Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Pengurus penginapan ini meningkatkan tempahan dengan alat Airbnb

    Ketahui cara wanita Colorado yang menguruskan lebih daripada 120 penyenaraian melakukannya.
    Oleh Airbnb pada 6 Nov 2019
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 27 Okt 2020

    Sorotan

    • Sejak pengurus penginapan ini mula menggunakan Airbnb, tempahan telah dengan stabil untuk lebih 120 penyenaraiannya

    • Alat penentuan harga Airbnb memudahkan anda menyesuaikan kadar untuk penginapan yang berprestasi rendah

    • Dia mengkreditkan peningkatan kadar penghunian sekitar 30% syarikatnya kepada alat penentuan harga ini

    Bagi Candace, tugas menguruskan lebih daripada 120 penginapan sewaan untuk pemilik rumah persendirian di bandar resort ski yang sibuk Breckenridge, Colorado, merupakan kerja yang tidak pernah berakhir. Sebagai pengarah jualan di VisitBreck, sebuah syarikat pengurusan penginapan, Candace perlu mengenali pemilik dan keperluan mereka. Beliau mesti ingat setiap penginapan, yang terdiri daripada rumah bandar tepi lereng hingga rumah agam gunung sembilan bilik tidur, dan mempunyai pengetahuan intim mengenai kemudahan dan keperluan penyelenggaraan mereka. Dan dia perlu menjejaki ketersediaan, sambil sentiasa melaraskan harga untuk setiap penginapan untuk memaksimumkan penghunian.

    “Ramai pemilik kami menyewakan penginapan mereka untuk memiliki kediaman kedua yang indah yang mereka boleh nikmati bersama keluarga mereka,” kata Candace, yang tiba di bekas bandar Kerubut Emas ini selepas kolej untuk bermain papan salji dan kemudian terus tinggal di sini. “Tetapi bagi kebanyakan mereka, penting bahawa ada seseorang di sini yang menjaga rumah mereka apabila mereka tidak berada di sini. ” Dan dalam persekitaran cuaca sejuk, mengetahui bila paip mungkin meletup, sebagai contoh, adalah "perkara yang besar,” katanya.

    Platform Airbnb menggabungkan jangkauan dengan kesederhanaan

    Untuk membantu menjejaki jadual pergi pemilik rumahnya dan mencari mereka aliran tetamu yang stabil, Candace beralih ke Airbnb kira-kira lima tahun lalu. Pada masa itu, VisitBreck berusaha untuk memperluas jangkauannya dan meningkatkan usaha pemasarannya. “Kami memilih Airbnb kerana perkembangan baik mereka,” katanya. “Kami rasa ia merupakan platform yang hebat untuk penginapan kami. ”

    Pertaruhan itu membawah hasil. Sejak dia mula menggunakan Airbnb, tempahan telah meningkat dengan stabil. Beliau menganggap bukan sahaja jangkauan Airbnb, tetapi banyak alat pengurusannya, yang juga telah mempermudahkan kerja logistik yang ada dalam pekerjaannya. Sebagai contoh, apabila dia log masuk ke papan pemuka platform beliau, beliau boleh mengklik kalendar berbilang penyenaraian yang membolehkan beliau melihat lebih daripada 120 penginapannya sekaligus. “Ia adalah tambahan yang baik kepada kit alat,” katanya.

    Alat penetapan harga membantu pengurus penginapan meningkatkan penghunian

    Kalendar ini membantu apabila dia cuba menyediakan pelbagai kadar sewaan merentasi begitu banyak penginapan dan musim yang berbeza, masing-masing dengan jenis pelawat tersendiri (pemain ski musim sejuk, pencinta musim luruh, pendaki musim panas). “Jika saya mempunyai penginapan yang kadar penghuniannya rendah, saya boleh pergi ke kalendar dan memilih mana-mana penginapan dan menambah kadar sewaan promosi,” katanya.

    Platform Airbnb juga menawarkan tip harga automatik bagi penginapan tertentu untuk membantu meningkatkan penghunian. “Saya sering mencuba-cuba dengan tip harga,” katanya. “Saya telah mencubanya untuk tempoh luar musim seperti September, dan Oktober, dan awal November, apabila kami tiada ramai tetamu. Saya mungkin telah mendapat 10 tempahan tambahan di satu penginapan hanya dengan mengikuti tip tersebut.”

    Apa yang banyak membantu, katanya, ialah “set peraturan” tetapan harga Airbnb yang membolehkan beliau menaikkan dan menurunkan kadar melalui tarikh tertentu berdasarkan perkara seperti musim. Pelbagai alat penetapan harga, katanya, telah memainkan peranan besar dalam peningkatan kadar penghunian VisitBreck, kira-kira 30%. “Kami dapat menguruskan kadar dengan lebih mudah,” katanya, “jadi kami benar-benar telah berkembang.”

    Operasi perkhidmatan penuh

    Berkat kejayaannya, VisitBreck telah menambahkan penginapan baharu dan memperluaskan perkhidmatannya kepada pemilik rumah. “Kami menambah penginapan baharu setiap hari sekarang,” kata Candace. Ia juga menawarkan perkhidmatan reka bentuk dalaman kepada pemilik rumah, dan telah menubuhkan cawangan perabot runcitnya sendiri, yang sumbernya diperoleh daripada pakar kraf tempatan dan banyak lagi. “Syarikat kami berurusan dengan banyak pemilik, apabila mereka membuat keputusan untuk melakukan pembaharuan, mereka akan menanya ‘Apa yang anda fikir saya perlu lakukan di bilik tidur ini? Peralatan tidur apa yang terbaik untuk membantu memastikan tempat ini dapat disewakan?” kata Candace.

    Kami dapat menguruskan kadar dengan lebih mudah, jadi kami telah benar-benar berkembang.
    Candace, Director of Sales

    Baru-baru ini, 10 penyenaraian VisitBreck layak untuk menyertai program Airbnb Plus, yang menunjukkan bahawa penginapan tersebut telah disahkan untuk kualiti, keselesaan dan gaya oleh rakan kongsi Airbnb. Mereka baru dua bulan menjadi sebahagian daripada program itu, jadi terlalu awal untuk menilai peningkatan yang mereka akan catat. Tetapi berdasarkan pengalamannya dengan Airbnb, dia tidak pernah teragak-agak untuk mencubanya. “Saya sanggup menjadi bahan uji kaji untuk apa saja,” kata Candace.

    Ingin menjadi hos profesional di Airbnb?
    Ketahui lebih lanjut

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Sejak pengurus penginapan ini mula menggunakan Airbnb, tempahan telah dengan stabil untuk lebih 120 penyenaraiannya

    • Alat penentuan harga Airbnb memudahkan anda menyesuaikan kadar untuk penginapan yang berprestasi rendah

    • Dia mengkreditkan peningkatan kadar penghunian sekitar 30% syarikatnya kepada alat penentuan harga ini

    Airbnb
    6 Nov 2019
    Adakah ini membantu?