Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Dua orang Superhost mengecapi kejayaan dengan berkongsi Airstream mereka

    Superhost di Colorado dan British Columbia menggabungkan idea besar ke dalam ruang yang kecil.
    Oleh Airbnb pada 25 Feb 2021
    Bacaan 4 minit
    Dikemas kini pada 28 Apr 2021

    Sorotan

    • Dua wanita, di dua negara, menjadi hos treler vintaj untuk menyokong keluarga mereka yang semakin berkembang

    • Kecintaan bersama terhadap ruang unik menyebabkan mereka mula menjadi hos menggunakan treler mereka

    • Treler mereka mencerminkan personaliti yang berbeza, tetapi kejayaan yang serupa dengan menjadi hos di Airbnb

    Selama bertahun-tahun, Hos di Airbnb di seluruh dunia telah menemui cara kreatif untuk berkongsi camper dan RV mereka dengan tetamu sambil menikmati pelbagai faedah yang boleh jadi realiti dengan menjadi hos.

    Memperkenalkan Katie dan Zoë. Kedua-dua Superhost ini tinggal di negara yang berbeza, tidak pernah bertemu, dan treler mereka sangat berbeza. Walaupun demikian, perjalanan mereka sebagai hos seakan-akan sama.

    Kedua-duanya ibu muda yang tinggal di dalam Airstream vintaj setinggi 32 kaki sebelum berpindah ke rumah yang lebih besar apabila keluarga mereka menjadi semakin besar. Dan kedua-duanya bertukar menjadi hos untuk memberikan treler mereka—dan kerjaya mereka—hala tuju baharu.

    Memperkenalkan Katie

    Jika difikirkan, memiliki Airstream terasa seperti takdir kepada Superhost Katie dan suaminya Ryan.

    Dua tahun selepas mengembara di seluruh dunia bersama-sama, Katie, seorang pelaut profesional, dan Ryan, ahli terapi alam semulajadi yang menggunakan alam semula jadi sebagai alat kesihatan mental, membeli Airstream 1987 yang mereka namakan Alice sempena pemiliknya sebelum ini. Mereka memandu merentasi Amerika Syarikat dan mendapat anak pertama mereka ketika masih tinggal di dalam treler, kemudian membeli kabin di atas sebuah hartanah seluas 35 ekar 7,500 kaki di atas paras laut berhampiran Durango, Colorado.

    Katie telah berjaya menjadi hos di Airbnb sebelum beliau bertemu Ryan. Menjadi hos treler dirasakan seperti langkah seterusnya yang sesuai. Beliau boleh bekerja dari rumah dan berkongsi lanskap mereka yang pelbagai sementara Ryan bekerja dari tipi tidak jauh dari situ—gaya hidup impian mereka, dijadikan realiti dengan menjadi hos.

    Memperkenalkan Zoë

    Sementara itu, pereka fesyen dan Superhost Zoë sedang mencari rumah yang mampu dibeli sambil memulakan perniagaan sendiri menjual produk mapan. Peminat reka bentuk minimalis ini teruja apabila menemui Airstream 1985 untuk dijual di Pulau Salt Spring, tempat beliau tinggal di British Columbia.

    Zoë dan dua orang anaknya bahagia tinggal di dalam treler ini selama lebih dua tahun sebelum berpindah masuk ke rumah bersama Dan, yang merupakan pasangannya sekarang dan seorang tukang kayu yang mempunyai tiga anak. Tidak mahu melepaskan Airstream beliau, mereka mengubahsuai dan menyenaraikannya di Airbnb, tempat beberapa orang rakannya menjadi hos.

    Sama seperti Katie, Zoë telah berfikir dengan teliti tentang faedah menjadi hos. Beliau akan dapat mempertahankan trelernya, memanfaatkan kemahiran reka bentuknya untuk menyediakan percutian yang menenangkan, dan bekerja dari rumah sambil membesarkan lima orang anak, semuanya sambil berkongsi lanskap Pasifik Barat Lautnya yang indah.

    Daripada menjalani kehidupan di tempat yang kecil kepada hos sepenuh masa

    Zoë dan Dan mengambil masa setahun untuk mengubahsuai treler, yang mereka namakan August sempena "bulan yang paling ramai orang ingin melawat pulau ini." Mereka menggabungkan dapur bersaiz penuh dan sofa, membina rumah mandi ala spa di sebelah, dan mendirikan pagar untuk privasi.

    Bagi Katie dan Ryan di Colorado, prosesnya cepat. Mereka meletak kereta Airstream Alice 200 kaki dari kabin mereka, membina pagar privasi dan dek kecil, dan mendirikan lubang api yang menghadap pokok Juniper dan Pinyon hingga puncak gunung yang dipenuhi salji di kejauhan.

    Setelah treler mereka siap, kedua-dua ibu muda ini dihujani dengan permohonan tempahan—kebanyakannya daripada pasangan yang mencari percutian romantik dan percutian alam semulajadi.

    Di treler Katie di Colorado, tetamu boleh melihat elk, rubah, beruang hitam, dan singa gunung berkeliaran dalam semak samun. Mereka boleh menghirup bir bermusim daripada kilang bir tempatan di bawah bendera doa, hiasan dreamcatcher, dan bintang yang bertebaran di atas katil raja.

    "Tempat ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu kembali ke alam semula jadi," kata Katie, yang menyebut tentang pemandangan gunung-ganang di dalam tajuk penyenaraian beliau. “Kami menyenaraikannya di Airbnb, dan tiba-tiba, ia menjadi sangat popular."

    “Tempat ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu kembali ke alam semula jadi."
    Katie, Airbnb Superhost,
    Durango, Colorado

    Di Pulau Salt Spring, tetamu Zoë tertarik kepada pokok Arbutus yang berbonggol-bonggol, hiasan dalaman yang kemas, dan sentuhan peribadi seperti stoking yang selesa dalam laci tepi katil. Mereka boleh menghabiskan waktu pagi dengan bersantai sambil menghirup kopi tempatan, berjalan kaki di laluan pantai yang indah, dan melihat kelibat kijang yang menyusup senyap di celah kabus.

    “Apabila mereka menginap di sini, orang mula sedar bahawa cara pemikiran mereka mula berubah, jika ruang mereka tenang dan bersih seperti ini," kata Zoë, yang menonjolkan "gaya minimalis/boho" dalam keterangan penyenaraiannya. “Bagi saya ini hadiah yang indah untuk diberikan."

    Mencari fleksibiliti—dan tujuan

    Katie menerima tetamu pada musim yang lebih panas iaitu bulan Mei hingga Oktober, dan katanya beliau mendapat kira-kira $18,000 sepanjang enam bulan tersebut—pendapatan bagi Katie, yang kini mempunyai bayi kembar dan anak kecil, memang sangat membantu.

    Pulau Salt Spring, yang boleh diakses melalui feri, kadang kala basah dan suram pada musim sejuk. Walaupun demikian, Zoë berkata treler beliau ditempah sepanjang tahun, memberikannya lebih kurang $20,000 setahun. “Berkongsi dengan tetamu merupakan manfaat pengehosan yang paling menakjubkan," kata Zoë. "Orang ramai datang untuk menghayati ruang ini—kehidupan mapan, menginap di ruang kecil dan gaya hidup yang ringkas."

    "Berkongsi dengan tetamu kini merupakan manfaat pengehosan yang paling menakjubkan. Orang datang untuk menghayati kehidupan mapan, kehidupan sederhana dan gaya hidup yang ringkas."
    Zoë, Airbnb Superhost,
    Pulau Salt Spring, British Columbia

    Lagi pun beliau boleh menjadi hos dengan caranya sendiri—dari jauh, membantu serba sedikit seperti menyediakan kayu api tanpa mengganggu tetamunya. “Sentiasa ada hubungan, walaupun tanpa bertemu lama," katanya.

    Begitu juga dengan Katie, treler bukan hanya sekadar sumber pendapatan. Dengan mempertahankannya, beliau boleh membawa keluarganya mengembara sambil menjadi hos menggunakan kabin mereka. Malah mereka juga sedang membina yurt agar boleh menjadi hos satu lagi penginapan unik.

    "Keutamaan kami ialah memberi peluang kepada orang lain untuk menikmati keindahan wilayah tempat kami tinggal," kata Katie. “Menjadi hos kepada tetamu yang datang, dan kemudian mereka dapat—dan itulah yang mereka perlukan, dan mereka rasa bertenaga semula—saya rasa puas hati."

    Berminat menjadi hos camper atau RV anda sendiri?

    Sorotan

    • Dua wanita, di dua negara, menjadi hos treler vintaj untuk menyokong keluarga mereka yang semakin berkembang

    • Kecintaan bersama terhadap ruang unik menyebabkan mereka mula menjadi hos menggunakan treler mereka

    • Treler mereka mencerminkan personaliti yang berbeza, tetapi kejayaan yang serupa dengan menjadi hos di Airbnb

    Airbnb
    25 Feb 2021
    Adakah ini membantu?