Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Tip daripada hos Airbnb Plus: Cara menonjolkan personaliti

    Serlahkan karisma anda dengan tip reka bentuk terbaik daripada hos Airbnb Plus.
    Oleh Airbnb pada 21 Apr 2021
    Bacaan 2 minit
    Dikemas kini pada 21 Apr 2021

    Sorotan

    • Tambah sentuhan peribadi yang mudah untuk menyerlahkan penginapan anda dan menonjolkan personaliti anda

    • Tonjolkan keunikan dengan mempamerkan minat anda

    • Pastikan ia menyenangkan untuk suasana yang mesra

    • Ceriakan tetamu dengan unsur kejutan

    • Tambah perincian selesa untuk menjadikan ruang anda berasa seperti di rumah

    Tonjolkan ruang anda dengan menambah unsur yang mewakili minat anda. Apabila anda menampilkan keperibadian anda pada ruang anda, tetamu anda akan dapat mengenali hos mereka dengan lebih dekat dan mendapat pengalaman yang lebih tulen.

    Tampilkan minat anda

    Sentuhan ringkas boleh menjadikan ruang anda lebih peribadi, terutamanya apabila perincian tersebut mencerminkan perkara yang paling dekat di hati anda. Item yang menggambarkan hobi atau minat memberikan tetamu gambaran tentang diri anda dan apa yang anda suka. Sebagai contoh, kamera lama mencadangkan kreativiti dan minat terhadap fotografi.

    Gary dan Jill ialah hos Airbnb Plus di Los Angeles yang telah mencipta ruang yang meriah dan eklektik, sama seperti minat mereka. Contohnya, mereka mempunyai dinding galeri dengan gaya lukisan yang berbeza-beza serta kerusi-kerusi yang tidak sepadan dan memberitahu tetamu bahawa mereka tidak gemarkan kesamaan dan corak yang membosankan.

    Tonjolkan kawasan setempat

    Objek dan bahan yang mencerminkan budaya dan sejarah tempatan juga boleh memberikan unsur suasana tempat yang memuaskan—dan ia khususnya menarik untuk tetamu yang datang dari jauh. Selain itu, penataan hiasan unik di ruang anda untuk mencerminkan minat anda—yang mungkin termasuk koleksi rempah ratus, alat berkebun, bakul rajut, kekuda lukisan, atau objek yang berkaitan dengan kopi, teh, dan wain akan memberikan pengenalan menarik kepada anda dan ruang anda.

    Berani menjadi lain daripada yang lain

    Jangan takut untuk membuat pilihan luar biasa yang menyerlahkan personaliti anda di ruang anda. Sedikit keunikan boleh memberi penampilan yang menarik. Aksen dan butiran menarik boleh menambah semangat dan menjadikan ruang anda berasa lebih dinamik. Paparkan barangan yang menyeronokkan untuk menunjukkan hobi anda atau membangkitkan suasana ceria yang akan menggembirakan tetamu, seperti pemain rekod, perkakas seni atau permainan papan.

    “Ruang dalaman dihiasi dengan baik dengan seni dan perabot yang menarik, manakala koleksi buku yang hebat dan eklektik menjadi bonus kejutan,” kata Kathy, tetamu yang menginap dengan Gary dan Jill. “Sehinggakan saya berhenti membaca buku saya sendiri kerana saya begitu tertarik dengan koleksi hebat mereka! ”

    Mempersiapkan ruang anda untuk Airbnb merupakan peluang reka bentuk yang unik untuk berkongsi siapa anda sebagai hos dan bagaimana anda menikmati dunia. Dengan menambah sentuhan peribadi di seluruh ruang, anda boleh mencipta pertalian dengan tetamu anda dalam cara yang menyeronokkan dan berkesan.

    Sorotan

    • Tambah sentuhan peribadi yang mudah untuk menyerlahkan penginapan anda dan menonjolkan personaliti anda

    • Tonjolkan keunikan dengan mempamerkan minat anda

    • Pastikan ia menyenangkan untuk suasana yang mesra

    • Ceriakan tetamu dengan unsur kejutan

    • Tambah perincian selesa untuk menjadikan ruang anda berasa seperti di rumah

    Airbnb
    21 Apr 2021
    Adakah ini membantu?