Kemudahan yang tetamu mahukan
Sorotan
Lihat 10 kemudahan paling popular pada masa ini, termasuk ruang yang mesra haiwan peliharaan, wifi, tempat letak kenderaan percuma dan banyak lagi
Kemas kini kemudahan anda untuk memastikan tetamu menemui anda apabila mereka membuat carian
- Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk menyediakan penyenaraian yang berjaya
Menurut kaji selidik pengguna yang diadakan oleh Airbnb, kebanyakan pengembara mengatakan bahawa kemudahan adalah keutamaan untuk perjalanan yang memuaskan. Ini lebih penting sekarang, kerana tetamu mencari penginapan yang lebih panjang.
Tambahan pula, tetamu sering menapis hasil carian mereka untuk mencari 10 kemudahan popular. Untuk menonjol dalam hasil carian, pastikan anda menambah atau mengemas kini kemudahan anda untuk memasukkannya ke dalam penyenaraian anda jika anda menawarkannya. Melengkapi ruang anda dengan teliti dan menambah kemudahan popular kepada penyenaraian anda akan membantu anda menonjol daripada yang lain.
Lihat 10 kemudahan popular ini
Semasa mencari penyenaraian, ramai tetamu menggunakan penapis untuk memaparkan hanya penginapan yang mempunyai kemudahan atau ciri-ciri yang mereka mahu, jadi pastikan anda memasukkan sebanyak mungkin di penyenaraian anda. Tetamu sering mencari penyenaraian yang menawarkan:*
- Kolam renang
- Wifi
- Dapur
- Tempat letak kenderaan percuma
- Jakuzi
- Mesin basuh atau pengering
- Penyaman udara atau pemanas
- Daftar masuk sendiri
- Ruang kerja yang mesra komputer riba
- Haiwan peliharaan dibenarkan
Cukupkan stok keperluan asas
Tetamu akan mengharapkan tisu tandas, sabun tangan dan badan, tuala dan cadar disediakan, jadi pastikan ruang anda dilengkapi dengan semua kemudahan penting ini. Airbnb mengesyorkan anda menawarkan sekurang-kurangnya:
- Satu tuala bagi setiap tetamu
- Satu bantal bagi setiap tetamu
- Cadar untuk setiap katil tetamu
Kami juga telah mendapat tahu daripada tetamu bahawa mereka mahu keupayaanmembuat pembersihan semasa menginap. Bantu menjaga keselesaan dan keselamatan tetamu dengan menyediakan bekalan pembersihan yang mereka boleh gunakan, termasuk:
- Tisu dapur pakai buang
- Sarung tangan pakai buang
- Pembersih pelbagai permukaan
- Tisu atau semburan disinfektan
- Pensanitasi tangan anti bakteria
Beri perhatian kepada keselamatan
Mengambil langkah berjaga-jaga keselamatan asas boleh membantu melindungi tetamu dan kediaman anda. Pertimbangkan untuk memasukkan item berikut di penginapan anda:
- Penggera asap
- Penggera karbon monoksida
- Pemadam api
- Kit pertolongan cemas
- Pelan kecemasan dan nombor tempatan
Rancang terlebih dahulu dengan tip daripada organisasi kesihatan dan keselamatan global
Tonjolkan kemudahan kebolehcapaian
Tetamu yang mempunyai keperluan kemudahan akses akan mencari kemudahan yang sangat khusus. Laluan masuk tanpa tangga, pintu dan ruang masuk yang lebih lebar (sekurang-kurangnya 32 inci lebar), dan katil dengan ketinggian yang mudah diakses hanyalah beberapa ciri yang akan menjadikan kediaman anda sesuai dengan keperluan tetamu. Penyenaraian dengan ciri-ciri kemudahan akses akan diutamakan dalam carian Airbnb, jadi anda disarankan untuk menonjolkannya dalam kemudahan dan gambar anda.
Bersiap sedia untuk pekerja jauh
Sama ada tetamu berpindah buat sementara waktu untuk berada lebih dekat dengan keluarga atau mengambil peluang untuk meneroka komuniti baharu, data Airbnb menunjukkan bahawa tetamu lebih banyak bekerja dari jauh sekarang berbanding sebelum ini.
Tetamu mencari penyenaraian yang menyokong kerja dari jauh dan penempatan semula sementara, jadi anda disarankan untuk memikirkan perkara yang mereka perlukan untuk keselesaan mereka, ini termasuk:
- Wifi yang pantas dan stabil
- Ruang kerja yang mesra komputer riba
- Pencahayaan yang baik
- Dapur serba lengkap
- Bekalan pejabat
Pamerkan ciri-ciri mesra kanak-kanak dan haiwan peliharaan
Lebih ramai tetamu mengembara dengan seluruh keluarga mereka. Menerima kanak-kanak dan mengubah suai untuk haiwan peliharaan boleh menjadikan penyenaraian anda lebih menarik.
Untuk memudahkan urusan ibu bapa dan pemilik haiwan peliharaan agar mereka tidak perlu membawa barangan besar dalam perjalanan jarak jauh, anda boleh menonjolkan kemudahan seperti:
- Katil bayi dan kerusi tinggi
- Tab mandi
- Penyaman udara
- Mesin basuh dan/atau pengering
- Bekalan pembersihan tambahan
- Alas perabot
- Mangkuk untuk makanan dan air haiwan peliharaan
- Tuala untuk mengelap tapak kaki di pintu
Tambah beberapa sentuhan yang memudahkan tetamu
Salah satu cara terbaik untuk meningkatkan ulasan anda adalah dengan menggembirakan tetamu dengan beberapa kemudahan tambahan, seperti makanan untuk sarapan atau mesin membuat kopi. Daripada minuman ringan kepada mainan kolam renang, terdapat banyak cara untuk meningkatkan ruang anda ke tahap lebih tinggi.
Tidak pasti apa yang akan disukai oleh tetamu anda? Rasai pengalaman sebagai tetamu sepenuhnya dengan menginap di ruang anda semalaman. Anda pasti akan dapat mengenal pasti satu atau dua perkara yang boleh ditambah untuk memastikan tetamu anda menginap dengan selesa.
Senarai semak
Kemudahan asas:
- Tisu tandas
- Sabun untuk tangan dan badan
- Satu tuala bagi setiap tetamu
- Cadar untuk setiap katil
- Satu bantal bagi setiap tetamu
- Bekalan pembersihan
Kemudahan popular yang tetamu cari:*
- Kolam renang
- Wifi
- Dapur
- Tempat letak kenderaan percuma
- Jakuzi
- Mesin basuh atau pengering
- Penyaman udara atau pemanas
- Daftar masuk sendiri
- Ruang kerja yang mesra komputer riba
- Haiwan peliharaan dibenarkan
Kemudahan keselamatan:
- Penggera karbon monoksida
- Penggera asap
- Alat pemadam api
- Kit pertolongan cemas
- Pelan kecemasan dan nombor tempatan
Kemudahan kebolehcapaian:
- Laluan masuk tanpa tangga
- Pintu masuk luas (sekurang-kurangnya 32”)
- Lorong masuk luas (sekurang-kurangnya 36”)
- Bilik mandi yang mudah dicapai
Item tambahan yang dihargai tetamu:
- Tisu tandas, cadar dan tuala tambahan
- Kelengkapan dandanan diri asas seperti syampu dan perapi
- Sabun pencuci pinggan dan bekalan mencuci
- Kelengkapan makan asas seperti mesin kopi, peralatan memasak, pinggan mangkuk dan periuk
- Gelas wain
- Bahan memasak asas seperti garam, lada hitam dan minyak
- Kopi, teh
- Sarapan ringan atau snek
- Penyangkut baju
- Penyesuai dan pengecas
Kemudahan untuk kerja jauh:
- Wifi yang pantas dan stabil
- Ruang kerja yang mesra komputer riba
- Pencahayaan yang baik
- Dapur serba lengkap
- Bekalan pejabat
Kemudahan mesra keluarga dan haiwan peliharaan:
- Katil bayi dan kerusi tinggi
- Tab mandi
- Penyaman udara
- Mesin basuh dan/atau pengering
- Bekalan pembersihan tambahan
- Alas perabot
- Mangkuk untuk makanan dan air haiwan peliharaan
- Tuala untuk mengelap tapak kaki di pintu
Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.
Sorotan
Lihat 10 kemudahan paling popular pada masa ini, termasuk ruang yang mesra haiwan peliharaan, wifi, tempat letak kenderaan percuma dan banyak lagi
Kemas kini kemudahan anda untuk memastikan tetamu menemui anda apabila mereka membuat carian
- Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk menyediakan penyenaraian yang berjaya