Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Tawarkan daftar masuk yang lancar dengan Panduan Ketibaan baharu

    Anda boleh menyertakan tunjuk arah, arahan daftar masuk, dan maklumat wifi.
    Oleh Airbnb pada 13 Mei 2021
    Bacaan 12 minit
    Dikemas kini pada 4 Jun 2021

    Sorotan

    • Panduan Ketibaan baharu kini menunjukkan butiran penting untuk membantu mengalu-alukan tetamu anda dengan mudah—dan menjimatkan masa anda

    • Semak sekali lagi untuk menentukan bahawa maklumat asas, seperti tunjuk arah ke ruang anda, tersedia di bahagian "Maklumat untuk tetamu" di tab Penyenaraian anda

    Mungkin saat paling penting sesuatu tempahan ialah ketibaan, apabila tetamu diperkenalkan kepada ruang anda. Selepas penantian yang mungkin berbulan-bulan, tetamu anda sudah sedia untuk menginap dan meneroka. Ini mungkin menarik, tetapi jika mereka tiada maklumat tertentu, daftar masuk yang kurang meyakinkan boleh menjadikan suasana keseluruhan penginapan tidak selesa—dan akan menjejaskan ulasan anda.

    Inilah peranan Panduan Ketibaan yang baharu. Bermula bulan ini, tetamu akan mendapati panduan daftar masuk yang berguna di bahagian atas tab Perjalanan mereka 48 jam sebelum daftar masuk. Sebelum ini, maklumat ini hanya disenaraikan di bawah butiran tempahan, dan memerlukan beberapa klik dan menatal jauh ke bawah untuk tetamu menemuinya. Panduan baharu ini memudahkan akses kepada butiran daftar masuk yang penting di satu skrin, agar tetamu anda akan mendapat maklumat yang mereka perlukan tepat pada masanya—dan anda boleh membantu memastikan penginapan mereka bermula dengan gaya 5 bintang.

    Panduan Ketibaan hanyalah salah satu daripada 100 + perubahan yang kami buat kepada Airbnb untuk bersedia menghadapi kebangkitan semula perjalanan yang dijangkakan—dan membantu memastikan anda bersedia untuk mula mengalu-alukan tetamu semula.

    Memberi ketibaan yang lancar kepada tetamu anda

    Agar proses ini dapat berjalan dengan baik, kami memerlukan beberapa maklumat daripada anda. Sudahkah anda mengisi semua medan di bawah bahagian “maklumat untuk tetamu” di bahagian “uruskan ruang anda”? Untuk memeriksa, lawati tab Penyenaraian anda, pilih penyenaraian untuk dikemas kini, dan pastikan semua medan di bawah bahagian “maklumat untuk tetamu” (di bawah “uruskan ruang anda”) lengkap. Terdapat tiga medan utama yang perlu diisi agar Panduan Ketibaan anda lengkap:

    • Tunjuk arah ke ruang anda
    • Arahan daftar masuk
    • Maklumat wifi

    Tetamu mungkin akan risau mengenai proses daftar masuk, terutama jika mereka pengguna baharu Airbnb. Untuk membantu memberikan pengalaman yang lancar, anda masih boleh menghantar mesej kepada tetamu dengan arahan terperinci atau maklumat penting mengenai ruang anda sebelum mereka tiba. Anda juga boleh mengalu-alukan tetamu secara digital atau fizikal untuk membantu mereka berasa lebih tenang.

    Memandangkan pengalaman daftar masuk adalah sebahagian penting daripada proses ulasan, kami harap Panduan Ketibaan akan memudahkan tetamu anda mencari ruang anda dan menikmati penginapan mereka—dan anda boleh berkomunikasi dan menjadi hos dengan yakin.

    Ingin tahu perkara yang akan diterima oleh tetamu anda? Lihat Panduan Ketibaan baharu.

    Pergi ke ruang anda

    Mengisi semua medan di bawah “maklumat untuk tetamu” boleh membantu tetamu anda mencari ruang anda tanpa masalah. Ini termasuk alamat anda serta sebarang arahan khusus yang boleh membantu.

    Aplikasi peta biasanya boleh membantu tetamu sampai hampir ke destinasi hanya dengan menggunakan alamat, dan adakalanya terus ke destinasi. Ini bermaksud anda tidak perlu menyediakan arahan simpang demi simpang, yang boleh mengelirukan.

    Walau bagaimanapun, menambahkan butiran tambahan yang mungkin tidak tersedia dalam aplikasi peta biasa boleh membantu tetamu mengemudi ke penginapan anda tanpa sebarang kesulitan. Contohnya, jika bangunan apartmen anda mempunyai pintu masuk sisi atau anda mempunyai peti surat berwarna merah terang di luar kediaman, anda boleh memasukkan butiran ini.

    Cara untuk masuk

    Setelah tetamu anda menemui penginapan anda, mereka perlu tahu cara membuka kunci pintu anda dan berehat. Di bawah “maklumat untuk tetamu,” anda boleh berkongsi maklumat seperti:

    • Kaedah daftar masuk anda (contohnya kunci pintar, peti kunci atau ucapan peribadi daripada anda)
    • Yang paling penting, arahan daftar masuk—dan jika anda menggunakan aplikasi Airbnb di iOS atau Android, anda juga boleh memasukkan panduan daftar masuk langkah demi langkah bersama gambar

    Setelah tetamu anda tahu sama ada mereka patut mengharapkan sambutan peribadi atau peti berkunci, cuba berikan mereka penjelasan yang lebih dalam arahan daftar masuk. Jika anda menggunakan kod kotak kunci standard, anda boleh menyertakannya di sini (kod akan dikongsi dengan tetamu anda 48 jam sebelum ketibaan). Jika anda menyesuaikan kod anda untuk setiap tetamu, ini tempat yang sesuai untuk memaklumkan bahawa anda akan menghantar kod ini secara berasingan di dalam mesej.

    Nantikan lebih banyak pengemaskinian—kami berharap dapat mengurangkan kebergantungan anda menghantar terlalu banyak mesej.

    Menyambung ke wifi

    Pada masa ini, wifi adalah seperti elektrik, jadi anda perlu pastikan tetamu anda tidak menghadapi masalah menyambung ke wifi dengan segera. Sangat mudah untuk menambah maklumat ini di bawah “butiran wifi,” yang merangkumi:

    • Nama rangkaian wifi anda
    • Kata laluan rangkaian wifi anda

    Semudah itu! Walaupun berguna untuk menyebut maklumat wifi dalam manual penginapan anda, menyertakannya di dalam Panduan Ketibaan anda boleh memudahkan aksesnya kepada tetamu melalui telefon mereka—dan membantu mereka menyambung ke internet dengan lebih cepat.

    Sebagai langkah terakhir, anda juga patut melaraskan templat mesej anda kerana Panduan Ketibaan automatik yang baharu akan mengandungi jumlah maklumat yang sama dengan yang biasa anda kirimkan secara manual sebelum ini.

    Kami sangat gembira dengan alat baharu ini—apabila butiran penyenaraian anda telah lengkap—kami harap alat ini memberi anda lebih banyak waktu dan tetamu yang lebih gembira. Kami mengalu-alukan maklum balas anda dan tidak sabar untuk mendengar cara kami boleh menambah baik alat ini dari masa ke masa. Sila pergi ke Pusat Komuniti dan tinggalkan komen atau nota kepada kami.

    Dengan menambahkan maklumat ini, dan ciri-ciri lain di atas, anda akan membantu memastikan setiap tetamu menerima Panduan Ketibaan yang penuh dengan butiran penting, sepanjang masa.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Panduan Ketibaan baharu kini menunjukkan butiran penting untuk membantu mengalu-alukan tetamu anda dengan mudah—dan menjimatkan masa anda

    • Semak sekali lagi untuk menentukan bahawa maklumat asas, seperti tunjuk arah ke ruang anda, tersedia di bahagian "Maklumat untuk tetamu" di tab Penyenaraian anda
    Airbnb
    13 Mei 2021
    Adakah ini membantu?