Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Ambil gambar penyenaraian yang bermutu dengan telefon anda

    Daripada pementasan hingga pengeditan, telefon pintar anda boleh melakukan lebih daripada yang anda sangkakan.
    Oleh Airbnb pada 3 Mac 2020
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 3 Mac 2020

    Sorotan

    • Penyenaraian dengan gambar berkualiti akan menyerlah dalam hasil carian dan ditempah lebih kerap

    • Tampilkan gambar terbaik anda terlebih dahulu: imej pertama anda akan dilihat oleh tetamu dalam hasil carian

    • Ambil gambar dengan telefon anda supaya anda boleh mula menarik tetamu serta-merta—anda boleh menambah gambar profesional kemudian

    Gambar anda boleh memberi impak besar kepada prestasi penyenaraian anda. Penyenaraian dengan gambar berkualiti lebih tinggi biasanya akan menyerlah dalam hasil carian dan ditempah lebih kerap. Penyelidikan Airbnb mendapati bahawa gambar antara perkara terpenting yang tetamu lihat apabila mencari penginapan. Yang baiknya, anda tidak perlu menjadi jurugambar profesional, memiliki peralatan kamera mahal, atau meluangkan masa sepanjang hari mengadakan sesi penggambaran untuk mendapatkan imej berkualiti tinggi. Anda hanya perlukan telefon pintar, masa luang satu atau dua jam dan tip di bawah.

    Rakam pada masa yang betul

    Pencahayaan yang baik menghasilkan perbezaan antara bilik yang kelihatan gelap dan suram berbanding bilik yang kelihatan hangat dan menarik.

    • Rakam gambar hanya pada waktu siang, apabila cahaya semula jadi paling terang
    • Laraskan langsir atau bidai anda agar cahaya matahari dapat masuk, dan hidupkan lampu untuk menerangi sudut yang gelap jika perlu. Jangan gunakan denyar telefon anda, yang boleh menjadikan gambar kelihatan silau.
    • Apabila menetapkan gambar pada telefon anda, anda boleh mengetik pada pelbagai kawasan di skrin untuk melaraskan kecerahan. Klik di sekeliling imej untuk mendapatkan pencahayaan yang betul.

    Rancang rakaman gambar yang sempurna

    Penting untuk mencari tempat dan sudut yang sesuai untuk mengambil gambar setiap bilik.

    • Pegang telefon anda lurus dan mendatar untuk mengambil gambar dalam orientasi lanskap
    • Pada kebanyakan telefon, anda boleh memilih "paparan grid” dan menggunakannya untuk memastikan gambar anda lurus. Jajarkan grid dengan dinding atau perabot, seperti meja tepi katil.
    • Tunduk atau berlutut, jika perlu, untuk memastikan perabot utama bilik berada di tengah-tengah gambar anda. Di bilik tidur, katil mungkin perlu menjadi fokus; di ruang tamu, mungkin sofa.

    Teruskan merakam gambar

    Penyenaraian anda perlu memberikan gambaran yang lengkap tentang penginapan anda: Apakah pengalaman yang bakal tetamu boleh jangkakan daripada ruang anda? Sertakan gambar kediaman yang mencukupi dalam penyenaraian untuk menetapkan jangkaan dan membantu menarik tetamu yang akan menikmati ruang anda.

    • Pasukan fotografi Airbnb mencadangkan tiga gambar untuk setiap bilik disertakan
    • Merakam gambar dari sudut berbeza setiap bilik membantu mencipta gambaran yang lengkap

    Jangan lupa perinciannya

    Tetamu akan suka melihat perincian yang menjadikan ruang anda unik: kolaj gambar percutian yang tergantung di koridor anda atau selimut antik yang tersusun di bilik tidur anda. Menyertakan gambar perincian ini boleh membantu membezakan penyenaraian anda.

    • Untuk mengambil gambar yang hebat, pegang telefon anda berdekatan dengan perincian yang anda mahu paparkan
    • Sentuh item pada skrin anda dan kamera telefon anda akan memfokus, biasanya memudarkan latar belakang agar objek utama lebih menyerlah

    Edit untuk mendapatkan hasil yang terbaik

    Sekiranya anda tidak mendapat gambar yang sempurna, jangan bimbang. Alat pengeditan yang ada dalam kebanyakan kamera telefon pintar boleh membantu anda membaiki gambar anda. Anda boleh menambah baik hampir semua imej dengan melaraskan kecerahan, kontras dan ketepuan.

    • Kecerahan: Kebanyakan kamera melaraskan kecerahan secara automatik, jadi halakan kamera anda ke bahagian bilik yang sederhana cerah, maksudnya, bukan ke arah tingkap yang paling cerah atau sudut yang paling gelap. Walaupun demikian, kebanyakan gambar dalaman akan lebih cantik jika dicerahkan sedikit selepas dirakam.
    • Kontras: Perbezaan antara cerah dan gelap dalam gambar anda mewujudkan kontras. Kontras yang terlalu sedikit menjadikan gambar kelihatan suram dan hambar. Terlalu banyak kontras, imej boleh menjadi sukar dibaca jika bahagian gelap terlalu gelap dan bahagian cerah terlalu cerah. Meningkatkan kontras hanya sedikit boleh menghasilkan imej yang lebih jelas.
    • Ketepuan: Ini merujuk kepada keamatan warna dalam imej anda. Meningkatkan ketepuan ialah cara mudah untuk menjadikan imej anda lebih ceria, tetapi ketepuan ini juga cenderung untuk ditingkatkan secara berlebihan.

    Anda juga boleh meneroka pelarasan lain untuk melihat yang paling anda suka. Ingat jangan berlebihan. Anda mahu gambar anda kelihatan menarik dan cerah, tetapi masih kelihatan semula jadi.

    Sorotan

    • Penyenaraian dengan gambar berkualiti akan menyerlah dalam hasil carian dan ditempah lebih kerap

    • Tampilkan gambar terbaik anda terlebih dahulu: imej pertama anda akan dilihat oleh tetamu dalam hasil carian

    • Ambil gambar dengan telefon anda supaya anda boleh mula menarik tetamu serta-merta—anda boleh menambah gambar profesional kemudian

    Airbnb
    3 Mac 2020
    Adakah ini membantu?