Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Cara unik untuk menjadi hos di Airbnb

    Daripada rumah kecil hingga ke rumah pokok, ketahui banyak lagi tentang menjadi hos penginapan unik.
    Oleh Airbnb pada 12 Nov 2020
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 28 Apr 2021

    Sorotan

    • Para tetamu mencari tempat percutian yang unik, lebih-lebih lagi sekarang

    • Hos mengubah kreativiti kepada pendapatan apabila mereka berkongsi ruang dan gaya hidup unik

    • Anda boleh menjadi hos mengikut kemahuan anda dengan menetapkan segala-galanya daripada penentuan harga hingga ke peraturan penginapan

      • Ketahui lebih lanjut di panduan lengkap kami untuk menerokai dunia pengehosan

      Tahukah anda bahawa anda boleh menjadi hos yurt di Airbnb? Atau rumah pokok, rumah terapung, atau kubah geodesik? Ribuan orang sudah menjadi hos penginapan unik—termasuk kentang gergasi dan kincir angin yang diubahsuaidi Airbnb.

      Penginapan unik ini lebih daripada sekadar tempat tidur. Tempat penginapan sering menjadi tujuan perjalanan, dan para tetamu sedang mencari.

      Penginapan unik kami yang paling popular termasuk rumah pokok, rumah kecil, khemah, karavan/RV statik dan penginapan ladang. Bilangan tetamu yang telah mencari penginapan unik di Airbnb di seluruh dunia meningkat lebih daripada dua kali ganda antara 10 bulan pertama tahun 2020 dan tempoh yang sama pada tahun 2018.

      Anda boleh menjadi hos penginapan unik

      Rumah anda mungkin kecil atau rumah pokok anda tinggi, tetapi yang anda perlukan hanyalah ruang dan wawasan. Ramai hos berkata sebaik sahaja peluang muncul, proses untuk bermula menjadi mudah.

      Malah, bilangan orang yang menjadi hos penginapan unik di Airbnb telah meningkat secara dramatik dalam dekad terakhir apabila orang di seluruh dunia mendapati bahawa khemah, perkhemahan dan gua mereka ada tempat di Airbnb. Pada tahun 2019 sahaja, penyenaraian unik berkembang lebih daripada 40%.

      Superhost Darrel dari Atlanta menggunakan bakatnya dalam reka bentuk untuk mengubah pondok alat menjadi rumah ladang kecil. “Saya sendiri yang membuat semua kerja: reka bentuk, tekstur, warna,” katanya. “Semuanya telah difikirkan dengan teliti. Saya sentiasa cuba mencari sesuatu yang saya minat, dan inilah dia."

      Avner dan Maskit, Superhost dari Willow, New York, membayangkan membina rumah pokok untuk anak-anak mereka bermain di tepi kolam. Tetapi ia berkembang cepat menjadi lebih daripada idea asal mereka. Semasa mereka terus bekerja keras membina ruang ini, mereka melihat peluang untuk berkongsi projek minat mereka di Airbnb.

      "Menjadi hos di Airbnb membolehkan kami membinanya," kata Avner. “Kami masih terpesona setiap kali kami menginap di sana.”

      Kongsi perkara yang anda suka

      Menjadi hos penginapan unik bukan sekadar menyambut tetamu. Bukan sahaja anda berkongsi ruang fizikal, tetapi perspektif anda sendiri mengenai landskap atau gaya hidup—tidak kira hidup secara minima, atau di puncak pokok, atau bersama kambing.

      Michael, Superhost dari Marfa, Texas, berkata lokasi ladangnya yang terpencil membolehkan tetamu mengalami "perasaan mesra dan budaya purba." Kebanyakan orang datang ke rumahnya yang berdinding kaca dan berkuasa suria untuk mendaki di Taman Negara Big Bend, tetapi memutuskan untuk menginap di ladang.

      “Itu membuat saya faham bahawa mereka dapat merasakannya: pengalaman tempat terpencil, berhubung semula dengan tanah, dan cara hidup yang mudah,” kata Michael. “Itulah salah satu perkara yang bermanfaat tentang menjadi hos... apabila orang mula memahami apa yang ingin disampaikan,”

      Hubungan itu memberi inspirasi kepada Rebecca, Superhost dari Nashville apabila dia berkongsi rumah kecil—dan kebun miliknya—bersama tetamu. “Gembira rasanya menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar,” katanya. “Kami melihat diri kami bukan sahaja sebagai hos tetapi juga sebagai penyokong rumah kecil.”

      Tukar idea kepada pendapatan

      Sama ada anda sudah mempunyai ruang yang unik atau hanya idea yang perlu dibina atau dicipta semula, pelaburan awal yang kecil boleh membuka jalan kepada fleksibiliti kewangan untuk meningkatkan gaya hidup anda dan mengejar minat anda.

      “Menjadi hos di Airbnb telah memberi saya kebebasan dan peluang untuk berada bersama anak perempuan saya yang masih kecil," kata Genevieve, Superhost rumah kecil dari Portland, Oregon. “Ia juga telah memberi saya fleksibiliti untuk mengusahakan projek yang lebih kreatif.”

      Selain daripada membiayai perbelanjaan dan cukai, Porter, Superhost dari Saugerties, New York, berkata melabur semula dalam empat kontena kapal yang beliau gunakan semula untuk tujuan baharu di Catskills Mountains "begitu menyeronokkan". “Kami membina kabin baharu, jalan baharu, sauna, denai kembara, dan tempat bermain ladam kuda,” katanya.

      Anda bebas menentukan cara menjadi hos

      Dengan menjadi hos penginapan unik di Airbnb, anda boleh memanfaatkan sebuah komuniti tetamu global sambil mengawal segala-galanya daripada penentuan harga dan ketersediaan hingga ke peraturan penginapan dan interaksi tetamu. Malah, anda boleh mencipta dan menyiarkan penyenaraian secara percuma.

      Superhost Katie dari Bend, Oregon, berkata bahawa menjadi hos di rumah kecilnya memberi fleksibiliti dan tujuan, dua perkara yang dia hargai sebagai suri rumah: “Manfaat terbesar menjadi hos di Airbnb [ialah] fleksibiliti untuk saya melakukan pembersihan pantas semasa anak saya tidur siang, dan mempunyai hala tuju yang lebih bermakna dalam hidup saya.”

      Sorotan

      • Para tetamu mencari tempat percutian yang unik, lebih-lebih lagi sekarang

      • Hos mengubah kreativiti kepada pendapatan apabila mereka berkongsi ruang dan gaya hidup unik

      • Anda boleh menjadi hos mengikut kemahuan anda dengan menetapkan segala-galanya daripada penentuan harga hingga ke peraturan penginapan

        • Ketahui lebih lanjut di panduan lengkap kami untuk menerokai dunia pengehosan

        Airbnb
        12 Nov 2020
        Adakah ini membantu?