Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Memahami Tempahan Segera

    Tempahan Segera boleh melancarkan proses tempahan dan membantu penyenaraian anda menonjol.
    Oleh Airbnb pada 14 Dis 2020
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 14 Mei 2021

    Sorotan

    • Pastikan kalendar anda terkini apabila menggunakan Tempahan Segera

    • Pilih kriteria Tempahan Segera anda—cth. hanya tetamu yang mendapat ulasan positif

    • HidupkanTempahan Segera

    • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk menyediakan penyenaraian yang berjaya

    Perkara asas bagi Tempahan Segera

    Tempahan Segera ialah alat canggih yang membolehkan tetamu menempah penginapan anda dengan serta-merta untuk tarikh yang tersedia—jadi anda tidak perlu menyemak dan menerima setiap permohonan tempahan satu demi satu. Banyak hos melaporkan bahawa mereka menjana lebih banyak pendapatan melalui proses tempahan yang lebih mudah untuk tetamu dan mereka sangat menyukainya. Tetamu sering mencari penyenaraian yang ada Tempahan Segera.

    Memastikan kalendar anda terkini adalah kunci untuk menggunakan Tempahan Segera dengan berkesan. Jika anda tidak dapat melakukannya, anda mungkin dikejutkan dengan tempahan yang tidak dijangka atau terpaksa membatalkan tempahan disebabkan oleh ralat jadual, yang boleh menyebabkan yuran pembatalan dikenakan. Untuk memastikan kalendar Airbnb anda sentiasa terkini, anda disarankan untuk menyegerakkannya dengan kalendar yang anda selalu gunakan (iCal, Google, dll.).

    Alat untuk memastikan fikiran yang lebih tenang

    Sesetengah hos pada mulanya mungkin teragak-agak untuk menggunakan Tempahan Segera kerana mereka bimbang mereka tidak akan dapat banyak maklumat tentang bakal tetamu sebelum mereka menempah. Sebelum tetamu boleh menggunakan Tempahan Segera, mereka mesti memenuhi semua syarat tetamu anda dan bersetuju dengan peraturan penginapan anda. Anda boleh menetapkan syarat anda untuk menawarkan Tempahan Segera hanya kepada tetamu yang telah menerima ulasan positif daripada hos-hos lain, tetamu yang mempunyai ID keluaran kerajaan, dan sebagainya.

    Anda juga boleh mencipta ucapan aluan tersuai dan memasukkan soalan penting yang akan diterima oleh tetamu Tempahan Segera semasa proses tempahan mereka:

    • Siapa lagi yang akan menginap dengan anda?
    • Apakah tujuan perjalanan ini?
    • Adakah ada sebarang butiran lain yang ingin anda kongsikan mengenai perjalanan anda?

    Bagi Kristine, hos dari San Francisco, penarafan tetamu yang positif adalah faktor penting. “Setelah saya sedar bahawa ciri tetamu yang saya inginkan boleh dikendalikan secara automatik oleh Airbnb,” katanya, “menggunakan Tempahan Segera sebenarnya lebih wajar untuk mendapatkan lebih banyak tinjauan dan tempahan, sambil mengekalkan kualiti tetamu yang sama yang saya suka dengan menyemak sendiri permohonan.”

    Sebab anda mungkin masih mendapat permohonan tempahan

    Walaupun Tempahan Segera dihidupkan, ada kes yang anda mungkin menerima permohonan tempahan daripada tetamu. Ini boleh berlaku jika anda belum mengemas kini kalendar anda untuk beberapa lama, atau jika anda terpaksa membatalkan tempahan baru-baru ini. Tetamu yang tidak menepati kriteria anda untuk membuat tempahan segera juga boleh menghantar permohonan tempahan. Untuk sebarang permohonan yang sampai kepada anda, anda perlu menjawab dengan menerima atau menolak tempahan, atau menghantar mesej kepada bakal tetamu anda dalam tempoh 24 jam.

    Sebab sesetengah hos tidak menggunakan Tempahan Segera

    Walaupun Tempahan Segera menawarkan banyak manfaat, sesetengah hos mendapati permohonan tempahan lebih sesuai untuk mereka:

    • Mereka hanya menawarkan penginapan yang lebih panjang. Annie, hos di Sonoma, California, menggunakan permohonan tempahan kerana beliau hanya menawarkan penginapan selama sekurang-kurangnya 30 hari untuk mematuhi peraturan pengehosan di kawasannya. “Saya ingin menggunakan Tempahan Segera, tetapi ada banyak lagi hal logistik yang perlu diketahui apabila anda menerima tetamu selama itu,” katanya. “Ini tak ubah seperti mempunyai penyewa.”
    • Mereka mengenakan syarat peribadi yang unik. Nichola, hos di Guelph, Kanada, amat sensitif kepada persekitaran dan ini menyebabkan beliau perlu memastikan ruangnya tiada wangian, jadi dia menggunakan permohonan tempahan untuk memastikan tetamu sanggup bersetuju dengan peraturan penginapannya yang sangat spesifik. “Saya mendapat migrain daripada produk yang ada wangian. Oleh itu, saya perlu memastikan tetamu saya adalah orang yang faham tentang alahan wangian,” katanya.
    • Ruang mereka mempunyai ciri-ciri atau cabaran tertentu. Antara contohnya ialah mungkin bilik persendirian di kediaman yang ada haiwan peliharaan atau kanak-kanak, atau ruang yang terlalu kedesaan yang mungkin mencabar bagi tetamu tertentu. Permohonan tempahan boleh menjadi pilihan yang baik untuk memastikan tetamu tahu tentang semua aspek unik kediaman anda sebelum mereka tiba.

    Kebolehpercayaan ialah kunci untuk menggunakan Tempahan Segera

    Apapun keputusan yang anda buat, perlu diingat bahawa Airbnb mempunyai polisi yang ketat tentang pembatalan tempahan oleh hos kerana kebolehpercayaan merupakan salah satu faktor kritikal untuk menjadi hos yang hebat. Sehubungan itu, jika anda membenarkan tetamu membuat tempahan segera dan rasa tidak selesa dengan sesuatu tempahan selepas tempahan dibuat (contohnya, kerana bakal tetamu anda bertanya sama ada mereka boleh melanggar peraturan penginapan anda), anda boleh membatalkan tempahan tanpa penalti menggunakan alat pembatalan online sehingga tiga kali bagi setiap tahun kalendar.

    Perlu diingat bahawa anda tidak boleh membatalkan tempahan atas sebarang sebab yang melanggar polisi tanpa diskriminasi Airbnb. Dan jika anda membatalkan tempahan, ini memberi isyarat bahawa Tempahan Segera mungkin tidak sesuai untuk anda buat masa ini, jadi Airbnb mungkin menghantar permohonan tempahan untuk beberapa tempahan anda yang seterusnya.
    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Pastikan kalendar anda terkini apabila menggunakan Tempahan Segera

    • Pilih kriteria Tempahan Segera anda—cth. hanya tetamu yang mendapat ulasan positif

    • HidupkanTempahan Segera

    • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk menyediakan penyenaraian yang berjaya
    Airbnb
    14 Dis 2020
    Adakah ini membantu?