log masuk ke wifi
    Sesetengah tetamu mungkin terlepas arahan wifi dalam panduan ketibaan anda atau mesej yang dijadualkan yang mereka terima semasa ketibaan. Jika tetamu menghubungi untuk mendapatkan maklumat wifi, bersedia untuk menjawab dengan segera boleh membantu.

      • “Helo [nama pertama tetamu],
        Kami gembira dapat membantu dengan maklumat ini. Rangkaian wifi dipanggil [nama wifi] dan kata laluan ialah [kata laluan wifi]. Sekiranya anda ada sebarang soalan lain, sila kemukakannya kepada kami.
        Salam sejahtera,
        [nama pertama hos utama]

      2. Cara menggunakan peralatan
      Sama ada menghidupkan tab mandi panas atau menggunakan mesin espresso untuk menghasilkan kopi yang sempurna, anda boleh memasukkan arahan perkakas dalam jawapan pantas.

      • “Helo [nama pertama tetamu],
        Terima kasih kerana bertanya. Suis hidup terletak di panel kawalan pada bahagian hadapan tab mandi air panas. Di sana anda akan menemui suis kuasa berwarna hijau, kawalan jet, dan termostat pemanas. Pemanas akan dimatikan apabila air mencapai suhu pada termostat.

        Gambar dengan arahan langkah demi langkah untuk menghidupkan tab mandi panas disertakan dalam [manual penginapan] jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut. Nikmati mandi berendam anda, dan jangan teragak-agak untuk bertanya jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.
        Salam sejahtera,
        [nama pertama hos utama]

      3. Tempat selimut, bantal dan cadar tambahan diletak
      Satu soalan biasa yang anda mungkin terima ialah mengenai ketersediaan atau lokasi cadar tambahan. Menyediakan jawapan awal boleh membantu anda menjawab dengan mudah, terutamanya pada lewat malam.

      • Hai [nama pertama tetamu],
        Anda boleh menemui selimut, bantal, dan cadar tambahan di dalam almari koridor di seberang bilik tidur. Maklumat lanjut mengenai linen, seperti bahan-bahannya, boleh didapati dalam [manual penginapan] kami. Sekiranya anda ada sebarang soalan lain, sila kemukakannya kepada kami.
        Tidur nyenyak!
        Salam sejahtera,
        [nama pertama hos utama]

      4. Tempat untuk menggunakan telefon jangka pendek
      Tetamu, terutamanya mereka yang mengembara dari luar negara, mungkin mahu meminjam telefon jangka pendek dengan kad SIM prabayar. Menyediakan maklumat tersebut dengan mengklik butang akan mengurangkan masa jawapan anda.

      • “Helo [nama pertama tetamu],
        Sila lawati kedai telefon bimbit di /masukkan alamat/ untuk telefon bimbit jangka pendek dengan pilihan kad SIM prabayar. Anda boleh menaiki metro atau bas tempatan, mengikut arahan dalam panduan [berkeliling] kami. Sekiranya anda ada sebarang soalan, sila kemukakannya kepada kami.
        Salam sejahtera,
        [nama pertama hos utama]

      5. Cara mencari makanan lewat malam

        Menjawab soalan tetamu anda mengenai tarikan tempatan boleh mengambil masa yang lama. Balasan yang cepat memudahkan anda menjawab dengan sentuhan peribadi, sambil mengarahkan tetamu ke buku panduan anda untuk lebih banyak pilihan hiburan dan tempat makan tempatan.

        • “Helo [nama pertama tetamu],
          Sila lihat restoran makanan lewat malam kegemaran kami, /nama restoran/, yang terletak di /masukkan alamat/. Sandwic stik mereka hebat, dan mereka juga mempunyai pilihan vegetarian.

          /Nama restoran/ biasanya dibuka dari 12:00 tenghari PT hingga 11:00 malam PT, tetapi sila semak laman web mereka di /laman web/ atau hubungi mereka di /nombor telefon/ untuk mengesahkan waktu perniagaan mereka.

          Anda juga boleh mendapatkan lebih banyak restoran dalam [buku panduan]. Sekiranya anda ada sebarang soalan, sila kemukakannya kepada kami.
          Selamat menjamu selera,
          [nama pertama hos utama]

        6. Harap maaf kerana kami tidak dapat memenuhi kehendak anda
        Walaupun hos cuba untuk memenuhi kehendak semua orang, adakalanya anda tidak mampu, tetapi jawapan masih boleh diucapkan dengan sopan, penuh hormat dan jelas. Berikut beberapa contoh jawapan pantas apabila anda terpaksa menolak permohonan.

        • “Hai [nama tetamu],
          Saya ingin memohon maaf. Demi kesejahteraan anak anda, kami tidak dapat menjadi hos bagi keluarga dengan anak kecil.
          Yang benar,
          [nama pertama hos utama]
        • Hai [nama tetamu],
          Saya ingin memohon maaf. Anjing kami ialah anjing jantan, dan kami tidak mahu timbul sebarang masalah antara anjing kami dan anjing tetamu lain.
          Yang benar,
          [nama pertama hos utama]
        • Hai [nama tetamu],
          Kami memohon maaf kerana terpaksa membatalkan tempahan anda. Kami berharap anda akan berpeluang untuk melawat kami di masa hadapan.”
          Yang benar,
          [nama pertama hos utama]

        Alat yang hebat seperti jawapan pantas boleh membantu anda menjawab dengan cepat dan jelas kepada tetamu, memudahkan anda menyediakan pengalaman tetamu yang sangat baik. Jawapan pantas juga boleh membantu anda menguruskan peti masuk anda dengan lebih cekap, seterusnya menjimatkan masa anda.

          Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

          Sorotan

          • Jawapan pantas membantu anda menjimatkan masa dengan jawapan yang jelas dan terancang untuk soalan-soalan umum tetamu

          • Dengan kod pendek, anda boleh menambah butiran tetamu, tempahan, dan penyenaraian yang diperibadikan dengan mudah kepada jawapan pantas

          • Kami menawarkan enam contoh jawapan pantas kepada soalan lazim

          Airbnb
          12 Dis 2018
          Adakah ini membantu?