Memudahkan proses daftar masuk
Sorotan
Bantu tetapkan jangkaan dengan berkomunikasi dengan tetamu sebelum ketibaan mereka
Menyediakan daftar masuk sendiri boleh menarik tetamu yang mencari kemudahan ini
Menawarkan arahan daftar masuk yang mudah boleh mengurangkan kekeliruan
- Ketahui lebih lanjut di panduan lengkap kami untuk menggembirakan tetamu pertama anda
Daftar masuk tetamu anda boleh menjadi penentu suasana untuk seluruh lawatan mereka. Memastikan mereka dapat mencari dan memasuki ruang anda dengan mudah adalah bahagian penting untuk mewujudkan pengalaman bebas tekanan dan menjamin ulasan yang positif. Baca panduan selanjutnya untuk memastikan kelancaran daftar masuk.
Komunikasi yang baik menjadi titik tolak
Di dunia yang sempurna, semua daftar masuk akan berjalan lancar. Namun tidak semua perkara berjalan seperti yang dirancang. Cara terbaik untuk mengelakkan masalah perjalanan luar jangkaan ialah komunikasi yang jelas antara anda dan tetamu anda.
Sebelum tetamu sampai, maklumkan mereka sama ada anda akan berada di penginapan untuk menyambut mereka atau mereka akan mendaftar masuk sendiri. Tanya mereka bila mereka akan tiba, dan beritahu mereka cara menghubungi anda.
“Sebelum tetamu tiba, saya menulis ucapan terima kasih dan menghantar kepada mereka manual penginapan dan panduan arah,” kata Superhost Ann dari Penobscot, Maine.
Cipta kaedah daftar masuk yang sesuai untuk anda
Penting untuk mempertimbangkan gaya anda sebagai hos dan ketersediaan anda semasa memilih kaedah daftar masuk. Sesetengah hos lebih suka menyambut tetamu mereka, menyerahkan sendiri kunci, dan memperkenalkan penginapan kepada mereka. Hos lain (dan ramai tetamu) lebih suka kemudahan daftar masuk sendiri.
Anda boleh menyatakan dalam butiran penyenaraian anda sama ada anda membenarkan daftar masuk sendiri (manfaat yang dicari oleh sesetengah tetamu) dan menetapkan masa daftar masuk dan daftar keluar pilihan anda dalam tetapan tempahan anda.
Daftar masuk sendiri dipermudahkan
Tambah arahan daftar masuk ke penyenaraian anda
Sama ada anda memilih untuk menyambut tetamu secara peribadi atau membenarkan mereka untuk masuk sendiri, anda boleh menambah arahan daftar masuk terperinci kepada penyenaraian anda untuk membantu memastikan ketibaan mereka berjalan lancar.
Setelah anda menambah arahan daftar masuk anda ke bahagian “maklumat untuk tetamu” di tab Penyenaraian anda, ia akan tersedia untuk tetamu di tab Perjalanan mereka tiga hari sebelum ketibaan mereka. Arahan juga akan dimasukkan ke dalam Panduan Ketibaan mereka 48 jam sebelum daftar masuk, berserta panduan arah ke ruang anda dan maklumat wifi.
Pastikan tetamu anda berasa dialu-alukan
Membuat tetamu berasa dialu-alukan adalah langkah terakhir, dan mungkin yang paling penting, dalam proses daftar masuk. “Anda mahu tetamu mempunyai pengalaman yang lebih mesra berbanding apa yang mereka akan alami di hotel tradisional,” kata Chris, hos dari Cleveland. “Saya meluangkan masa untuk menjawab sebarang soalan secepat mungkin.” Berikut beberapa cadangan untuk perkara yang boleh anda lakukan:
- Wifi: Paparkan kod wifi dengan jelas. Ini biasanya perkara pertama yang dicari oleh tetamu.
- Manual penginapan: Sediakan salinan fizikal yang mudah dicari dan mengandungi butiran seperti arahan meletak kereta, maklumat penting mengenai kemudahan anda, dan tip untuk mengendalikan peralatan.
- Buku Panduan: Cipta buku panduan yang dilengkapi dengan cadangan restoran, kembara tempatan, aktiviti yang mudah diakses, dan banyak lagi untuk mempamerkan tempat kegemaran anda.
- Nota alu-aluan: Pertimbangkan untuk meninggalkan mesej tulisan tangan peribadi jika boleh. Ia memberikan sentuhan yang mesra.
- Susulan: Tanya khabar tetamu anda selepas mereka tiba untuk memastikan mereka selesa sepanjang penginapan. Anda boleh melakukannya secara peribadi, dengan SMS atau melalui pemesejan Airbnb.
Sorotan
Bantu tetapkan jangkaan dengan berkomunikasi dengan tetamu sebelum ketibaan mereka
Menyediakan daftar masuk sendiri boleh menarik tetamu yang mencari kemudahan ini
Menawarkan arahan daftar masuk yang mudah boleh mengurangkan kekeliruan
- Ketahui lebih lanjut di panduan lengkap kami untuk menggembirakan tetamu pertama anda