Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Merapikan ruang anda

    Menambah baik reka bentuk anda boleh menjadi cara yang pantas untuk meningkatkan tempahan anda.
    Oleh Airbnb pada 13 Jan 2020
    Bacaan 7 minit
    Dikemas kini pada 7 Jun 2021

    Sorotan

    • Pikat lebih ramai tetamu dengan menaik taraf reka bentuk dalaman anda

    • Hiaskan dengan pelbagai warna, dan ceriakan bilik dengan warna terang

    • Cipta sudut fotogenik di ruang anda

    Superhost adik beradik Sophie dan Saba tahu cara untuk menceriakan ruang. Bersama-sama, mereka telah menggabungkan sentuhan reka bentuk bayangannya yang imaginatif dengan gaya kontemporari abangnya yang halus untuk mengubah kediaman sempit 1920-an mereka menjadi ruang impian yang cukup menarik untuk Instagram dan kekal ditempah sepanjang tahun. Di sini, mereka berkongsi tip DIY kegemaran tentang cara meningkatkan ruang dalaman kediaman anda—dan menarik lebih banyak perhatian kepada penyenaraian anda.

    Superhost adik beradik Sophie dan Saba berkongsi petunjuk berguna tentang cara melabur dalam bahagian dalaman kediaman anda.

    Sophie: “Setiap kali saya mengembara ke bandar seperti Palm Springs dan San Francisco, saya sentiasa tertarik kepada rumah yang berwarna-warni. Empat tahun yang lalu, saya mencipta hashtag #HappyHouseDreams di Instagram dan mula mendokumenkan bahagian luaran yang saya temui. Dari situlah cinta saya kepada rumah bahagia dan impian untuk memiliki rumah saya sendiri suatu hari nanti bermula. ”

    Saba: “Sophie telah pergi bercuti apabila saya menemui tempat yang sesuai di Cabbagetown. Ia telah berada dalam pasaran selama setahun dan telah mendapat beberapa tawaran yang tidak berhasil. Apabila saya melihat tempat ini, saya tahu ia tempat yang sesuai.”

    Sophie: “Dia tahu estetika reka bentuk saya secara terperinci—jadi dia menghubungi saya, dan saya membuat penawaran tanpa melihatnya. Apabila saya berjalan masuk, saya terus nampak visi tersebut. Saya mula membayangkan konsepnya seperti bagaimana cat akan kelihatan dan perkara yang saya boleh lakukan untuk mencerahkan bahagian luaran dan menjadikannya impian saya. Saya ingin menyepadukan kelainan yang saya suka dengan suasana vintaj pertengahan abad yang ceria dan selesa. Dan saya ingin memberikan kegembiraan kepada semua orang.”

    Saba: “Untuk menghias ruang, kami menggalakkan hos untuk cuba melakukan sesuatu yang berbeza. Tetamu di Airbnb mahu pengalaman unik yang mereka tidak boleh dapat di hotel atau di tempat lain. ”

    Sophie: “Kebanyakan orang ingin mendapatkan ketenangan dalam ruang yang menarik, persekitaran baharu dan menambah sedikit keceriaan ke dalam kehidupan mereka— jadi jika anda boleh menaik taraf bahagian dalaman anda dengan cara yang mudah, anda boleh menarik lebih ramai tetamu dan mereka akan kembali berulang kali. ”

    Saba: “Berikut ialah beberapa tip kegemaran kami tentang cara untuk “membahagiakan” kediaman anda. ”

    1. Hiaskan untuk tetamu yang anda mahu

    Saba: “Kami syorkan anda berfikir tentang khalayak anda—mengapa mereka melawat dan jenis penginapan atau kemudahan yang mereka mahu.”

    Sophie: “Fikirkan apa yang khalayak anda inginkan, sama ada percutian yang disertai oleh para gadis sahaja atau percutian romantik. Saya rasa rumah saya sangat sesuai untuk para gadis, tetapi saya memastikan untuk mencari jalan untuk memperluaskan daya tarikannya. Sebagai hos, penting untuk faham bahawa anda perlu mendekati pelbagai jenis orang.”

    2. Cerahkan bilik dengan warna

    Sophie: “Kami. Cinta. Warna. Yang cerah, tentunya. Kami tertarik kepadanya kerana ia boleh membuai emosi tertentu dan meningkatkan mood anda dengan banyak cara. Jika saya berjalan di kejiranan yang membosankan dan saya melihat warna yang terang dari dinding, atau cat yang disembur dengan mesej gembira, ia akan terus menaikkan semangat saya. Jadi jika anda rasa seperti kediaman anda agak membosankan atau memerlukan sesuatu yang menceriakan, cerahkan dengan warna!”

    Saba: “Menggunakan warna mungkin menakutkan pada mulanya, tetapi ia berbaloi untuk bereksperimen. Berikut ialah cara mudah untuk bermain dengan warna:

    • Mula-mula, pilih bilik dan warna utama. Kami syorkan anda mengekalkan satu atau dua warna yang dominan di seluruh ruang.
    • Kemudian, cari perabot utama yang anda mahu padankan dengan warna tersebut, sama ada meja, katil atau sofa.
    • Gunakan perabot utama ini untuk terus membina skim warna anda.”

    Sophie: “Bagi saya, saya menggunakan warna merah jambu dan kuning sebagai warna utama dan menyesuaikan hiasan lain dengan warna tersebut. Berfikiran terbuka dan fleksibel dengan proses perkembangannya. Proses ini seperti teka-teki berterusan untuk mencari gabungan yang tepat dan terasa sesuai. Kerusi yang anda mahu gunakan di ruang tamu mungkin berakhir di bilik tidur, contohnya. Saya rasa perkara yang disukai oleh tetamu tentang ruang kami ialah ia berwarna-warni, tetapi tidak keterlaluan.”

    3. Pastikan semuanya teratur

    Saba: “Jika anda ingin mengemas kini reka bentuk anda, tetapi tidak tahu di mana hendak bermula, kami cadangkan anda mencipta papan mood di Pinterest. Papan mood ialah cara terbaik untuk memastikan segala-galanya teratur, menemui idea baharu dan menyatukan semua inspirasi anda. Apabila anda boleh melihat rujukan visual secara keseluruhan, anda akan dapat menentukan perkara yang ruang anda perlukan dengan lebih mudah.”

    Sophie: “Bagi saya, memastikan semuanya teratur membuat saya lebih yakin kerana saya sudah tahu bahawa saya dapat membayangkan penampilan keseluruhan sebelum saya bertekad untuk membeli sesuatu lekapan lampu atau set sofa kulit—berbanding membeli sebuah perabut dan berharap semuanya akan serasi.”

    Saba: “Menghias seluruh rumah sekaligus boleh menyebabkan anda rasa tertekan, jadi tumpukan kepada setiap bilik dan kemudian fikirkannya secara keseluruhan supaya ia terasa bersepadu.”

    4. Cipta dinding galeri

    Saba: “Salah satu bahagian utama yang semua orang suka ialah dinding galeri potret yang kami cipta.”

    Sophie: “Saya merancang untuk tinggal di sini sendirian, tetapi saya tidak mahu rasa seperti saya keseorangan—jadi gambar membuat saya rasa seolah-olah saya sedang berada dalam majlis makan malam. Ia cara yang mudah dan murah untuk menarik perhatian. Berikut ialah cara untuk mencipta dinding galeri anda sendiri:

    • Mulakan dengan memilih tema. Tema kami adalah potret, tetapi anjing, lanskap atau warna boleh dipilih sebagai temanya.
    • Kemudian, ukur ruang anda.
    • Seterusnya, layari internet, kedai jimat atau pasar lambak untuk mencari karya seni yang sesuai. Kami telah menemui 30 potret.
    • Letakkan di atas lantai terlebih dahulu dan fikirkan cara terbaik untuk menyerasikan semuanya sama ada mengikut saiz atau warna. Penting untuk menyusun semuanya sekaligus berbanding melakukannya satu demi satu.
    • Akhirnya, lekatkan di dinding! Tip profesional: kami suka menggunakan pita pelekat berganda supaya kami boleh terus mengalihkannya. ”

    5. Wujudkan sudut yang cukup menarik untuk Instagram

    Sophie: “Satu lagi cara untuk menarik pelawat dan tetamu ke penyenaraian anda adalah dengan menjadikan ruang anda lebih menarik untuk Instagram. Fikirkan tentang hiasan comel, warna cerah, elemen yang menceriakan suasana—apa-apa sahaja yang boleh kelihatan hebat dalam gambar.”

    Saba: “Orang suka berkongsi pengalaman mereka dalam talian, dan ini peluang untuk mempamerkan kediaman anda kepada khalayak yang lebih luas. Wujudkan hashtag supaya orang lain boleh berkongsi penyenaraian untuk anda. Semua orang suka melihat sesuatu yang menarik!”

    Sophie: “Kami telah mencipta rumah ini untuk menggembirakan orang lain. Saya rasa gembira apabila saya berjalan masuk dan berharap orang lain mengalami perasaan yang sama.”

    Saba: “Kami harap tip-tip ini membantu anda mencipta #HappyHouseDreams anda sendiri.”

    Selamat menerima tetamu!
    Sophie + Saba

    Sorotan

    • Pikat lebih ramai tetamu dengan menaik taraf reka bentuk dalaman anda

    • Hiaskan dengan pelbagai warna, dan ceriakan bilik dengan warna terang

    • Cipta sudut fotogenik di ruang anda

    Airbnb
    13 Jan 2020
    Adakah ini membantu?