Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Meningkatkan komitmen kami kepada standard komuniti

    Standard tetamu kami yang dipertingkatkan menjelaskan perkara yang diharapkan daripada tetamu.
    Oleh Airbnb pada 22 Nov 2019
    Bacaan 9 minit
    Dikemas kini pada 5 Mac 2020

    Sorotan

    • Standard tetamu kami yang dipertingkatkan bertujuan untuk menambah baik tingkah laku tetamu dan meningkatkan kepercayaan komuniti

      • Ia menangani isu bunyi yang terlampau bising, kebersihan, dan tetamu yang tidak dibenarkan, meletak kereta tanpa kebenaran, dan merokok

      • Pelanggaran berulang boleh menyebabkan penggantungan atau penyingkiran daripada platform

      Hos di seluruh dunia telah memberitahu kami betapa bermaknanya pengehosan kepada mereka—secara peribadi dan daripada segi kewangan—dan betapa puasnya hati mereka apabila melalui pengalaman yang luar biasa dengan tetamu. Sebaliknya, pengalaman yang buruk dengan tetamu boleh mengecewakan dan, dalam beberapa kes boleh memorak perandakan keadaan, walaupun jarang berlaku. Kami tahu bahawa detik-detik ini boleh memberi kesan kepada anda dan masa, wang dan komuniti tempatan anda.

      Anda juga telah memberikan maklum balas kepada kami bahawa anda mahu kami memastikan seluruh komuniti, hos dan tetamu, berpegang kepada standard tinggi yang sama. Kami setuju. Itulah sebabnya pada awal 2020, kami akan melancarkan standard tetamu yang ditingkatkan yang menetapkan jangkaan yang lebih tinggi untuk komuniti yang boleh dipercayai.

      Menetapkan standard tetamu yang lebih kukuh

      Polisi Standard Tetamu baharu kami akan menjelaskan perkara yang diharapkan oleh Airbnb daripada tetamu, dengan matlamat untuk memastikan hos boleh melalui pengalaman yang lebih positif secara konsisten. Apabila tetamu tidak memenuhi salah satu standard yang digariskan di dalam polisi, mereka akan menerima amaran dengan panduan tentang cara menjadi tetamu yang lebih baik. Kami akan menjejaki dan menimbang pelanggaran (berdasarkan tahap keterukan), dan pelanggaran berulang boleh mengakibatkan penggantungan atau penyingkiran tetamu daripada platform.

      Standard tetamu ini dibina berdasarkan polisi sedia ada yang telah kami bentuk untuk menangani isu kepercayaan dan keselamatan yang lebih serius yang menyebabkan penyingkiran serta-merta daripada platform. Kami meningkatkan sistem kami untuk memantau tetamu yang terlibat dalam kesalahan yang kurang serius dengan lebih baik, supaya kami boleh mendidik dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap tetamu tersebut.

      Dengan menetapkan standard yang jelas, membentuk kakitangan pasukan untuk mengambil tindakan, dan menggunakan teknologi tertentu untuk menjejaki ketidakpatuhan, kami menjangkakan untuk menambah baik tingkah laku tetamu secara keseluruhan dan meningkatkan kepercayaan komuniti.

      Jadi apakah standardnya?

      Standard tetamu baharu menangani beberapa kebimbangan yang paling kerap dinyatakan oleh komuniti hos kami, dan menyokong usaha kami yang lebih luas untuk menangani pihak yang tidak dibenarkan atau mengganggu komuniti. Mulai awal 2020, polisi baharu ini akan meliputi lima senario ini:

      1. Bunyi bising yang berlebihan: Tahap bunyi bising yang mengganggu, seperti muzik kuat, jeritan berpanjangan, atau bunyi hentakan atau menginjak yang berulang kali. Ia tidak termasuk aduan tentang gangguan kecil atau tidak lama (seperti panggilan telefon yang kuat) atau bunyi bising yang tidak boleh dielakkan (seperti berjalan naik dan turun tangga).
      2. Kebimbangan utama tentang kebersihan: Apa-apa sahaja yang memerlukan pembersihan yang lebih daripada biasa selepas tetamu mendaftar keluar. Ini bermakna sejumlah besar sampah, serpihan, atau makanan yang berselerak di seluruh kediaman ini. Ia tidak termasuk masalah kecil (seperti makanan yang ditinggalkan dalam peti sejuk atau sampah dalam plastik sampah yang ditinggalkan di sebelah tong sampah) atau apa-apa sahaja yang boleh dianggap sebagai sebahagian daripada haus dan lusuh biasa atau pusing ganti (seperti cadar yang belum dicuci atau dapur yang kotor).
      3. Tetamu yang tidak dibenarkan: Apabila lebih ramai tetamu daripada bilangan yang dibenarkan oleh hos untuk tempahan tersebut menginap semalaman atau melawat ruang.
      4. Meletak kereta tanpa kebenaran: Apabila tetamu atau salah seorang pelawat mereka meletak kereta di kawasan yang tidak dibenarkan oleh hos, atau apabila bilangan kereta yang tetamu atau pelawat letak di penginapan melebihi bilangan kereta yang dibenarkan oleh hos, seperti yang dinyatakan dalam keterangan penyenaraian.
      5. Merokok tanpa kebenaran: Apabila tetamu atau salah seorang pelawat mereka merokok di dalam penyenaraian dan keterangan penyenaraian melarang merokok (ini termasuk penggunaan tembakau, ganja, rokok elektronik, dll.).

      Polisi Standard Tetamu baharu akan terpakai apabila ditentukan bahawa tetamu telah terlibat dalam salah satu tingkah laku ini. Hos boleh melaporkan pelanggaran, dan kami juga akan menerima laporan bunyi yang terlampau bising melalui alat Pelaporan Jiran kami atau daripada penguatkuasa undang-undang tempatan.

      Apa yang boleh anda lakukan

      Kami menggalakkan anda menggariskan dengan jelas apa yang anda harapkan daripada tetamu dalam Peraturan Penginapan anda, keterangan penyenaraian, dan mesej kepada tetamu anda. Penting untuk menyatakan peraturan anda tentang tempat letak kereta, tetamu tambahan dan merokok supaya kami tahu sama ada ia seharusnya dianggap “tidak dibenarkan” di bawah polisi ini. Apabila tetamu gagal mematuhi standard ini, penting untuk bermula dengan menangani isu dengan mereka secara terus—biasanya ini cara yang paling pantas untuk mencapai penyelesaian. Dalam semua kes, bersedia untuk memberikan bukti yang menunjukkan bahawa peraturan telah dilanggar, sama ada ia gambar sampah berlebihan yang ditinggalkan di ruang anda, aduan daripada jiran yang dihantar melalui e-mel, atau beberapa dokumentasi lain.

      Apa yang akan berlaku seterusnya

      Fasa kedua pelancaran akan termasuk senario tambahan yang kami tahu paling penting untuk anda, seperti daftar keluar lewat, daftar masuk lewat, dan haiwan peliharaan yang tidak dibenarkan. Matlamat kami adalah untuk melancarkan standard tambahan ini kemudian pada tahun 2020. Dari masa ke masa, dan dengan maklum balas anda, kami menjangkakan untuk meliputi lebih banyak situasi yang penting bagi anda.

      Soalan utama anda, telah dijawab

      Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kami telah menghabiskan banyak masa berbincang dengan hos dan mengumpul maklum balas tentang polisi baharu ini. Kami telah menangani beberapa soalan yang paling kerap ditanya di bawah.

      Mengapa anda melancarkan standard tetamu secara berperingkat?
      Standard baharu ini mewakili perubahan yang ketara bagi komuniti (hos dan tetamu), dan kami mahu memastikan ia berfungsi seperti yang sepatutnya sebelum kami memperluaskannya. Melancarkan polisi secara berperingkat membolehkan kami bereksperimen dengan standard, sistem panduan dan amaran, proses dan sistem teknologi yang kami gunakan dengan teliti. Matlamat kami adalah untuk memperluas dan memperhalusi polisi secara beransur-ansur untuk menangani cabaran lain yang khusus kepada kumpulan hos tertentu serta jenis penginapan yang berbeza. Ini akan menjadi sebuah perjalanan, dan kami menghargai input anda sepanjang perjalanan ini.

      Apa yang akan berlaku jika saya melaporkan insiden keselamatan mendesak semasa ia berlaku?
      Jika anda atau penginapan anda dalam bahaya, anda perlu sentiasa menghubungi pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu. Kami telah menyediakan polisi untuk mengendalikan isu keselamatan yang teruk, seperti serangan dan ancaman ganas. Pihak yang melanggar polisi ini tertakluk, dan akan terus tertakluk, kepada penyingkiran serta-merta daripada platform. Kami juga dalam proses melancarkan Talian Sokongan Segera yang menghalakan hos terus kepada ejen yang dilatih khas untuk mengendalikan panggilan seperti ini. Matlamatnya adalah untuk memastikan panggilan anda dikendalikan dengan cepat dan secara konsisten, agar anda berasa disokong setiap kali.

      Bagaimana saya akan disokong apabila saya membuat panggilan dengan isu tentang tetamu dalam salah satu senario ini?
      Sebagai sebahagian daripada polisi baharu, hos boleh memohon pembatalan tanpa penalti untuk baki malam dalam tempahan apabila tetamu telah melanggar standard ini dan situasi tersebut tidak dapat diselesaikan. Dan seperti biasa, jika terdapat sebarang kerosakan kepada penginapan anda akibat daripada salah satu senario di atas, anda boleh memfailkan tuntutan di bawah Jaminan Hos USD1,000,000 kami.

      Mengapa anda tidak menguatkuasakan semua Peraturan Penginapan saya?
      Pada mulanya, Polisi Standard Tetamu baharu akan memberi tumpuan kepada Peraturan Penginapan yang dimaklumkan oleh hos, paling penting bagi mereka. Kami tahu bahawa ada banyak senario lain yang hos sertakan dalam Peraturan Penginapan dan butiran penyenaraian mereka. Walaupun senario ini penting kepada anda, ia mungkin tidak berkaitan dengan semua hos (cth. peraturan tentang sama ada kasut atau jenis makanan tertentu dibenarkan di rumah). Walaupun peraturan yang lebih peribadi ini tidak diliputi oleh Polisi Standard Tetamu baharu kami, anda boleh membantu menetapkan jangkaan yang betul dengan komunikasi yang jelas—kadang kala peringatan yang penuh hormat mungkin memadai untuk menyelesaikan isu.

      Teruskan memberi maklum balas

      Anda telah memberitahu kami bahawa kita memerlukan standard tetamu yang lebih ketat agar komuniti kita lebih kukuh. Kami harap perubahan ini, dari masa ke masa, akan menambah baik tingkah laku tetamu dan pengalaman anda sebagai hos. Kami bersedia untuk mengambil langkah penting ini dalam usaha kami untuk meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan untuk hos kami. Masih banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan, dan kami menghargai input anda yang berterusan.

      Pertumbuhan komuniti kami, dan kepercayaan yang kami telah bina, tidak boleh berlaku tanpa anda sebagai rakan kongsi. Terima kasih atas semua yang anda lakukan.

      Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

      Sorotan

      • Standard tetamu kami yang dipertingkatkan bertujuan untuk menambah baik tingkah laku tetamu dan meningkatkan kepercayaan komuniti

        • Ia menangani isu bunyi yang terlampau bising, kebersihan, dan tetamu yang tidak dibenarkan, meletak kereta tanpa kebenaran, dan merokok

        • Pelanggaran berulang boleh menyebabkan penggantungan atau penyingkiran daripada platform

        Airbnb
        22 Nov 2019
        Adakah ini membantu?