Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Memperkenalkan Minggu Superhost

    Airbnb meraikan Superhost dengan pengiktirafan selama seminggu.
    Oleh Laura, Airbnb pada 6 Dis 2018
    Bacaan 2 minit
    Dikemas kini pada 27 Apr 2021

    Hai semua,

    Izinkan saya memperkenalkan diri: Saya Laura Chambers, ketua pasukan di Airbnb khusus untuk membantu hos seperti anda agar berjaya. (Anda mungkin ingat saya daripada Soal Jawab Hos terkini.) Saya sudah lama menjadi seorang peminat dan pengguna tegar Airbnb, tetapi sejak saya menyertai pasukan ini di sini secara rasminya pada bulan Julai lalu, ada seperkara yang saya fahami dengan lebih jelas: Airbnb istimewa disebabkan komuniti hos yang menakjubkan.

    Dalam komuniti hos Airbnb, kami amat menghargai Superhost. Tahun 2018 semakin melabuhkan tirai dan kami mahu melakukan sesuatu yang istimewa untuk meraikan mereka. Maka pada hari ini, saya teruja untuk mengumumkan bahawa kami akan memulakan satu acara baharu buat julung-julung kalinya: Minggu Superhost!

    Tahniah sekali lagi kepada mereka yang merupakan Superhost. Pencapaian yang besar. Komuniti Airbnb diperkasa oleh layanan dan kepercayaan yang hebat, dan anda ialah contoh semangat dan kecemerlangan tersebut. Tidak hairanlah Superhost beroleh pendapatan sekitar 22% lebih tinggi secara purata*—tetamu amat menghargai layanan baik anda.

    Minggu ini akan dipenuhi dengan perayaan dan pengiktirafan. Para Superhost bakal menjangkakan:

    • Hadiah istimewa: Jika anda seorang Superhost, periksa peti masuk anda. Kami harap anda menyukai peta tersuai yang baru anda terima, yang menonjolkan perjalanan anda sebagai hos dengan Airbnb.
    • Pemasaran kepada tetamu: Pada minggu ini, Superhost akan ditampilkan di bahagian atas laman utama Airbnb, dan bakal dilihat oleh berjuta-juta orang yang melawat Airbnb setiap hari.
    • Sambutan sosial: Sepanjang minggu, kami akan mengetengahkan beberapa Superhost luar biasa pada saluran media sosial. Lihat dan ikuti di sini:

    Saya harap anda gembira dengan perayaan selama seminggu ini! Kami komited untuk terus menambah baik program Superhost, dan beberapa perubahan sudah pun dilaksanakan. Misalnya, kami baru memperkenalkan kriteria baharu untuk memastikan hos yang menjadi hos untuk penginapan jangka panjang memperoleh akses yang lebih adil untuk menjadi Superhost. Saya berminat untuk mendengar idea anda tentang apa-apa yang boleh kami lakukan untuk menjadikan program ini lebih baik. Nota: Manfaat program mungkin berbeza-beza mengikut pasaran dan negara.

    Tahniah sekali lagi kepada mereka yang merupakan Superhost. Terima kasih untuk segala-gala yang telah anda lakukan—dan selamat menjadi hos!

    Laura

    *Berdasarkan data Airbnb dalaman yang membandingkan median pendapatan agregat yang diperoleh Superhost dengan hos lain (dengan 10+ tempahan) di platform sedunia pada tahun 2017.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak diterbitkan.

    Laura, Airbnb
    6 Dis 2018
    Adakah ini membantu?