Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Kemudahan terbaik untuk ditawarkan sekarang

    Daripada wifi yang stabil kepada ruang mesra haiwan peliharaan, berikut adalah perkara yang paling penting buat tetamu.
    Oleh Airbnb pada 18 Jun 2020
    Bacaan 4 minit
    Dikemas kini pada 17 Mac 2022

    Sorotan

    • Kemudahan yang paling popular pada masa ini termasuk ruang yang mesra haiwan peliharaan, wifi dan tempat letak kereta percuma

    • Fikirkan tentang perkara yang mungkin menarik kepada pengembara yang berbeza, termasuk keluarga dan pekerja jarak jauh

    • Kemas kini penyenaraian anda

    Menurut data Airbnb baharu,* tetamu sering menapis hasil carian mereka untuk mencari 10 kemudahan popular. Jika anda mempunyai mana-mana kemudahan popular ini, pastikan anda memasukkannya ke dalam penyenaraian anda supaya tetamu boleh menemui anda apabila mereka membuat carian.

    Perkara yang paling diinginkan oleh tetamu pada masa ini

    Penginapan yang selesa seperti di rumah sendiri
    Hasil carian tetamu di seluruh dunia menunjukkan bahawa 10 kemudahan popular yang tetamu mahukan sekarang ialah:

    1. Kolam renang
    2. Wifi
    3. Dapur
    4. Tempat letak kenderaan percuma
    5. Jakuzi
    6. Mesin basuh atau pengering
    7. Penyaman udara atau pemanas
    8. Daftar masuk sendiri
    9. Ruang kerja yang mesra komputer riba
    10. Haiwan peliharaan dibenarkan

    Ini yang boleh anda lakukan untuk memastikan beberapa kemudahan ini mesra tetamu:

    • Wifi: Semak semula sama ada ia berfungsi dan tetamu tahu cara untuk log masuk. Pertimbangkan untuk meletakkan tanda arahan berguna yang dilaminasikan dan mudah dibersihkan di penginapan anda.
    • Penyaman udara: Kami tahu bahawa penyaman udara berpusat jarang digunakan di sesetengah rantau. Jika anda memilikinya, maklumkan tetamu tempat alat kawalan diletakkan dan cara menggunakannya—petunjuk yang dilaminasikan juga mungkin berguna di sini. Jika anda tidak memilikinya, pertimbangkan untuk menawarkan unit mudah alih untuk musim panas.
    • Dapur: Tetamu mungkin mahu memasak sendiri makanan mereka sepanjang penginapan mereka, jadi pastikan anda menyertakan peralatan pinggan mangkuk, periuk dan kuali serta peralatan memasak. Anda disarankan untuk menyebut kelengkapan ini dalam keterangan penyenaraian anda.
    • Tempat letak kereta: Jika anda mempunyai tempat letak kenderaan untuk tetamu, ingat untuk memberikan arahan sebelum mereka tiba, dan jangan lupa untuk memilih tempat letak kenderaan sebagai kemudahan pada penyenaraian anda.

    Ruang luar rumah
    Ramai tetamu ingin menginap di tempat yang menawarkan aktiviti luar. Jika kawasan anda ada laluan kembara jalan kaki yang baik dan aktiviti luar lain, beritahu tetamu melaluibuku panduan atau manual penginapan anda.

    Cara lain untuk membantu tetamu menikmati udara segar adalah dengan membersihkan kawasan luar ruang anda. Pastikan landskap diselenggarakan dengan baik, dan pertimbangkan untuk menambah (atau memperbaharui) kemudahan berikut:

    • Perabot patio
    • Pemanggang barbeku
    • Cawan dan pinggan luar
    • Permainan dan hiburan lain

    Bekalan pembersihan
    Ramai tetamu akan menghargai peluang untuk memastikan keadaan kekal bersih. Anda disarankan untuk menyediakan bekalan:

    • Tisu dapur pakai buang
    • Sarung tangan pakai buang
    • Pembersih pelbagai permukaan
    • Tisu atau semburan disinfektan
    • Pensanitasi tangan anti bakteria
    • Sabun tangan
    Jika anda menawarkan mana-mana kemudahan ini, pastikan anda memasukkannya ke dalam penyenaraian anda supaya tetamu boleh menemui anda apabila mereka membuat carian.

    Siapa yang membuat perjalanan—dan cara untuk memenuhi jangkaan mereka

    Keluarga dengan kanak-kanak
    Anda boleh membantu ibu bapa dengan kanak-kanak kecil berasa lebih selesa di penginapan anda dengan menyediakan beberapa perkara yang paling mereka perlukan, seperti:

    • Katil bayi
    • Kerusi tinggi budak
    • Pintu pagar bayi
    • Cawan, pinggan dan peralatan kanak-kanak
    • Meja tukar lampin
    • Alat pengawas bayi
    • Penutup soket

    Anda juga perlu memastikan anda mempunyai keperluan asas yang mencukupi, seperti:

    • Sabun
    • Syampu
    • Tisu tandas
    • Kelengkapan katil dan tuala tambahan

    Ketahui lebih lanjut tentang menyambut tetamu berkeluarga

    Pemilik haiwan peliharaan
    Ramai tetamu mahu membawa bersama ahli keluarga berkaki empat mereka semasa perjalanan. Kami tahu bahawa sesetengah hos tidak dapat menawarkan ruang mesra haiwan peliharaan. Tetapi jika anda boleh, sekarang masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

    Tetamu yang mengembara dengan haiwan peliharaan ingin tahu apa yang boleh dijangkakan di ruang anda, seperti jika anda ada halaman berpagar atau patio persendirian. Anda juga mungkin mahu menyediakan kemudahan mesra haiwan peliharaan seperti:

    • Mangkuk untuk makanan dan air
    • Alas perabot
    • Tuala khusus untuk mengelap tapak kaki di pintu
    • Bekalan pembersihan tambahan

    Sebaiknya anda mengemas kini peraturan penginapan anda. Anda boleh memaklumkan tetamu perkara seperti bilangan haiwan peliharaan yang anda benarkan bagi setiap penginapan, jenis haiwan peliharaan yang anda terima, dan sama ada haiwan peliharaan boleh dibiarkan tanpa pengawasan di ruang anda.

    Ketahui lebih lanjut tentang menjadi hos haiwan peliharaan

    Pekerja jarak jauh
    Ramai orang terus melakukan kerja mereka dari jarak jauh, dan ramai yang mungkin membuat keputusan untuk bekerja semasa mengembara. Anda boleh membantu mereka terus produktif dengan menyediakan kemudahan berikut:

    • Wifi pantas: Tetamu lebih mengharapkan internet pantas sekarang kerana kebanyakan daripada mereka bekerja dari jauh. Anda boleh menguji kelajuan wifi anda menggunakan aplikasi Airbnb anda—dan, jika keputusan anda perlahan, pertimbangkan untuk menaik taraf kepada perkhidmatan yang lebih pantas.
    • Ruang kerja mesra komputer riba: Tempatkan meja berhampiran sumber kuasa, dengan kerusi yang selesa (lebih baik jika ianya ergonomik). Ingin memberi perkhidmatan yang luar biasa? Tambah pengokot, beberapa set nota tampal, dan cawan yang diisi dengan pen baharu. Jika anda ada mesin cetak atau mesin fotostat, pastikan anda menonjolkannya dalam keterangan penyenaraian anda.
    • Mesin pembuat kopi dan cerek teh: Tetamu ini mungkin menghargai sedikit bantuan yang memudahkan mereka mengharungi hari yang sibuk.
    • Ketahui cara menambah kemudahan baharu

    Ingat untuk mengemas kini penyenaraian anda

    Jangan lupa untuk menonjolkan perubahan yang anda buat dengan mengemas kini kemudahan anda, keterangan penyenaraian, dan gambar. Menambah hanya beberapa item yang dicari boleh memberi lebih keselesaan kepada tetamu di ruang anda—dan boleh mendorong mereka untuk meninggalkan ulasan yang hebat.

    *Menurut data dalaman Airbnb yang mengukur kemudahan yang paling kerap dicari di seluruh dunia dari 1 Januari hingga 31 Disember2021.

    Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Kemudahan yang paling popular pada masa ini termasuk ruang yang mesra haiwan peliharaan, wifi dan tempat letak kereta percuma

    • Fikirkan tentang perkara yang mungkin menarik kepada pengembara yang berbeza, termasuk keluarga dan pekerja jarak jauh

    • Kemas kini penyenaraian anda
    Airbnb
    18 Jun 2020
    Adakah ini membantu?