Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Pastikan stok bekalan pembersihan ini mencukupi

    Berikut adalah perkara yang anda perlukan untuk membersih, mensantiasi, dan menyediakan ruang anda untuk tetamu seterusnya.
    Oleh Airbnb pada 4 Jun 2020
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 25 Jun 2021

    Sorotan

    • Pastikan anda ada semua yang diperlukan sebelum mula melakukan pembersihan

    • Sediakan peralatan perlindungan, peralatan pembersihan, dan larutan kimia—dan sediakan bekalan pembersih supaya tetamu juga boleh melakukan pembersihan

    • Setelah selesai, tambah semula bekalan supaya anda boleh bersedia untuk tetamu seterusnya

    • Ketahui lebih lanjut dalampanduan lengkap kami untuk mengetahui proses pembersihan dipertingkat

    Adakah anda bersedia untuk meningkatkan tahap pembersihan anda? Sebagai sebahagian daripada proses pembersihan lima langkah Airbnb yang dipertingkatkan, berdasarkan buku panduan pembersihan, kami telah mengumpulkan senarai bekalan yang disyorkan, daripada peralatan perlindungan diri hingga produk pembersihan untuk tetamu. Berikut ialah beberapa item yang perlu disediakan untuk membersihkan dengan lebih berkesan.

    Kelengkapan pelindung

    Anda boleh membantu mengurangkan pendedahan kuman dan bahan kimia dengan menggunakan peralatan berikut semasa melakukan pembersihan:

    • Sarung tangan pakai buang (disyorkan)
    • Pelitup muka kain atau pelindung muka (disyorkan)
    • Cermin mata keselamatan (tidak wajib, untuk membersihkan bilik mandi)
    • Apron atau gaun (tidak wajib)
    • Penutup kasut (tidak wajib)
    • Perisai muka (tidak wajib)

    Peralatan

    Dengan beberapa bekalan asas, anda boleh melakukan proses pembersihan dengan cekap. Ini yang anda perlukan:

    • Penyapu dan penadah sampah
    • Baldi (jika perlu)
    • Alat pembersih habuk
    • Beg sampah
    • Kain gentian mikro
    • Mop
    • Tuala kertas pakai buang
    • Berus gosok
    • Pad gosok (dapur sahaja)
    • Tangga (jika perlu)
    • Berus pencuci tandas
    • Pembersih vakum
    • Beg vakum (jika perlu)
    • Mesin basuh pinggan
    • Mesin basuh & pengering

    Produk

    Kami syorkan hanya larutan disinfektan dan pensanitasi yang didaftarkan dengan agensi kerajaan yang berkaitan (cth. Agensi Perlindungan Alam Sekitar A.S. atau Agensi Kimia Eropah). Tambah stok untuk:

    • Pembersih berbilang permukaan
    • Pembersih disinfektan berbilang permukaan
    • Pembersih kaca
    • Peluntur
    • Pencuci baju
    • Penghilang kotoran baju
    • Pencuci pinggan mangkuk
    • Pencuci karpet (jika perlu)
    • Pencuci lantai
    • Pengilap perabot/kayu
    • Pencuci ketuhar (dapur sahaja)
    • Pencuci gris ketuhar (dapur sahaja)
    • Pencuci kulapuk (jika perlu)

    Perkara yang perlu diketahui mengenai mensanitasi dengan disinfektan
    Anda mungkin tertanya-tanya sama ada produk yang anda gunakan cukup kuat untuk membantu mengurangkan kuman, seperti bakteria dan virus. Berikut ialah gambaran keseluruhan ringkas:

    • Pastikan anda menggunakan disinfektan yang diluluskan. Sila semak dengan agensi kerajaan yang berkaitan, seperti Agensi Perlindungan Alam Sekitar A.S. (EPA) atau Agensi Kimia Eropah, untuk senarai pembersih dan disinfektan yang diluluskan. Di A.S., contohnya, produk yang disyorkan EPA termasuk tisu lap Clorox, semburan Lysol, dan disinfektan lain yang biasa digunakan.
    • Biarkan produk kering. Sekiranya anda mengelap disinfektan sebelum masa sentuhan basah yang disyorkan, tiada jaminan bahawa produk telah membunuh patogen seperti yang dinyatakan pada label.
    • Tisu lap disinfektan boleh digunakan. Biarkan permukaan kekal basah cukup lama—jumlah masa bergantung pada produk, jadi semak labelnya.
    • Jangan gunakan disinfektan yang belum terbukti. Walaupun cuka dan minyak pati boleh menjadi pembersih yang berkesan, ia belum diluluskan oleh agensi kawal selia sebagai disinfektan.
    • Jangan campur pembersih. Menggabungkan beberapa produk, seperti peluntur dan amonia, boleh melepaskan gas beracun yang berbahaya apabila disedut.

    Kelengkapan pembersihan untuk tetamu

    Kami telah mendapat tahu daripada tetamu bahawa mereka sendiri mahu melakukan pembersihan semasa menginap di penyenaraian anda. Bantu mereka dengan menyediakan bekalan yang boleh digunakan—jika anda menjadi hos untuk tetamu berkeluarga, pastikan anda menyimpan produk pembersihan di luar jangkauan kanak-kanak. Inilah yang paling diperlukan oleh tetamu:

    • Tuala kertas pakai buang
    • Pembersih pelbagai permukaan
    • Tisu atau semburan disinfektan
    • Pensanitasi tangan anti bakteria
    • Sabun tangan tambahan

    Peringatan keselamatan daripada pakar kami

    • Jangan masuk ke dalam ruang tanpa peralatan perlindungan yang disyorkan, dan jangan gunakan semula peralatan kotor
    • Pastikan anda membaca semua label keselamatan supaya anda faham cara menggunakan bahan kimia pencuci dengan betul
    • Sentiasa pastikan produk kimia di luar jangkauan kanak-kanak
    • Untuk membantu mencegah penyebaran kuman, jangan sentuh muka anda semasa anda membuat pembersihan

    Apabila anda selesai melakukan pembersihan, ingat untuk mencatat stok bekalan yang hampir habis atau semakin hampir dengan tarikh luput mereka—dengan cara itu, anda boleh mengganti dan menambah semula sebelum melakukan pembersihan seterusnya.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan. Proses pembersihan lima langkah yang dipertingkatkan memberikan satu set syarat mudah untuk membersihkan penyenaraian anda. Untuk maklumat lanjut tentang cara melaksanakan langkah-langkah tersebut, sila rujuk seluruh buku panduan pembersihan Airbnb. Sebagai hos, anda mungkin perlu mengambil langkah tambahan untuk melindungi diri anda, pasukan anda, dan tetamu anda, dan anda perlu sentiasa merujuk dan mematuhi semua undang-undang atau garis panduan tempatan yang berkaitan. Airbnb tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan atau penyakit yang berlaku kerana mengikuti proses pembersihan ini. Untuk garis panduan dan peraturan pembersihan khusus untuk rantau anda menjadi hos, sila tanda buku artikel Pusat Bantuan ini.

    Sorotan

    • Pastikan anda ada semua yang diperlukan sebelum mula melakukan pembersihan

    • Sediakan peralatan perlindungan, peralatan pembersihan, dan larutan kimia—dan sediakan bekalan pembersih supaya tetamu juga boleh melakukan pembersihan

    • Setelah selesai, tambah semula bekalan supaya anda boleh bersedia untuk tetamu seterusnya

    • Ketahui lebih lanjut dalampanduan lengkap kami untuk mengetahui proses pembersihan dipertingkat
    Airbnb
    4 Jun 2020
    Adakah ini membantu?