Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Memahami tetapan kalendar dan tempahan

    Tetapkan ketersediaan anda dan dapatkan tempahan yang anda mahukan.
    Oleh Airbnb pada 1 Dis 2020
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 9 Jun 2021

    Sorotan

    • Pastikan penyenaraian anda terkini untuk mendapatkan tempahan yang anda mahukan, apabila anda mahukan

    • Segerakkan kalendar anda untuk membantu mengelakkan pembatalan dan penalti

    • Kemas kini tetapan kalender anda
    • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk menyediakan penyenaraian yang berjaya

    Dengan mengemas kini kalendar anda, tetamu dapat menempah ruang anda hanya pada malam-malam ia benar-benar tersedia—dan apabila anda (atau seseorang yang anda tugaskan untuk membantu) tersedia untuk menjadi hos.

    Jika anda berdisiplin tentang menguruskan kalendar anda dan pantas menjawab permohonan tetamu, penyenaraian anda lebih cenderung muncul lebih tinggi dalam hasil carian, profil anda akan menunjukkan kadar jawapan yang lebih pantas, dan anda akan lebih berpeluang untuk mendapat lebih banyak tempahan.

    Menetapkan ketersediaan anda

    Pertimbangkan untuk menguruskan kalendar anda supaya tarikh yang anda ingin hoskan kelihatan “tersedia” kepada tetamu manakala tarikh anda tidak tersedia atau belum pasti dapat disekat.

    Memastikan kalendar anda terkini dan mempamerkan ketersediaan anda adalah penting untuk memastikan tempahan pertama anda sebagai hos. Semakin banyak tarikh yang anda sediakan, semakin banyak pilihan untuk tetamu. Selain itu, kalendar terkini boleh membantu anda mengelakkan pembatalan terhadap tetamu, yang boleh menyebabkan penalti.

    Berikut adalah beberapa tetapan yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan tempahan yang anda mahu:

    • Notis awal: Anda boleh memilih jumlah notis yang anda perlu sediakan untuk tetamu—contohnya, mengelakkan tempahan hari yang sama atau hari berikutnya.
    • Masa persiapan: Tetapan ini menyekat secara automatik malam sebelum dan selepas tempahan yang telah disahkan. Sesetengah hos mendapati tetapan ini berguna kerana ia memberikan mereka masa tambahan untuk mengikuti proses pembersihan 5 langkah yang dipertingkatkan dan menyediakan ruang mereka untuk tetamu seterusnya.
    • Tetingkap tempahan: Anda boleh mengawal seawal mana anda mahu menerima tempahan dengan tetingkap tempahan bergerak, yang membolehkan anda menyekat tarikh 3, 6, 9 atau 12 bulan dari hari ini. Apabila setiap hari berlalu, tarikh baharu pada masa hadapan dibuka untuk tempahan—jadi pastikan anda memberi perhatian teliti kepada kalendar anda.
    • Tempoh perjalanan: Anda boleh menetapkan tempoh penginapan minimum dan maksimum untuk tetamu anda dan mencipta peraturan tersuai untuk hari atau musim tertentu. Contohnya, sesetengah hos mengenakan syarat tempoh penginapan sekurang-kurangnya dua malam, manakala yang lain mengenakan syarat tempoh penginapan seminggu atau lebih semasa musim ramai pengunjung di kawasan mereka.
    • Masa daftar masuk/daftar keluar: Anda boleh menyatakan masa untuk daftar masuk dan daftar keluar. Jika anda mahu, anda juga boleh nyatakan mana-mana hari dalam seminggu yang anda tidak mahu ada daftar masuk langsung.

    Ketahui cara mengedit pilihan tempahan anda

    Tetapan kalendar

    Tetapan kalendar kami membantu anda mendapat lebih kawalan ke atas bila tetamu boleh menempah dan kadar semalam yang mereka akan bayar. Dalam tetapan anda, anda boleh:

    Tetapkan harga tersuai

    Kalendar anda termasuk alat untuk menetapkan harga tersuai pada tarikh tertentu—contohnya, anda boleh menetapkan kadar istimewa musim cuti, hujung minggu atau acara khas untuk membantu anda melaraskan dengan tempoh permintaan yang tinggi.

    Ketahui cara menetapkan harga tersuai atau hujung minggu

    Sekat tarikh secara manual

    Kalendar anda akan menunjukkan ketersediaan berdasarkan pilihan tempahan yang anda tetapkan. Tetapi anda juga boleh menyekat tarikh secara manual semasa anda tidak sedia untuk menjadi hos, atau apabila anda perlu menggunakan ruang anda untuk kegunaan peribadi.

    Ketahui cara menyekat atau menjadikan tarikh tersedia pada kalendar anda

    Segerakkan kalendar anda

    Anda boleh menyegerakkan kalendar anda dengan kalendar dalam talian lain untuk memastikan anda sentiasa peka tentang tempahan akan datang. Ciri ini juga akan menyekat tarikh pada kalendar Airbnb anda secara automatik apabila ia disekat pada kalendar anda yang disegerakkan.

    Pelajari cara menyegerakkan kalendar anda

    Cara tetamu boleh menempah

    Anda juga boleh memilih cara tetamu menempah ruang anda: sama ada dengan menggunakan Tempahan Segera atau dengan membuat permohonan tempahan secara manual.

    Tempahan Segera
    Tempahan Segera membolehkan orang yang memenuhi semuasyarat tetamu anda dan bersetuju dengan peraturan penginapan anda, untuk menempah penginapan anda serta-merta pada sebarang tarikh yang tersedia. Memastikan kalendar anda terkini adalah kunci untuk menggunakan Tempahan Segera dengan berkesan.

    Jika tidak, anda mungkin dikejutkan dengan tempahan yang tidak dijangka atau terpaksa membatalkan tempahan disebabkan oleh ralat jadual yang boleh menyebabkan penalti. Hos yang menggunakan Tempahan Segera memudahkan tetamu menempah, dan ramai yang menyaksikan peningkatan dalam tempahan.*

    Permohonan tempahan manual
    Mewajibkan tetamu menghantar permohonan tempahan boleh menjadi pilihan yang baik jika ketersediaan anda kerap berubah dan anda tidak yakin bahawa anda boleh memastikan kalendar anda terkini.

    Anda juga mungkin lebih suka permohonan tempahan manual jika ruang anda mempunyai ciri-ciri unik, seperti keadaan penginapan yang sangat ringkas, atau jika anda menjadi hos untuk 28 malam atau lebih dan ingin membincangkan butiran dengan tetamu sebelum mereka menempah.

    Dengan lebih banyak maklumat mengenai tetapan kalendar dan tempahan anda, anda akan lebih memahami bagaimana dan bila tetamu boleh menempah ruang anda.

    *Menurut data dalaman Airbnb yang dikumpulkan antara Oktober 2018 dan Mac 2020.


    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Pastikan penyenaraian anda terkini untuk mendapatkan tempahan yang anda mahukan, apabila anda mahukan

    • Segerakkan kalendar anda untuk membantu mengelakkan pembatalan dan penalti

    • Kemas kini tetapan kalender anda
    • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk menyediakan penyenaraian yang berjaya
    Airbnb
    1 Dis 2020
    Adakah ini membantu?