Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Pimpin Kelab Hos tempatan anda

    Kumpulkan hos di kawasan anda untuk berhubung, bekerjasama dan berkongsi.
    Oleh Airbnb pada 23 Nov 2020
    Bacaan 2 minit
    Dikemas kini pada 28 Apr 2021

    Sorotan

    • Sertai Pemimpin Kelab Hos di seluruh dunia untuk memperkasakan komuniti hos tempatan anda

    • Pemimpin mencipta kumpulan Facebook tempatan untuk hos di kawasan mereka dengan sokongan daripada Airbnb

    • Pupuk hubungan menerusi perjumpaan, secara bersemuka mahupun online

    • Terima akses awal dan maklum balas kepada ciri-ciri, program dan pengemaskinian polisi terkini Airbnb

    Anda mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang pengehosan dan ingin menyatukan hos di bandar anda? Pemimpin Komuniti terpilih mewakili Kelab Hos di seluruh dunia dengan bertindak sebagai satu bahagian penting komuniti Airbnb, memperdengarkan suara hos dalam proses membuat keputusan di Airbnb dan membina perkongsian melalui sokongan tempatan.

    “Saya menawarkan diri untuk menjadi Pemimpin Komuniti kerana secara peribadinya ia membantu saya jadi lebih matang dan mengembangkan hidup saya,” kata Robbin, Pemimpin Kelab Hos Colorado Springs. “Saya juga bersemangat dalam bidang pengehosan dan ingin berkongsi idea untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik—yang meliputi wawasan bersama dalam komuniti saya.”

    Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini dan cara anda boleh memohon untuk menjadi Pemimpin di kawasan anda.

    Memberi impak

    Ahli Kelab Hos saling membantu dengan segala jenis cabaran, termasuk perbincangan kumpulan mengenai peraturan sewaan jangka pendek dan mengesyorkan perkhidmatan tempatan. “Pada dasarnya, kami pesaing dalam pasaran sewaan semasa yang tenat, dan kami semua berusaha untuk membantu mereka yang memerlukannya. Inilah komuniti,” jelas Barb, seorang Pemimpin di Nashville. Pemimpin Komuniti memberikan maklum balas yang jujur dan berwawasan daripada kumpulan tempatan mereka, sekaligus membolehkan mereka membantu membentuk polisi dan produk Airbnb. Mereka juga menyatukan hos tempatan dalam cara berkesan yang lain:

    • Menerajui kumpulan Facebook tempatan: Dengan sokongan daripada Airbnb, Pemimpin mengendalikan dan mengembangkan kumpulan Facebook untuk hos tempatan di kawasan mereka. Ini ruang untuk memberikan kemas kini, berkongsi pandangan, dan mencipta perbualan di dalam Kelab Hos anda.
      Memupuk hubungan melalui perjumpaan: Pemimpin menyatukan hos tempatan dengan menganjurkan perjumpaan maya bulanan. Menggunakan kit alat dan sumber yang disediakan oleh Airbnb, hos mempelajari amalan terbaik daripada satu sama lain dan berkongsi pengetahuan tempatan.
    • Memperdengarkan suara hos tempatan: Pemimpin mewakili komuniti mereka dengan berkongsi cerita, idea, dan maklum balas dengan pasukan komuniti Airbnb. Bina perkongsian tempatan untuk memberi kesan kepada pelancongan tempatan dan mewujudkan perubahan yang saksama dalam komuniti anda.
    Saya meninggalkan pekerjaan korporat dengan gaji yang baik untuk mencipta perniagaan berkisarkan sewaan percutian, jadi saya sangat gembira kerana dapat membantu orang lain turut mengejar impian mereka.
    Jeff, Host Club Leader,
    Philadelphia

    Mengangkat Pemimpin dalam komuniti

    Membina komuniti yang teguh adalah usaha berkumpulan. Pemimpin Komuniti disediakan dengan sokongan dan alat daripada Airbnb dan rakan hos untuk terus menerajui Kelab Hos mereka dengan cara baharu dan inovatif:

    • Sertai rangkaian global: Hadiri sesi webinar dan maklumat khas bersama rakan Pemimpin, yang bertujuan membantu anda berkembang secara peribadi dan profesional.
      Dapatkan akses orang dalam: Pemimpin menerima akses awal kepada ciri-ciri, program dan pengemaskinian polisi terkini Airbnb serta peluang untuk memberikan maklum balas sebelum pelancaran. Sebagai Pemimpin, anda juga akan dihantar kandungan eksklusif untuk dikongsi dalam kumpulan anda, seperti pandangan data tempatan.
    • Terima tunjuk ajar berterusan: Akses bahan pendidikan eksklusif mengenai pembinaan komuniti, penyelarasan acara dan amalan terbaik media sosial.

    Bantu lancarkan Kelab Hos di kawasan anda

    Untuk menjadi Pemimpin Kelab Hos sedia ada, atau berminat untuk melancarkan Kelab Hos di bandar anda, isi borang permohonan Pemimpin.

    Sorotan

    • Sertai Pemimpin Kelab Hos di seluruh dunia untuk memperkasakan komuniti hos tempatan anda

    • Pemimpin mencipta kumpulan Facebook tempatan untuk hos di kawasan mereka dengan sokongan daripada Airbnb

    • Pupuk hubungan menerusi perjumpaan, secara bersemuka mahupun online

    • Terima akses awal dan maklum balas kepada ciri-ciri, program dan pengemaskinian polisi terkini Airbnb

    Airbnb
    23 Nov 2020
    Adakah ini membantu?